Virus Komputer Terbaru Di Alam Maya




Salam semua..hendak berkongsi sumber yang saya dapat dari Kaspersky,betapa banyaknya virus yang berlegar-legar di alam maya ini mencari mangsa untuk mereka serang.Berhati-hatilah dengan email mahupun  laman web yang ada menyumbang kepada punca virus ini.


Bila di fikirkan memang pelik,kenapalah ada pihak yang bersungguh-sungguh mencipta virus ini di alam maya.Apakah tujuan sebenar mereka?Berpendapatan kah mereka?Dari sehari ke sehari pelbagai virus yang menyerang dan merosakkan komputer seolah seperti ada pakatan antara pembuat sistem perisian komputer dengan dengan pembuat anti virus itu sendirinya.Lebih menghairankan juga virus-virus ini lebih suka menyerang komputer yang menggunakan perisian Windows berbanding perisian yang lain contohnya Linux dan Macintosh.

Sumber: KASPERSKY


Info Tentang Virus Komputer
Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.[ Baca seterusnya | WIKIPEDIA]



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Ogos 23, 2010

37 Komen:

  1. dulu netbook Yied pernah masuk virus Trojan. dasyat tol. sampai terpaksa format. sekarang dah xde virus dah...

    BalasPadam
  2. hari tu adah dah kena...huhu..bahaya gak ni ade virus..kadang2 mood nk blogwalking jd low..

    BalasPadam
  3. Salam sdra..

    Moga sdra terus sihat hendaknya di samping menjalankan ibadah puasa..
    Terima kasih atas info ini..

    BalasPadam
  4. salam..
    ish... risaunya saya..
    baru saya tahu virus lebih suke serang window berbanding perisian lain..

    camni terfikir pulak saya nak pakai linux..

    free.. senang.. canggih pun canggih..hehhe..

    BalasPadam
  5. @annfrendly
    Abang dah poskan anti virus
    yang Ann menang hari tu sabtu lepas
    mungkin terima hari ni kut..Jadi bolehlah Ann lawan mana virusnya nanti..he he

    BalasPadam
  6. Salam...

    Mungkin utk kaut keuntungan dgn jual antivirus la tu....Org yg mencipta virus tu jgk mencipta ubatnya.
    Kalau dapat detect, Alhamdulillah. Yg tak dapat detect tu yg bermasalah sikit.
    Thanks atas info.

    BalasPadam
  7. thank for the info..

    BalasPadam
  8. salam,

    mmg mereka yg cipta virus dan mereka juga yg cipta penawar = antivirus, mmg mereka berpendapatan dan ada agenda.
    tahu perang elektronik?
    pc saya kat opis ni pun berlambak gak virus
    huhuhu...

    semoga aok sihat sejahtera selalu, amin

    BalasPadam
  9. bro koi ni dealer kaspersky yea? ..bg pendapat sy..kebanyakkan virus..dicipta oleh pencipta antivirus juga..logik kan? lecturer sy ckap.

    "Kasut Termahal Dunia Tapi Bukan Kasut Raya"

    BalasPadam
  10. salam,

    sebab itu adalah wajar kita berhabis duit sedikit beli antivirus yang sesuai..

    BalasPadam
  11. Semua ada kira berlake, yang penting ada habuan masing2 hak naya kita juga.

    BalasPadam
  12. Virus bernama Trojan ni macam sabun..hilang buih curah sabun berbuih lagi..

    BalasPadam
  13. salam
    kalu mende alah ni menyerang kom cheqna alamatnya kekedai la jawabnya
    nak harapkan cheqna setelkan sendiri???jangan harap..

    BalasPadam
  14. di luar bidang koi utk mengulas....... sentiasa rujuk pakar.......

    BalasPadam
  15. agak2nya dorang yg buat virus n dorang juga lah yg buat anti virus kot hehehhe

    BalasPadam
  16. salam..nak tunggu bile virus HIV masuk kat semua PC huhuhuhuh

    BalasPadam
  17. Salam Zul ,


    Netbook saya pun pernah diserang Trojan .
    Now, kena lebih berhati .
    Thanks .

