Google Earth merupakan salah satu aplikasi terbaik dari Google , sekarang anda sudah boleh menggunakan kemudahan Google Earth pada talipon mudah alih berskrin sentuh(touch screen) seperti smartphone Android atau iPad, kehebatannya bertambah apabila mampu menunjukkan formasi bawah laut atau rupa bentuk bandar mahupun muka bumi dalam bentuk 3-D. Ini sudah tentu mengembirakan penggunanya kerana Google selalu mengembangkannya teknologinya untuk memberikan lebih banyak utiliti dan kemudahkan teknologi masa depan tanpa sempadan buat pengguna.
Yang terbaru adalah lapisan awan,Google Earth mampu menunjukkan hujan dan salji dalam pola cuaca secara "real-time"di beberapa bahagian dunia. Setelah mengaktifkan lapisan awan(clouds layer), anda hanya perlu zoom ke lokasi yang anda inginkan, anda juga turut boleh zoom ke lapisan mana bahagian awan yang anda ingin lihat.Bagaimanapun buat masa ini, kemudahan ini terbatas hanya untuk kawasan dari Amerika Utara dan Eropah Barat, dan turut merangkumi beberapa tempat termasuk Pacific Northwest dan England. Dengan mengaktifkan lapisan radar, anda boleh melihat di mana data curah hujan juga tersedia .
Yang saya kagumi tentang ciri-ciri ini ialah sistem " real time" nya yang selalu di kemaskini , seandainya di perluas satu hari nanti, ini bermakna anda boleh menjejaki pola cuaca, taufan (termasuk yang menakutkan seperti angin taufan Alex seperti gambar di atas), dan memantau pergerakannya bergerak di peta. Ini berpotensi untuk kajian masa depan jika sesuatu bencana akibat hujan yang bakal melanda,kita boleh melakukan persediaan awal.Bumi Malaysia amat kaya dengan hujannya,banjir adalah kerap dan ini pasti amat berguna pada kita satu hari nanti.
Anda juga boleh mendapatkan:
best! salah satu peminat google earth!
BalasPadamsalam..
BalasPadamdah maju dah google earth ye..minta2 lah tak lama lagi function ni boleh guna di m'sia juga..
amboih, makin canggih kreativiti manusia ni yerk... elok le untuk kebaikan dan manfaat kita juga tu
BalasPadamteknologi semakin cepat bercambah..kalah anak pokok durian...
BalasPadamSalam sdra..
BalasPadamMoga sdra dalam redha~Nya sentiasa..
Semakin advance google earth tapi saya jarang gunakannya..:)
Salam...
BalasPadamMacam best je. Kat Malaysia ni belum ada ye?
Semakin hari semakin canggih.
BalasPadamsalam,
BalasPadamtempat kerja mas dah ramai pakai google earth. Sebab kerja berkaitan pemetaan...
salam,
BalasPadamjangan intip rahsia orang dah...
bgusla..hope teknologi ni diperluaskan lagi
BalasPadam"Mak Aii! Sembang Lucah di iPhone 4 pun Boleh?"
salam..
BalasPadampensyarah baru jer bercakap pasal google earth ni dalam kelas mggu lepas.. mmg menarik sgt.. google skank pn dh canggih.. mcm2 aplikasi mereka keluarkan tuk kegunaan masyarakat skank terutama dalam bidang pendidikan..
Salam,
BalasPadamDengan adanya sistem ni, mudah-mudahan Malaysia lebih selamat.InsyaAllah.
salam zul,
BalasPadamkerana mereka yg menguasai teknologi dan ilmu, maka kita hanya mampu menjadi pengguna.
hakikatnya, dia org bebas merisik dan mengebom di mana shaja yg mereka mahu.
hmmm... makin canggih ye teknologi sekarang. sampai tak ter ikut. i phone ker i pad ker, sy masih pakai henpon polifonik. haha.
BalasPadamAwas..jika tidak berpuasa diwaktu bulan Ramadan nanti..Google earth dapat membantu mengesan juga lokasi port..
BalasPadammakin hebat teknologi skrg..
BalasPadamadakah kita semakin hebat?
wah bestnya... lepas nie orang pun boleh kot..
BalasPadamSalam sejahtera buat sdr zul
BalasPadamArtikel yang menarik.Terima kasih berkongsi info.
Assalamualaikum,
BalasPadamBanyak betul kemudahan yang disediakan oleh google ni yee
salam,
BalasPadamwah makin canggih GE ni, saya guna benda tu bila nak cari tempat yg tak pernah sampai, mamang banyak mebantu hehe
semaken hari, teknologi smaken cnggeh..
BalasPadammmg bez...
Rajin la koi nengok mende ter nanti weh...
BalasPadamteknologi yang semakin canggih...bayangkan 10 tahun akan datang..
BalasPadamtu pun kalu panjang umur la..
wah best la kalau macam tue
BalasPadamwah bagus betul makin canggih.. pasni browse kat google jer..
BalasPadamwaah..bagus nie...teknologi makin canggih kan..skrg boleh nampak walaupun dalam bentuk 3D, mungkin 10 tahun lagi boleh nampak seperti real plk kn..
BalasPadamsalam cik zul
BalasPadamwah semakin hebat teknologi ni
semoga semakin dekat mengingat Kuasa Tuhan