Dongeng Dan Hujan Tahi Bintang








Salam semua..dari kecil kita di hidangkan dengan kisah dan cerita dongeng oleh ibu bapa mahupun orang yang lebih tua dari kita dan kita pun terbawa-bawa dongeng itu sehingga sekarang.Ada sebab musababnya orang-orang lebih tua menasihati  kita begitu,rasanya anda semua pasti sudah tahu bila usia semakin bertambah akan sebabnya mereka menceritakan sebegitu.Antara dongeng yang selalu kita dengar..
  • Anak dara sunti di larang menyanyi di dapur takut nanti berkahwin dengan orang tua.
  • Jangan duduk atas bantal takut  nanti tumbuh bisul pulak di punggung.
  • Jangan menyapu sampah di malam hari takut nanti rezeki lari.
  • Memotong kuku tak elok waktu malam takut nanti pendek umur.
  • Bila meniarap jangan angkat kaki kebelakang kononnya kematian mak ayah.

Sekarang bila dah besar dan dunia pun semakin moden datang la pulak dongeng dari kawan-kawan..
  • Bila nak tutup enjin kereta jangan lupa tutup suis aircon dulu takut besok enjin susah nak start.
  • Bila start enjin kereta jangan terus jalan nanti minyak tak "mesra" dengan enjin.(enjin VVTI tak payah dah sekarang ini..terus jalan je)
  • Bila nak pakai laptop lama  dan gunakan eletrik jangan lupa cabut bateri keluar takut nanti bateri cepat "kong"(info ni saya dapat dari pakar komputer,tidak akan memudaratkan komputer anda)
  • Bila nak tutup tv jangan lupa perlahankan dulu suara nanti cepat rosak.
  • Nak charge handpone jangan lebih 4 jam nanti meletup la pulak(ada betul rasanya)

Info di bawah ini di petik dari thestar, tiada kena mengena dengan dongeng di atas..cuma berita mengenai ketibaan hujan tahi bintang yang akan berlaku pagi besok sekitar pukul 1.30 pagi hingga  4.30 pagi.Peristiwa ini hanya berlaku 30 tahun sekali,berlaku di pagi 3 Ramadhan semestinya sebagai tanda kebesaran Allah SWT jua adanya.Peluang baik untuk kita menikmatinya kerana boleh di lihat secara terus di langit,untuk menunggu bila akan tiba lagi adalah suatu yang agak sukar di jangkakan pada masa hadapan.

Di tempat kerja tadi seorang rakan beragama kristian mengatakan inilah waktunya untuk meminta hajat atau doa kerana akan di makbulkan tuhan.Kebetulan pulak berlaku di bulan Ramadhan Al-Mubarak,bulan penuh keampunan.Sebagai seorang islam kita di tegah mempercayai seperti orang kristian tadi..percayalah, sepanjang bulan Ramadhan ini Allah melimpahkan rahmatnya kepada kita muslimin dan muslimat jadi pertingkatkanlah amalan kita seperti seorang mukmin sejati tanpa rasa sangsi akan kejadian lain..Wallahualam.




Malaysians can observe meteor shower tonight

Malaysians will be able to sight up to a total of 100 Perseid meteors per hour streaking across the northern sky in the wee hours of Thursday morning.Universiti Sains Malaysia’s Astronomy Atmospheric Science Unit lecturer Assoc Prof Dr Chong Hon Yew said that according to the International Meteor Organisation (IMO). the meteor shower is expected to be best viewed from 1.30am to 4am on Thursday.“The shower could have started on July 24 and is expected to be observed until Aug 17.“It is however predicted that during the peak viewing time (Thursday morning), the moon will be high in the sky, outshining the fainter meteors.“There is a good chance for observers to spot the brighter meteors however,” he said on Wednesday.Dr Chong also hoped the weather would be favourable for the Perseids to be seen.Those who miss tomorrow’s meteor shower may still catch a “lesser version” after midnight Thursday, or early Friday morning.[ baca seterusnya di  thestar]

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Ogos 13, 2010

39 Komen:

  1. patang larang sebenarnya untuk kebaikkan.. org dulu2 suka bg menegur anak2 dgn pantang larang tersebut..

    pantang larang moden yg disebutkan adalah tips2 yg diamalkan oleh pengguna utk memastikan alatan lebih tahan..

    kedua-dua mempunyai persamaan cuma cara penyempaian yg berbeza..

    hanya pendapat..

    terima kasih atas perkongsian maklumat tersebut

    BalasPadam
  2. Kalau siri dongeng2 'Fairy tales', ayat akhirnya biasa macam ni....

