Bersangka Baik Ada Masanya Juga


Salam semua..terpanggil  saya untuk menulis sesuatu bila terbaca kisah seorang ustazah yang di bunuh bersama anak lelakinya yang berumur 10 tahun oleh seorang lelaki yang merupakan jiran kepada mangsa.Betapa tragisnya bila ada manusia yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan orang terhadap mereka dengan membalasnya dengan merompak dan membunuh mangsa.Betapa murahnya nilai kemanusiaan manusia sebegini yang tidak dapat menangani masaalah peribadi sehingga sanggup memperlakukan perkara sedemikian.Terlalu singkat pemikirannya dengan mengambil penyelesaian mudah seolah negara tiada batasan undang-undang langsung.

Saya selalu berpesan perkara yang sama pada isteri saya "jangan terlalu berbaik sangka",ada kalanya kita perlu juga ada perasaan syak wasangka jua jika naluri kita berkata demikian.Bukan menggalakkan pembaca semua berpemikiran seperti saya tapi pengalaman banyak mengajar.Akan saya ceritakan satu hari nanti,bagaimana rakan sepermainan waktu kecil dahulu jua pernah menipu saya atas  dasar kepercayaan saya menyebabkan beliau mengambil kesempatan pada saya.

Pesanan saya pada isteri seandainya saya tiada di rumah,walau bagaimana keadaan dan tali persaudaraan pun jika ada sesiapa yang cuba meminta tolong,perlulah mendapat keizinan dari saya seorang suami.Nilai naluri seorang wanita yang cepat lemah dan simpati sering di ambil kesempatan oleh orang yang tidak bertanggungjawab,ini pernah terbukti sendiri oleh kisah isteri yang pernah di tipu wang ringgit oleh rakan persekolahannya dahulu.Nasib baik hanya wang ringgit tidak seperti yang terjadi pada arwah ustazah dan anaknya seperti dalam berita yang saya baca di akhbar hari ini.

Ali Tan Abdullah, 34, dibawa keluar dari perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban selepas dia dihadapkan atas dua pertuduhan membunuh seorang ustazah Norliza Ishak, 35, dan anaknya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, pada 2 September lepas di Mahkamah Majistret Seremban, Rabu. - Foto BERNAMA

SEREMBAN: Jiran kepada seorang ustazah dan anaknya yang ditemui mati di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lepas, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan membunuh dua beranak itu.Ali Tan Abdullah, 34, dituduh membunuh Norliza Ishak, 35, dan anaknya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, di B5-1-09B, Flet Win Min, Pasar Baru, Port Dickson di antara 3.15 petang, 2 September hingga 10.15 pagi, 3 September lepas.Ali Tan, pekerja pemasang paip gas industri, didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.Majistret M. Mageshwary kemudian memutuskan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah kerana kes pembunuhan itu berlaku di kawasan itu.Beliau menetapkan 18 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.Tertuduh diwakili peguam John Fernandez. - BERNAMA



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, September 15, 2010

20 Komen:

  1. "jangan terlalu berbaik sangka" sesekali ken buruk sangka. Tenang2 air jangan sangka tak de buaya... apapun kita kena berwaspada sentiasa kerana malang tidak berbau.

    BalasPadam
  2. SALAM,
    LF PUN BEGITU JUGA. KITA KENA BERWASPADA DAN BERHATI2. SEKARANG NI MACAM2 HAL BOLEH BERLAKU. TENGOK KISAH ARUAH USTAZAH INI. KESIAN, KESIAN ! APA SEBAB SEKALIPUN , TAK KAN SAMPAI NAK MEMBUNUH ORANG !

    BalasPadam
  3. dah banyak sangat jenayah skang ni...memang kene berhati-hati...tapi kalau kite sentiasa bersangka baik dengan Allah, balasannye ada di dunia dan akhirat nanti...

    BalasPadam
  4. bersangka baik biar pada tempatnya..

    BalasPadam
  5. betul2
    adik beradik sendiri pun kita tak boleh percaya 100%
    apatah lagi orang luar

    P/S : Air Tajam Memang Sedap

    BalasPadam
  6. manusia yang semakin hilang nilai kemanusiaan...
    setakat ini pun saya selalu minta izin suami..
    walaupun hanya panggilan tel.. saya takkan memberi keputusan..

    BalasPadam
  7. salam cik zul

    betul lah .. suami selalu pesan, kena dahulukan suami dalam apa jua tindakan..

    semoga Allah pelihara keluarga kita

    BalasPadam
  8. salam alaik... sy sndri pn pernh mengalami peristwa akbt 'b'sangka baik'... tpi alhamdulillah xprnh serik utk trus b'sangka baik^^,...cme more careful...

    BalasPadam
  9. bersangka baik memang perlu tetapi dizaman ini kita leboh perlu berhati hati " kawan yang paling baik adalah musuh yang paling ketat

    BalasPadam
  10. Berhati2 lebih utama dari baik sangka pada waktu ini....

    BalasPadam
  11. btl tue..kdg2 org yg xdisangke2 bleh ambik kesempatan...

    BalasPadam
  12. berhati2 sebelum terkena....peringatan kpd orang lain..

    BalasPadam
  13. erm..betul tu..sy pn da kena akibat b'baik sangka ngn makcik s'dr..last2 kena tipu...pendek kate,b'hati2 je la..jgn t'lalu p'cayakan org...pengajaran utk semua

    BalasPadam
  14. susah juga yea..saya selalu memandang positif kat semua orang..nampaknya sy kene berjaga2.

    New Entry "Buah Vanilla Sekilo RM 1,500"

    BalasPadam
  15. Sama maknakan dengan 'buat baik berpada-pada'...kompius.

    BalasPadam
  16. Betul tu bro..
    Kita kena berpada2 percaya org..
    Zaman sekarang dah lain..
    Muka jer baik tapi hati...
    Supaya kita dijauhi dr musibah..

    BalasPadam
  17. ape2pun lps ni kena slalu berhati2...

    BalasPadam
  18. Salam,

    Saya memang dah lama tidak percayakan 100% jika ianya melibatkan wang,pinjam meminjam,sebab dah balik kali terkena.. mmm...

    BalasPadam
  19. Betul..jgn bersangka baik setiap masa. Ada kalanya kena mendengar kata dan gerak ati. Biasanya hati kita x akan sikap

    BalasPadam
  20. Jeck Sparow06 Oktober, 2010

    Buat baik perpada pada..buat jahat jgn sekali

    BalasPadam