Puasa Lapar Dan Dahaga





Salam 10 ramadhan..sekejap sahaja dah sepuluh hari berpuasa.Jika di awal seminggu ramadhan kita lihat masjid dan surau penuh sepanjang malam.Nampak agak berkurangan sehari demi sehari kebelakangan ini.Kesibukan bekerja dan tugas-tugas lainnya jua,seperti saya sendiri kadang-kala tak sempat ke surau hanya buat solat terawih di rumah sahaja bersama isteri.


Pasaraya juga kelihatan sudah giat mengadakan promosi hari raya di sana sini.Ramai dia antara kita sudah mula melakukan pembelian barangan kegunaan sempena menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberansangkan sekarang,rasanya keperluan hari raya yang sederhana sahaja bagi pihak saya pada tahun ini.






Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga. [Riwayat Ibnu Majah]



Huraian&Pengajaran Hadis:


i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.


 ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.


iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:


a) Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.


b) Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.


c) Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.


d) Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.


iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.


v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada  "Mulanya RAHMAT, tengahnya PENGAMPUNAN, dan akhirnya MERDEKA dan api neraka.".Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.Wallahualam.





Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia







Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Ogos 20, 2010

24 Komen:

  1. Salam

    Kami pun sambut raya ala kadar sahaja,dalam keadaan sederhana...yg penting meraikan dan bermaaf- maafan..

    BalasPadam
  2. Salam 10 ramdahan zul semoga sihat ceria sentiasa.
    Kawan sekeluarga bersederhana aje menyambut raya bajet kurang :(

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama20 Ogos, 2010

    Salam,
    berpegang kepada hadith itu..

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga. [Riwayat Ibnu Majah]

    sesungguhnya ramadhan bulan yg mulia...ikhlas dalam beribadat pasti ada imbuhan nya dan sentiasa bersederhana..

    terima kasih berkongsi info ni

    BalasPadam
  4. Tarawih kat rumah je ngn hubby..hehe :)

    BalasPadam
  5. insyaallah...nk rebut seberapa banyak pahala bulan ramadhan kali ni...

    BalasPadam
  6. Salam ramadhan...arp en zul dan famili sihat la..selamat berpuasa.....da msuk 10 hari da ramadhan..bgitu cpat mase blalu....

    BalasPadam
  7. salam... wahhhh....susahnya nak melawan nafsu???

    BalasPadam
  8. @sahromnasrudin

    W.salam..
    begitulah gayanya
    nafsu -nafsi..
    ermmp..

    BalasPadam
  9. @Mommy Pinky|zella|wawa

    terima kasih komen
    selalulah singgah
    mana yang dah kawin
    tu tarawih dengan hubby
    adalah yang terbaik
    memupuk kasih sayang
    juga antara kalian

    BalasPadam
  10. @Man Kuchai| YASSIN | EJUM

    terima kasih singgah
    selamat berpuasa juga
    mana yang nak travel
    balik kampung tu..
    moleklah kereta di
    servis awal2 erk?
    jangan last minute.

    BalasPadam
  11. Salam,
    InsyaAllah mas sambut ala kadar sahaj bulan puasa nie... :)

    BalasPadam
  12. salam zul..
    Awal lagi kot nak shopping raya..koi mcm biasa lebih pada anak-anak je.

    BalasPadam
  13. salam , selamat berpuasa ye , semoga sihat selalu adanya :)

    BalasPadam
  14. koi sokmo tiap2 tahun sederhana je...biasenyer baju melayupun koi beli kat pasaraya2 biase dlm herge bawah 50 hinggit je...

    BalasPadam
  15. @ozzy

    tak awal dah ozzy
    baju melayu kalau nak
    tempah orang tak ambik dah

    BalasPadam
  16. @maslinamansor|syaza kelyza

    besederhanalah kita dalam segala
    perbuatan..selamat menunaikan ibadah
    di bulan penuh keberkatan ini juga

    BalasPadam
  17. @Cikgu Jang ..

    sama la dengan koi
    baju melayu tahun lepas
    je la nampok gayenya..
    he he

    BalasPadam
  18. salam...
    semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan mulia ni..
    banyak dugaan bulan puasa ni..
    terutamanya nak melatih diri supaya bersabar..
    keluarga saya pun sambut ala kadar aja..
    tambahan pula tahun ni agak suram..

    BalasPadam
  19. Salam.....

    Pasal shopping raya dah x pyh fikir lg.hehe...
    Sebabnya dgr kata ustaz dlm tv tu,shopping awal2 sebelum puasa agar tak ganggu kita buat ibadah di bulan mulia nanti. Jadi 2 hari sebelum puasa dan shopping.....

    BalasPadam
  20. @annfrendly\ IZA

    betul tu..ala kadar sudah lah
    yang penting tidak membazir
    kueh raya dah beli ke kalian berdua?

    BalasPadam
  21. sat je rs pose da byk hr ohhh

    BalasPadam
  22. @MissXYZ a.k.a Abaikan

    begitu lah gayanya
    cik adik..dah pesan baju
    raya berapa pasang??

    BalasPadam
  23. salam
    bersederhana selamanya kerana itulah yang disuruh kita melakukannya

    BalasPadam
  24. salam zul,
    hadis ni mengingatkan kita agar-agar tak berpuasa sambil lewa...
    harap dijauhkan la dari puasa yang sia-sia...

    BalasPadam