Salam semua..cuti umum di raikan hari ini 16 September sempena menyambut tertubuhnya Malaysia setelah kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, dengan penggabungan bersama negeri Sabah dan Sarawak.Sudah 53 tahun setelah kemerdekaan Malaysia, kerajaan merasakan perlunya Hari Malaysia ini di sambut atas dasar pemuafakatan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.
Disambut secara rasmi oleh kakitangan kerajaan begitu juga syarikat swasta, ini kerana perkara ini tertakluk di bawah Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955.Seandainya sesebuah syarikat itu memerlukan pekerja mereka bekerja pada hari tersebut,maka pekerja perlu di bayar pada hari beliau bekerja dan di gantikan dengan satu hari cuti tambahan.
Masih kedapatan ada majikan yang tidak mengindahkan perkara ini, dari tinjauan yang saya buat masih terdapat pekerja yang bekerja di sektor swasta contohnya pam minyak,pasaraya kecil serta kedai kecil masih tidak diendahkan hak mereka oleh majikan yang memaksa pekerja bekerja tanpa apa-apa imbuhan malah menganggap hari bekerja pada hari ini (Hari Malaysia) sama seperti hari bekerja biasa.
Antara alasan yang saya dengar,majikan tidak pasti cuti ini wajib di berikan memandangkan syarikat mereka hanya kecil sahaja jadi tidak perlulah pekerja berkira sangat dengan majikan.Bagi pekerja pula dengan rasa bersalah kerana takut menyakiti hati tuan punya syarikat malah takut di buang kerja maka mendiamkan sahaja.Malah terdapat juga majikan yang langsung tidak pernah membayar imbuhan setimpal pada pekerja yang bekerja di hari cuti umum yang lain.
Persoalannya di sini apa bezanya pekerja yang bekerja di syarikat kecil dan syarikat besar? Sememangnya syarikat walau pun sekecil mana, setidaknya mereka pasti membuat keuntungan.Bila ada keuntungan dan mereka memerlukan pekerja tambahan untuk membantu sudah pasti pekerja perlu mendapat hak setaraf sebagai pekerja .Mengapa perlu ada perbezaan seolah "PEKERJA" yang tertakluk kepada "Akta Pekerja" dan "KULI" yang tidak diendahkan hak mereka.
Pekerja yang bekerja esok 16 September, yang disambut sebagai Hari Malaysia, perlu diberi cuti umum berbayar, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam pada Rabu."Perkara ini tertakluk di bawah Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955," katanya kepada Bernama.Bernama menerima beberapa panggilan daripada syarikat-syarikat swasta yangmeminta penjelasan sekiranya cuti umum sempena Hari Malaysia turut membabitkansektor swasta.Kerajaan mengumumkan mulai tahun ini, tarikh 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum sempena Hari Malaysia dan penetapan itu diwartakan pada 9 November 2009 di bawah Akta Hari Kelepasan 1951. - BERNAMA
salam en zul,
BalasPadamsuami saya kerja tapi saya tak pasti pula suami saya mendapat hak yang sepatutnya atau tidak..
kena selidik ni..
info yg berguna ni bro..balik raya hari tu pun ramai kawan dan sedara yg confuse kenapa depa masih kena kerja hari 16 september ni
BalasPadamsalam ....
BalasPadamhubby ummi pun kena kerja gak , tp shift mlm td ,pg ni br balik ..
lepas ni blh ler tuntut bayaran kot , he he he
sepatut nya kerajaan @ perdana menteri sendiri perlu mengishtiharkan bahawa semua shopping complex tutup pada hari merdeka hari raya & sebagai nya.. baru lah boleh rakyat jelata dpt menyambut kemerdekaan, hari raya , deepavali, christmas gong xi fa chai bersama sama keluarga & juga teman2. kalau tidak ... semua nya hanya akan menyambut apa jua di shopping complex dgn penuh patriotik...
BalasPadam@zul lanang
BalasPadamKomen yang bernas
saudara..Terima kasih
seeloknya begitu
baru semua dapat merayakan
nya..he he
selamat ari malaysia..hehe
BalasPadambagaimana pula mereka yang bekerja sendiri seperti nelayan dan penoreh getah ?
BalasPadamgolongan marhein yang sokmo tertindas.. elok beno isu gini diketengohkan
BalasPadam@al-lavendari
BalasPadamKerja sendiri di iktirafkan kita sendiri boss dan tak perlu sakit hati tidak berbayar..persolannya kini kita bekerja dengan orang,maksud tuan punya yang mendapat untung berganda2 sedangkan kita hanya bergaji bulanan..
tak perasanlak cuti hari ni, pergi town tadi nak pos surat tgk pos opis tutup lak... baru teringat cuti.. sia2 perjalanan 120km pergi dan balik
BalasPadamsalam..bagaimana dengan suri rumah tangga? apakah cara bayarannya huhuhuhuh
BalasPadamBetul ada yang bekerja dan majikan buat bodoh tak nak bayar atau ganti cuti. Persoalannya kerana ekonomi dipegang oleh bangsa asing. Jika pemiliknya tidak ada kena mengena dengan orang kerajaan, tidak pernah memiliki apa apa pangkat atau gelaran anugerah dari Sultan maka mereka bertindak seperti pengkianat dan membuat undang undang "bapak" mereka sendiri
BalasPadamSalam Zul ,
BalasPadam'kerja' itu subjective
ada yang diberi cuti
nak kerja
and kena kerja
walau dah minta cuti .
Kome bekerja hari ini..jika majikan tak bayar..siap dia.. hehe!
BalasPadamsalam
BalasPadammana2 syarikat yang bekerja tu, elok le gantikan cuti berkenaan
moga2 pekerja akan berterima kasih dan bos akan dapat faedahnya
salam,
BalasPadamkita mesti tahu hak sebagai pekerja..
salam zul..pertama makcik ucapkan selamat berhari raya buat zul,uztazah n anak2 moga selamat dan gembira dihari raya.agak terlewat makcik ucapkan.makcik mohon maaf jika terdapat terkasar bahasa n terlajak kata..agak kurang sihat sebab tu tak menulis.inipun bila anak2 dah balik ke kl semua,ambil kesempatan menjenguk rumak kawan2 yg dirindui..hehe..
BalasPadamSALAM,
BalasPadamLF PERHATIKAN ADA YANG BEKERJA HARI INI. MENANTU LF SENDIRI BEKERJA HARI INI. BERTUGAS DI BHAGIAN BERSALIN, HOSPITAL. SAMADA MENANTU LF INI ADA DIBERI ELAUN TAMBAHAN ATAU TIDAK, TAK PASTI !
Salam...
BalasPadamSetiap pekerja mesti tahu hak mereka tentang perkara ini...
....apabila sejarah sudah tidak diambil berat.
BalasPadamBahagian perkhidmatan biasanya diberi cuti tambahan atau dibayar double...yang pasti saya dapat cuti he3...
BalasPadamOhhhhh.. Yeke??? Saye student.. Tapi takde cuti pon.. Sebab doktor nak buat kelas.. Huhu..
BalasPadamKomer kerjer semacam jer..
BalasPadamSelamat hari Malaysia
BalasPadamTanbah lagi cuti kome :)
Kalo semua cuti, bagus gak, kedai makan tutup, stesyen minyak tutup, balai polis tutup, tol utara selatan tutup, kapal terbang berhenti terbang, pasar pagi , tutup, hospital tutup, semua tutup, jadi fikirlah, kalo semua tutup,semua cuti, malaysia jadi apa??
BalasPadam