Bahan-Bahan:
- 1 gantang beras pulut
- 4 biji kelapa atau 3 kg santan
- ½ kg kacang mentah 3 jantung jagung (jika mahu)
- Daun palas secukupnya
Cara:
- Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan.
- Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.
- Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai mendidih.
- Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.
- Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.
- Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.Bab ini perlu ada kepandaian,ambil masa juga untuk menganyamnya disini saya sertakan video saya menganyam ketupat,perlahan-lahan belajar erk?he he..
Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam tadi ke dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga kering airnya(pastikan tidak hangus).
Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.
Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang , kari daging mahupun kari ayam ataupun serunding ikan(resepi kakak ipar).Ketupat daun palas yang di rebus ini tahan sehingga seminggu,tapi seandainya selepas dibalut anyaman tadi terus di simpan sejuk beku di dalam peti ais dan hanya di rebus bila ingin di makan boleh bertahan sampai setahun.Wassalam
salam en zul,
BalasPadamsaya suka sangat ketupat daun palas ni ..
nak buat sarung tak reti..
kalau sarung yang ketupat lagi satu tu tahulah..
salam..sy tak makan ketupat yg nie..ketupat nasik je makan huhuhuh
BalasPadambila tenguk ketupat ni rasa rindu nak balik kedah
BalasPadamRasakan keenakan ketupat daun palas ini..cicah sama rendang atau serunding..makan gerenti tak nampak telinga punya..
BalasPadamni pon sedap! hehee..tp jarang buat.
BalasPadamsalam enzul
BalasPadammemang faveret cheqna ni
makan ngang serunding ke..rendang ke
sedapnya...
salam lailatulqadar,
BalasPadamketupat daun palas,
ketupat daun kelapa,
jangan ada yang malas,
10 terakhir ramadhan kita alpa.
Salam zul ..kawan nie bese buat lemang aje.. ketupat x penah buat nampak macam best aje kena cari nei :)
BalasPadamsalam..wah best nih..tapi kat pahang popular dengan lemang jer kan..he3
BalasPadamKoi kala raye lemang ter la koi cari dulu.Ketupat palas ni tak menjadi koi nganyamnye.Kala gune daun nyor ter kabo je nok gone.Tak ande hey lalu...
BalasPadam@Jejaka Desa
BalasPadamkoi pun suka juga lemang
nei..tapi tak leh makan banyak(lemak)
buat koi pening..hu hu
@akuanakpahang
BalasPadamAok memang Pahang jatinya
Yassin..tak lepas lalu
lemang aok ter..he he
@Man Kuchai
BalasPadamBetul tu Man..
selalunya saya
main order je lemaanh
ni...ketupat saya
balut sendiri..he he
(pelbagaikan juadah)
wahh.. terer aa bro zul dapat balut ketupat palas.. Ustaz Love nak tanggalkan balutan ketupat tu time nak makan pun selalu fail.. hehe
BalasPadam@ahmad humairi
BalasPadamKetupat daun palas
Dibalut Cik Puan Siti
Insyaallah saya tidak malas
10 Malam terakhir selalu di hati
@sahromnasrudin
BalasPadamBoleh la anda uba
nanti Shah..sedap!!
@cikgu isza
BalasPadamOrang Perak makan lemang kan..
alahai jangan ngidam pulak
nanti cikgu..he he
salam akhi Zul...
BalasPadamOoooo org Kedah gak ka...kita sama la nooo..asai kedah tu tang mana no? kot2 kita asai sekampong...
kalau bab balut ketupat tu, akak masih lg jadi balutnya...
saya berkahwin dengan orang perlis. jadi orang rumah akan buat ketupat. lemang akan saya beli. jadi raya ni, ketupat pun ada, lemang pun ada. insya-Allah.
BalasPadamkami baru lepas buat riben ketupat untuk opis. depa sibuk nak sambut raya, patut ada marka dari kedah bila ajak join, tak moh "tak reti dia habaq mai "kalo ketupat palas ok la"
BalasPadammmg sedap ni..manis2 rasanya
BalasPadam"13 Trivia dan Fakta Menarik Mengenai Youtube"
kome raya haji memang buat ketupat palas nih....raya posa buat lemang...
BalasPadammakanan kesukaan ku ketika hari raya, tapi tiap kali raya kat rumah mertua di kelantan, rendang dia tak brp best la...heee.. ucap awal takpe kot hehe. selamat hari raya pada zulkbo sekeluarga...
BalasPadam@Ummi Humaira
BalasPadamUkhti Umi Humaira..
Mak ayah berasal dari
Megat Dewa Kg Pida 2
Mukim Putat..orang rumah
orang Alor Setaq ja..orang
pekan..he he
@al-lavendari
BalasPadamSalam Tuan..
Perlis dan Kedah kira adik beradik
sama segi loghat,makanan mereka..samalah kita,saya pun beli je lemangnya..jangan lupa warisi anak-anak tuan budaya membalut ketupat tu..
@cemomoi
BalasPadamKetupat palas tak cantik buat
decoration,tak boleh lawan ketupat
bawang..he he..(marka mana pulak tu?jangan menikah satu lagi sudah saudara ku..he he)
@Cikgu Jang ..
