Hiasilah Diri Mu Kerana Allah






Hadith:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah." [Riwayat Ibnu Mas’ud]



Huraian :


i) Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.


ii) Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.


iii) Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T.


Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.


iv) Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah Harus manakala mengubahnya adalah Haram.


v) Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


                   +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Dapat award hari ini dari Haida Haida seorang pelajar di UPSI..Universiti Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim Perak.Berasal dari Pengkalan Chepa Kelantan.Mek Kelate ni memang ceria selalu..entri terbaru beliau ada tentang masakan Kelantan membuatkan saya jatuh cinta masakan negeri Che Mek Molek tu...he he..apa kata kita terjah blog beliau yang cantik seperti tuanpunya blog ini:


Kebiasaannya award ni datang dengan soklan maklannya..he he..moh kita layan sekejap..mana yang tak terjawab tu "biarlah rahsia" kata Dato Siti Nurhaliza..

1) nyatakan 7 perkara tentang anda:
nama saya Zulkifle Bin Othman
panggil jer Zul@zulkbo
anak mak dan ayah
saya anak ke 2 dari 8 adik beradik
saya ada 15 orang anak sedara(satu tambah,satu meninggal semalam)
saya anak jati Malaysia
bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat swasta
2) saya suka color: 
hijau, biru, merah, oren, hitam, putih dan cokelat 

3) berikan kepada 3 orang rakan blogger anda:


Tanam pinang tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi cik adik saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Ogos 05, 2010

27 Komen:

  1. setakat ni xprnah lg cukur bulu kening...
    hurm.. tp skrg ni trend pkai bulu mata palsu...
    prnah bc satu artikel yg mengatakan haram...

    sy xprnah pkai bulu mata palsu tu tp ade kwn2 yg pkai, mb dorang xtau...

    BalasPadam
  2. salam en zul...
    dulu2 mase belajar uztazah ade jugak beritahu pasal mengubah ciptaan tuhan ni dan apa hukumnye...
    pas tu tak pernah la pulak nak nak cukur bulu kening ni...

    BalasPadam
  3. Salam En Zul,

    berhiaslah kerana Allah dan juga tentunya untuk suami. Ikutlah peraturan yang telah ditetapkan. moga hidup kita akan selamat dan berkat.

    Tahniah juga mendapat friendly blogger award. Terus kita menjadi sahabat yer.

    BalasPadam
  4. Salam zul.. benar ciptaan yg allah telah berikan kepada kita itulah yg terbaik usoh ejas2 silap jadi haram.

    Tahniah juga diatas award berkenaan.

    BalasPadam
  5. Salam...

    Good info. Moga2 golongan muda faham berkenaan halal dan haram ni. Tapi mereka sering lupa bila tiba masa nak kahwin demi mengutamakan kecantikan dan seri wajah.

    Biarlah wajah kita seri dgn wuduk dan ayat suci al-Quran dari dilaknat oleh Allah.

    Kakak saya sampai nangis2 bergaduh dgn mak andam semata2 tak nk cukur kening dulu. Nasib baik masa saya kawin, mekap sendiri. Takut peristiwa lama berulang. Alhamdulillah, ilmu yg diajar masa sekolah dapat dimanfaatkan utk kehidupan seharian.

    BalasPadam
  6. salam,
    kening mas berserabut tapi tak terbuka pun hati nak buat bagi cantik. Walaupun sampai ke hari pernikahan.

    Lagipun sekarang nie, juru makeup pun dah pandai sorokkan yang kening yang serabut tue.

    kita pun boleh tahu teknik2 tue dari meraka.

    BalasPadam
  7. wohooo jgn cukur kening nk jadi cun cm erra fazira... no no no =)

    BalasPadam
  8. salam
    cuba pakat2 ubah perangai [bukan badan]
    ubah pakaian ke... tutup mana patut...
    hehehe

    BalasPadam
  9. ramei beno orang dok ikat gigi sekarang ni... mula dulu koi ingat ke menda la...

