Harta Sebenar Di Dunia Dan Akhirat



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.[Riwayat at-Tirmidzi]



Gambar Ehsan: 
dehewaraspak.blogspot.com


Huraian:

1. Ilmu pengetahuan menurut Islam sama ada yang berunsur keduniaan mahupun keakhiratan adalah bersifat sepadu (integrated) dan saling berhubung di antara satu sama lain.

2. Berasaskan pegangan inilah maka kehidupan dunia akan dapat dijadikan persediaan untuk kehidupan di akhirat.

3. Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu naqliyah yang berteraskan wahyu seperti aqidah, syariah dan akhlak dan ilmu aqliyah iaitu ilmu yang pada zahirnya dipandu oleh akal bagi memperolehi kejayaan dan kemajuan duniawi. Kedua-dua jenis ilmu ini bersepadu bagi mencapai satu matlamat iaitu keredhaan Allah SWT.

4. Islam menggalakkan umatnya memiliki seberapa banyak ilmu dalam usaha mencari kehidupan yang baik dan sempurna disamping memajukan masyarakat menurut lunas-lunas yang dibenarkan oleh Islam.





Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Salam semua..dapat award dari adik manis  NOR DALILA  apa lata kita serbu blog beliau yang comel macam orangnya





Syarat penerima anugerah ini kena jawab beberapa soalan.



Soalannya ialah:

Soalan 1
Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?
Hari-hari cari kayu..nak cari kayu..nak cari kayu(kerja la tu..)

Soalan 2
Apakah nama samaran anda?
Ada juga orang panggil namaku Abang Zul,Joi,zulkbo

Soalan 3
Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
Mak dan Ayah,isteri dan anak-anak dan semua ahli keluargaku baik mertua juga.

Soalan 4
Panggilan untuk si dia?
Syi,Awak,Sayang..(ada time la..)

Soalan 5
Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
Kejujuran..terima kasih melahirkan anak- anakku...

Soalan 6
Blog mana yang anda selalu lawat?
Semua blog followers saya





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Ogos 27, 2010

30 Komen:

  1. salam..ilmu sinar kejayaan..semoga umat Islam kan berjaya dgn ilmu

    BalasPadam
  2. Salam sdraku..

    Menuntut ilmu bukanlah bermatlamat ilmu semata-mata tetapi ia merupakan wasilah (jalan) untuk memahami dan menguasainya bagi melaksanakan ubudiyyah kepada Allah S.W.T. Tujuan menuntut ilmu juga adalah untuk melaksanakan petunjuk Allah S.W.T. sebab itulah menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;

    "Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslimin dan muslimat".

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama27 Ogos, 2010

    salam sahabat,

    ilmu tidak haruslah disimpan.syukur sngat2 sebab banyak blog2 berkongsi nasihat, ilmu yang boleh diguna pakai dunia akhirat :)

    BalasPadam
  4. ilmu yang diberi kepada orang lain ade lah pahala yg beterusan diterima walaupun kita sudah tiada..

    BalasPadam
  5. Salam...

    Tahniah dpt award lg.
    Nak buat apa dgn kayu? Tokey balak ke ni?

    BalasPadam
  6. Salam Zul..Harta yang sebenar tidak ramai yang memburu..tapi harta yang tidak benar terlalu ramai yang memburu..

    Selamat bercoti yer..

    BalasPadam
  7. Salam.

    Ilmu, jambatan kita untuk hidup di akhirat nanti. Semoga kita sentiasa dihidangkan dan menuntu ilmu ilmu yang bermanfaat. Insha Allah..

    Terima Kasih Komen Entri

    BalasPadam
  8. SubhanAllah.. Ilmu Amat penting kan?


    New Entry ProfHariz
    Nuzul Al-Quran

    BalasPadam
  9. Berilmu dan beramal mmg baik.

    BalasPadam
  10. thnkz! nice entry..... :)

    BalasPadam
  11. salam en zul yang fofular..
    ilmu yang tiada batasan tapi masih ada sekatan terhadapnya...
    wahhh.. dapat award sokmo..
    :)

    BalasPadam
  12. salam
    itulah sebenarnya
    berilmu dan beramal, kebahagiaan akan datang dengan sendirinya

    BalasPadam
  13. @Abd Razak SAHARUM

    Alhamdulillah..semoga kita
    menjadi manusia yang berilmu

    BalasPadam
  14. @ejum | Life KAMI

    Berkongsilah ilmu yang anda
    ada buat menafaat dan kebaikkan
    sesama.

    BalasPadam
  15. @iza

    Dekat-dekat dah tu..he he

    BalasPadam
  16. @relevan

    Selamat bercuti juga
    buat aok RELEVAN

    BalasPadam
  17. @ProfHariz | Ashrafi

    Perkongsian sesuatu ilmu yang
    baik membawa keberkatan kita
    hingga akhirat..wallahualam

    BalasPadam
  18. @ProfHariz |Yassin

    Terima kasih singgah
    dan komen anda..semoga
    kalian berdua selalu sihat

    BalasPadam
  19. @cikgu isza

    Orang nak bagi kena
    la ambik kan..he he

    BalasPadam
  20. @NICK IRFAN

    Terima kasih nick
    selalulah singgah sini
    moga anda selalu sihat
    jangan byk minum ais
    bulan puasa ni..batuk..
    .he he..

    BalasPadam
  21. @tehr

    Setuju sangat dengan anda
    saudara Tehr.

    BalasPadam
  22. selagi umur masih ada, dan kesihatan masih elok... akan ku tuntut ilmu..

    BalasPadam
  23. salam,

    semoga dengan manfaat ilmu yang ada kita mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat..

    BalasPadam
  24. @Zikr the Jalanan Sepi Perantau | Penjejak Maya

    Molek la tu..
    moga kalian
    memperolehi
    apa yang di citakan

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama28 Ogos, 2010

    Salam,

    Bersama-samalah kita saling ingat mengingati,pesan berpesan semuga kita semua dilindungi Allah hendaknya.

    BalasPadam
  26. salam bro zulkbo,
    ilmu suluh hidup, teringat motto kat lencana sekolah dulu hehe

    BalasPadam
  27. Salam Zulkbo,
    Ziarah blog rakan.. selapas sahur. Orang yang berilmu mestilah beramal. Jika tidak ilmu yang ada menjadi sia-sia..

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum,

    Ilmu dan amal, harus selari, kalau tidak ilmu menjadi sia2...

    Dapat award lagi En Zul yee, tahniah..

    BalasPadam
  29. salam

    berilmu berusaha & berbakti ya itu la.. dia..

    BalasPadam