BalasPadamCikgu molek la gitu..
aok tahu serba serbi..
cer ajor si Yassin kita
membalut ketupat tu..he he
@ashraf | Mel
BalasPadamMemang sedap ketupat ini..
yang manis adalah resepi
sebelah kelantan..
salam cik zul
BalasPadamtahun lepas first time saya beraya di umah mentua di penang..ketaq kepala lutut mak mentua suh anyam ketupat daun palas..haahha..maklumlah belah saya di perak, selalu wat lemang..sekali dpt orang utara, tu dia haih, tergeliat tangan ..hahaha..tp saya suka ketupat ni
salam,
BalasPadamasal nama ketupat saya makan je hehe..
Salam...
BalasPadamSaya memang suka makan ketupat tak kiralah apa bentuknya...makan ngan kuah satay..
salam
BalasPadamnampak gambar ketupat ni...
rasa macam dah nak raya je
hehehe
Salam tuan, semugo sihat selalu...
BalasPadamKek Johor jarang jumpo ketupat nie... tapi sojak seh kawin orang Kodah memang jadi kemestian ketupat nie... tak kiro lah rayo ko tak rayo...
kadang2 sesekali balik kampung mak mentuo seh bokalkan seh ketupat daun palas nie dengan rondang'ea sekali...
umangaii sodap'ea... tak soba nak balik kampung raso di hati...
Salam...
BalasPadamRindunya kat mamaku....
Kalau mama saya buat ketupat ni, semua ketupatnya gemuk2,tak mcm ketupat kat atas tu...kurus2...
Makan sebijik pun dah rasa kenyang...Saya tak pernah lg masak ketupat, tolong isi pulut dan bukakan daun palas tu selalu la.....Kat Kedah memang femes ketupat ni....tp tak ramai yg pandai balut....silap2 jadi ketupat betina...
@iza
BalasPadamAmboi bila nak makan ketupat
ingat kat mak noh?he he..kuruih
ketupatku sebab daun palas beli
di pasar chowkit kecik &kuruih belaka
ha ha..
@maiyah
BalasPadamTerima kasih atas pemberian kad
tersebut maiyah..
@Abd Razak
BalasPadamBetul tu..ada yang makan dengan kuah satey..tapi di Utara Malaysia mereka gemar dengan gulai
@penjejak maya |TEHR
BalasPadamHa ha..rasa cam dah raya kan?
lambat lagi tu realitinya..
he he
@Abi Al-Baihaqi (RKA)
BalasPadamBetul tu bang..
tapi ketupat ni
makan dengan sambal
cili padi orang nogori
pun sodap..saya pernah cuba
pernah belaja buat ketupat daun palas ni.. dulu tahun 80an, ikut member duk perlis smpat sambut raya aidil adha di sana..smpai skg masih kamceng lagi dgnnya..sahabat karib la katakan..dkt johor ketupat nasi vs ketupat pulut..org muo pilih ketupat nasi jugak..perut dah biasa dgn ktpt nasi ni he he ..
BalasPadam@orang muo
BalasPadamSelera saya ketupat nasik dan pulut okey je..saya suka..tapi orang utara ketupat nasik tolak belakang semua..heran juga..??
salam zul..
BalasPadamKetupat ni nak kena dgn kuahnya juga..kalau kuahnya sedap memang selera koi makan.
menu wajib mak sop juga nih! masa kecik dulu selalu tolong buka daun palas..:)
BalasPadambelum sempat bungkus, dah perkena 1 pinggan pulut :)
bungkus ketupat memang susah..
BalasPadamskali skala aje berjaya hohoo..
Aslmkm Zul.
BalasPadam:) Ohhh kira Zul asal Kedah jugak!
Kak G teringat cite banyak orang Kedah p teroka tanah Felda di Pahang ... so Zul kira tera longhat Kedah la!
Apapun ketupat palas ni memang banyak orang suka Zul ... masa Kak G 1st time Raya di Kuching dulu, 1st time buat seperiuk besar bak! ... Macam nak pengsan! Tapi tak sampai malam, habis licin! Ada ulang mai tanya lagi!
OK la ... gud nite. :)
@DDrfauziah
BalasPadamBegitulah gayanya kak..
saya pun sama,tu yang buat
banyak2 simpan dalam
frezzer,time orang datang
baru rebus..fresh je rasanya..
@sop
BalasPadamKalau orang sebelah utara
dan kelantan memang juadah
utama ni..tanpa ketupat
daun palas tak raya jawabnya
@ozzy
BalasPadamJiee..aku kenal ko
cerewet sket..ha ha
masakan orang rumah
ko juga pilihan hati erk?
@Azuan
BalasPadamTak pa lah..datang
tolong bukak balutan
ketupat udah lah dik
he he..
salam bro,
BalasPadambest betul ketupat daun palas ni, harapnya dapat merasa balik kg nanti :D
@etomyam
BalasPadamBunyinya macam susah nak jumpa
je bro..he he..harapan saya jua
akan ketemu oleh mu..he he
Dah lama Ummi tak buat ketupat -ketupat palas dan ketupat daun pinang. Dekat-dekat raya ni nostalgic la pulak.
BalasPadamSalam ziarah en zul...
BalasPadamEn zul lupa 1 jenis ketupat lg y popular kt kedah xde kt tempat lain....KETUPAT DANCING @ PULUT DAKAP..my favourate nyum2..abah mmg teror balut ketupat palas...tiap2 raya itu tugas utama abah he3
Amboi, lajunya tangan orang tu menyimpul ketupat palas tu. Sweetie tak pernah buat, cuma buat ketupat pulut, tapi guna sarung ketupat biasa tu.
BalasPadamsalam
BalasPadamyum..yum... ee best tue angah suka makan ketupat palas jagung memang sedap.. kalau kacang angah tak suka sangat... sebab angah tak suka kacang merah