    "Akhirnya mereka berkahwin dan hidup bahagia selama2nya...."

    :)

    BalasPadam
  3. Salam,

    Allah mesti pilih angka ganjil untuk tunjuk kebesaranya...

    Dalam 27ogos ini ada satu lagi kejadian dimana bulan akan nampak dua,maaf saya terlupa dalam blog mana saya baca semalam,mengikut info,kejadian itu akan berlaku lagi pada tahun 2817.

    BalasPadam
  4. pantang larang bab kereta tu...sy tak gunapakai. apapun, tq info pasal tahi bintang tu

    BalasPadam
  5. salam..
    pasal bateri laptop tu tak betul ek abg zul?
    betul2 saya percaya kalau tak cabut bateri laptop mase tengah pakai guna letrik bateri akan kong cepat..

    baru tadi saya cakap macamtu kat kak long saya..
    isk.. kena betulkn balik ape yang saya cakap kat kak long tu... malunya..

    wah.. tahi bintang nak jatuh..
    err.. jangan jatuh kat umah saya dahla..
    risau lah pulak..

    haaa.. kalau dalam citer pun selalu macamtu..
    buat wish kalau nampak tahi bintang jatuh..
    sah2 dakyah nak menyesatkan..
    saya tak percaya.

    BalasPadam
  6. salam en zul,
    orang sekarang suka menidakkan pantang larang..
    yang tersurat dinafikan tapi yang tersirat tak mahu dijadikan pengajaran..
    dah pandailah katakan..
    bila terkena baru terngadah..

    BalasPadam
  7. salam,
    saya selalu start je kete terus jalan sekarang ni hehehe, kes terlewat biasanya

    BalasPadam
  8. tak sempat nak tengok tu.
    mata dah berat..

    huhu..

    BalasPadam
  9. tahi bintang tu karut aje bro koi..baik mintak kat Allah.mudah2an org kristian tu mendapat hidayah

    "Permainan video game pada masa hadapan, simulator F1"

    BalasPadam
  10. dari tumpat ni boleh nampak ke?
    pasal kereta, injin hidup je terus jalan
    hehehe

    BalasPadam
  11. menarik gek hujan bintang te..

    tp tempat koi hujan ni..langit mendung tak nampk ke bintang lalu

    BalasPadam
  12. Dengan cerite gitu la anok2 rapat dengan keluarge.Duduk ramei2 dengor cerite.Budok sekarang sibuk ngan PS je.Tak pun ngadak tv sokmo...

    BalasPadam
  13. Salam...

    Yang pasti, masa beredar, agama Islam menjadi kukuh dan tunjang kehidupan masyarakat Melayu mampu mengubah pantang-larang agar lebih bersesuaian dengan cara hidup masyarakat beragama. Semua yang berlaku tiada lain selain atas kehendak Allah Azza wa Jalla.

    BalasPadam
  14. salam ramadhan..semoga info diatas bermanfaat utk semua

    BalasPadam
  15. salam aok,
    heheheh suka gak baca buku dongeng lama2 spt pak pandir, nodi, dll dah lupa tajuk apa hahaha...
    waaaaaaaaaaaa...
    tq sharing info tahi bintang nih. leh tengok ke nih? kot2 tertido lak, tapi esok tak kerja, kalo bersungguh mau nampak ni heheheh...
    mungkin itu pendapat kristian tapi bagi islam tak salah kita kaji hikmah tuhan turunkan kejadian2 alam sebegitu. mungkin pengkaji akhir zaman akan ada ceritanya nanti apa dan kenapa? heee.. saya makin suka baca kisah2 akhir zaman ni. sebab banyak yang termaktub dlm ayat2 al quran.

    semoga makin sihat di bulan puasa ni aok..

    BalasPadam
  16. Salam...