    BalasPadam
  10. Salam
    harapnya dapat pengajaran kepada mereka yg suka 'ngejah' benda yg tuhan dah buat elok2 ni...perkongsian yang penuh informasi

    BalasPadam
  11. salam aok,

    yup, terima kasih dgn ingatan dan nasihat ini. alhamdulillah dan insyAllah...
    semoga kita menjadi lebih baik dan lebih takwa

    uhuh... koi kena taq ke
    ekekekke..
    nanti2 koi jawab ya

    BalasPadam
  12. saya ada buat no III

    disebabkan terlalu tebal dan bercantum.

    BalasPadam
  13. salam...yup..mmg haram mgubah ciptaan Allah yg telah sedia ada...moge ana tidak tgolong dlm glongan di atas..Amin...tq utk info..byk sgt pgajaran pde sume....

    BalasPadam
  14. salam en. zulkbo.

    Trima kasih atas entry yg menarik. Entry yg mengingatkan ttg dosa dan pahala. Entry yg memahamkan hakikat syurga dan pahala.

    BalasPadam
  15. salam en zul,
    pasal bulu kening tu rasanya ramai yang tahu tapi buat tak tahu..

    BalasPadam
  16. Salam zul ..
    ehhh..ada award lah.
    tkasih

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah..semua yg ditegah masih mampu dipertahankan..insyallah.

    BalasPadam
  18. sebenarnya..ciptaanNYA dan cukup lengkap dan sempurna..bagi yang mengubah tu x bersyukur dengan pemberianNYA..dah ubah ini mesti nak ubah lain..manusia ni xpernah puas apa yang ada..wallahualam

    alhamdulillah ana setakat ni masih menjaga...moga ini akan berterusan insyaAllah

    BalasPadam
  19. salam ziarah!

    terima kasih atas perkongsian ilmu.......

    BalasPadam
  20. salam encik zul..
    terima kasih kongsi info ni.. menarik sgt..
    sebut pasal cukur bulu kening ni, selalunya di pengantin baru yg buat kan.. mak andam la yg tlg cukurkan.. kakak saya hari tu sampai gaduh2, terus abng masuk campur.. orang soh dia make up jer, dia lak pndai2 nk cukur.. yang asal tetap menarik dan berkualiti..

    terima kasih sdi terima friendly blogger award..

    BalasPadam
  21. sdr Zul,

    jika serabut boleh diubah supaya tersusun cantik.Allah swt suruh kita berfikir mana yang terbaik, sempurna dan bersih dan cantik.

    Zul, Blog sdr di linkan ke http://biz-biobiz.blogspot.com tq

    BalasPadam
  22. masa hari sanding, mak andam offer nak cukurkan kening..katanya bagi berseri..

    saya jawab, suami saya nak kawen dengan saya sb kening saya yang tak 'indah' ni..takut2 dah cukur, suami tawar hati plak :P

    kita berhak bersuara kerana ada orang ambik mudah hal ni

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama06 Ogos, 2010

    Aslmkm Zul.
    Sesuatu yg Kak G kesali ialah dari semasa kecil, mudaku, malah kini tiada/terlalu kurang dakwah & contoh berkesan membaikkan ummah ...
    Ada ustazah & mereka yg berkelulusan ilmu agama sendiri mempunyai kening tirus berbentuk; yang lelakinya pula memakai 'shorts' main badminton dsbnya - bercelaru kan?
    Tapi tetap amat bersyukur kerana begitu besar rahmat & keberkatan yang Allah SWT kurniakan.

    BalasPadam
  24. tak pernah cukur/ cabut bulu kening. tapi ramai orang cakap saya cukur/cabut kening ~ yekk! apa yang Allah cipta tu memang dah terbaik. tak perlu nak ubah/tukar pape lagi :):)

    BalasPadam
  25. semuanya kerana Allah, pastinya ada keberkatan..

    BalasPadam