    BalasPadam
  18. salam ziarah otai jengke.
    virus dicipta bersama anti-virus.jd manusia sentiasa memerlukan dan terus bergantung kpd sesuatu yg di adakan.keuntungan dan 'new world order'.manusia sentiasa menjadi sasaran manusia yg sentiasa merasakan mereka lebih 'manusia' dr manusia yg lain.komputer asasnya adalah untuk tujuan ketenteraan(perisikan) dan dikormesilkan atas pelbagai sebab.jd kita yg menggunakan juga atas pelbagai sebab.peperangan alaf moden juga bermula di sini.perang saraf (pemikiran) kerana minda adalah senjata utama. media propaganda cara baru.jadi kita yg sentiasa'berjuang' dlm pelbagai lapangan.harus menggunakan media ini utk melawan/menangkis serangan yg dilakukan oleh musuh2 Islam.walau bagaimana canggih mana pun mereka.perancangan mereka hebat ttp perancangan Allah s.w.t lagi maha hebat.ada yg terlepas dr jangkauan mereka.
    -virus yg disebar digunakan untuk mengganggu tumpuan kita.semoga terus bersemangat.
    -mohon tip drp pemblog yg arif akan masalah ini

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama23 Ogos, 2010

    thx 4 info..takut gak dengar virus2 ni..dah mcm virus HIV/AIDS plak.. =P

    BalasPadam
  20. sop selalu update untuk memastikan komputer sentiasa protected..
    biasa dpt bila download software/crack..huhuh

    BalasPadam
  21. wah..kira berkesan la tu antivirus tu zul..tapi kalau antivirus yg terlalu sensitif leceh juga rasanya.

    BalasPadam
  22. depa ni awat tk buat antivirus utk AIDS & HIV.

    BalasPadam
  23. salam,
    wah banyak rupanya jenis virus yang tak ada dalam virus definition sistem antivirus saya ni..

    BalasPadam
  24. salam
    Terimakasih singgah di blog saya juga terimakasih atas perkongsian info tentang virus ini...rupanya macam2 jenus virus menyerang komputer..

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama23 Ogos, 2010

    Salam,
    info yang menarik..boleh guna pakai ni :)

    BalasPadam
  26. salam ramadhan abg zul

    angah rasalah diorang nie kan... dengki kot sebab tue la diorang cipta virus kan??

    BalasPadam
  27. sampai sekarang Ustaz Love punya laptop takde antivirus.. agak2 wengg sket, buat system restore..

    tapi kalau nak belajar merawat virus ni (sbb kalau guna antivirus, biasanya kalau dia detect, dia suh delete je kalu tak bleh healed.. dan kalau yg dijangkiti tu system files, memang sakit la kalau delete.. tapi bleh re-install) Ustaz Love biasa dapatkan panduan kat symantec.com... kat situ selalu ada update virus2 terbaru dan cara2 nak buang virus tu...

    BalasPadam
  28. SalSalam En Zul,

    Dalam sistem komputer ada virus ada anti virusnya gitu juga bila kita sakit insyaAllah adalah penawarnya.

    BalasPadam
  29. Zul...info yang baik. Terima kasih..

    BalasPadam
  30. Salam,

    setiap hari,setiap saat virus baru tercipta,yg penting selalu update anti virus,jangan bagi pen drive org lain masuk kat computer kita,scan dulu sebelun cucuk,jangan pergi ke laman lucah,jangan buka email yang tidak dikenali.tetapi sekuat kuat mana pun anti virus anda..ianya tidak menjamin anda tidak akan kena,berhati-hatilah..

    BalasPadam
  31. kalau saya kerja buat software antivirus saya pasti akan cipta virus utk try test...
    pastu sebarkan biar laku product saya...
    Agak2 company software antivirus sama tak prangai cam gini?

    BalasPadam
  32. yg buat antivirus tu la jugak yg cipta virus,pusing2 balik2 tang tu jugak...kita yg kena

    BalasPadam
  33. Salam...

    Moga sdra sihat hendaknya..
    Saya baru perbaharui anti-virus saya tadi dengan menggunakan Kaspersky Internet Security 2010..

    BalasPadam
  34. palingt tak suka virus trojan... kalau takda virus..takdala antivirus... business nie.. entahla bro

    BalasPadam
  35. salam..
    memang ada diantara virus atau malware dicipta semata-mata ingin mendapatkan maklumat peribadi seperti no.akaun, nama dan lain2 lagi dari pengguna yang terkena virus tu untuk kepentingan pembuat virus itu..

    BalasPadam
  36. salam
    tak kuasa nak layan virus ni
    yang penting, sediakan anti virus yang baik
    ...tu je yang saya mampu buat

    BalasPadam
  37. betul tu, salah satu fungsi virus untuk ambil maklumat sensitif pengguna komputer. data itu duit.

    BalasPadam