Hadith:
Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ada bagi Allah satu Malaikat yang diberikan kepadanya kuasa mendengar ucapan hamba-hamba Allah semuanya, maka tidak ada seseorang pun yang mengucapkan sesuatu selawat kepadaku melainkan Malaikat itu menyampaikannya kepadaku."[Ammaar bin Yasir r.a]
Huraian Dan Pengajaran Hadith:
i) Ucapan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w adalah satu ibadat yang sangat dituntut dari setiap umat Islam dalam setiap masa.
ii) Ia sebagai menandakan ingatan, cinta dan kasih terhadap baginda di mana jasa dan pengorbanan baginda amat besar sekali terhadap Islam dan perkembangannya.
iii) Orang yang tidak membiasakan dirinya dengan berselawat adalah dianggap sebagai orang yang tidak mengenang budi (tidak menyanjung) baginda sehinggakan syarak melabelkan mereka sebagai orang yang bakhil.
iv) Disebabkan besarnya fadhilat berselawat tersebut, maka Allah S.W.T telah menetapkan malaikat yang khusus bertugas sebagai penyampai selawat yang diucapkan terus kepada baginda.
sama sama kita berselawat..salam raya
BalasPadamnice sharing.. thx bro
BalasPadamberselawat.... ibadah yang mudah... dan senang.. nak tak nak jer..
BalasPadamSalam...
BalasPadamMoga sdra sihat hendaknya..
Amalan yang membolehkan kita mendapat syafaat di akhirat kelak..
salam..
BalasPadamsewaktu sy mengikuti kelas fardhu ain di Masjid,seorg ustaz berkata:"berselawat ke atas Nabi SAW pada hari2 biasa selawat tersebut akan disampaikan oleh Malaikat yang ditugaskan kepada Nabi SAW, tetapi berselawat atas Nabi SAW pada hari Jumaat selawat tersebut akan sampai terus kepada Nabi Muhammad SAW...wallahhua'lam
SALAM,
BalasPadamTERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH INI. BIASAKAN DIRI KITA UNTUK BERSALAWAT ATAS NABI MUHAMAD SAW. MUDAH DILAKUKAN TETAPI BESAR FADILATNYA. BAGAIMANA MUNGKIN KITA MENDAPAT SYAFAAT RASULULLAH SAW JIKA TIDAK MENGINGATINYA?
salam..semoga kita mendapat Syafaat dari Rasululullah SAW
BalasPadamselalu terlupa dari teringat....
BalasPadamitulah, benda mudah yang dianggap remeh, tetapi hakikatnya sangat besar.
→ : digeruni dan dimusuhi
S.A.W...
BalasPadamnak cari pahala mudah tapi kita selalu ambil mudah..
BalasPadamtrima kasih berkongsi..
Salam zul terima kasih kongsi info yang amat berguna ini. Jom sama kita berselawat.
BalasPadamjgn tnggal selawat, alhamdulillah dlm solat pun kita berselawat
BalasPadamJom kita berselawat ..
BalasPadam