    Pantang larang moden tu saya ikut jgk.
    -Bab kena tutup aircond dulu mmg sy buat tp bukan sbb takut enjin susah nk start,sy takut aircond rosak/ cpt panas.
    -Sy selalu panaskan dulu enjin kereta sblum jalan. Masa pagi je la.utk kali ke 2,jalan je sbb kalau motor start terus jln,tetiba enjin mati tgh jln, dah susah nk start semula.
    -Bab bateri tu dulu mmg sy tak percaya tp skrg ni bila sy cuba guna bateri sahaja, dah tak sampai 4 jam, 2 jam gitu je. Menyesal rasanya.
    -Bab tv dgn charge tu main belasah je tutupnya tp kena penuhkan dulu la, kalau tak mmg tak tahan lama.

    BalasPadam
  17. pantang larang ade kebaikkannya...
    ade yg boleh diikut dan ade yg rs2nya xyah ikut hehehhe

    BalasPadam
  18. kome pakai enjin magma je. pepagi kuat benor bergegor. hehee

    BalasPadam
  19. Salam zul..
    Pantang larang yang moden tu selalu jugak saya amalkan hehehe.. sayang juga ke barangan kita tu kalau cepat rosak tak gitu? :)

    BalasPadam
  20. salam..
    Kalau cerita dongeng sgt tu sekadar layan je la buat hiburan ..
    Pasal hujan tahi bintang pun boleh minta hajat.. hmmm..dulu pasal hujan air batu.

    BalasPadam
  21. salam cik zul..

    orang dulu lebih berkias nasihatnya..

    hehehe..hana rasa mcm tgok cite omputih, bila nmpak tahi bintang jatuh, cepat2 budak mat saleh pejam mata , wish la konon2...

    kita orang Islam percaya Tuhan itu Maha Pendengar..so tak payahlah tunggu tahi bintang baru nak doa..

    BalasPadam
  22. biasa..... naik lift tekan butang sendiri sangat berbeza dengan masuk bakul angkat sendiri..

    BalasPadam
  23. mengikut pemahaman saya sendiri selepas baca tafsir surah a-kahfi, didapati kaum nasara suka kpd kejadian2 pelik sedangkan Allah menyatakan di dalam setiap kejadian alam ada kebesaranNya

    maaf kalau pemahaman saya adalah salah

    BalasPadam
  24. kat tv suka sangat tayang cite dongeng2 nih. hihi.

    BalasPadam
  25. pantang larang tu kadang2 ade jugak kebaikannye...

    BalasPadam
  26. Salam,Salam,

    Kebanayakan pantang larang tu semuanya untuk kebaikan. Tima kasih sharing pantang larang modern tu.

    tE

    BalasPadam
  27. SalamSalam Ramadhan..
    pantang larang org tua2 dulu sebenarnya ada tujuan di sebaliknya...dan bila difikirkan lojiknya memang ada...anak dara menyanyi smbil memasak sebenarnya takut masakan hangit...!!

    BalasPadam
  28. ni bukan dongeng:

    nak tukar bateri keta jangan lupa tengok positif negatif. pasal keta koi dah kantoi dok pasang malam buta, tak prasan ke menda alah tu. sibbaik tak terbako sebijik keta...

    pelik pulak kat mamat kristian tu percaya tahyul tu takpe la, ni dia percaya pulak ramadhan bulan berkah, elok je la dia masuk islam dengan kepercayaannya tu

    BalasPadam
  29. salam,
    Pantang larang tue mungkin ada benarnya. Dan ia lebih kepada kebaikan...

    BalasPadam
  30. memang pantang larang untuk kebaikan je....

    BalasPadam
  31. slm zul,
    t kasih info psl taik bintang tu. insya-Allah nk tengok rasanya kala cuaca elok.

    koi tutup je tv tu zul, malas koi nok slow kan dulu soundnya.


    p/s- kalau ada mse jom jenjalan blog koi tengok video. TQ

    BalasPadam
  32. Tanpa Nama13 Ogos, 2010

    Aslmkm Zul.
    Pertamanya, TQ 4 ur moral support.
    Hmmm ... semua rikayasa & tahyul ni kelakar juga kan? Tapi arwah Tok Kak G mmg beri logiknya sekali ... kira boleh diterima la. :)
    Semasa duduk di US dulu Kak G lihat tahi bintang tu i.e. semasa di Miami & LA ... mungkin di sana, dekat pantai, langitnya amat cerah & cantik.

    BalasPadam
  33. kenbanyakkan nya ptng lrang org dulu2 supaya kita tak buat benda tu.. kalau kita pikir balik pantng larang tu klakar pun ade..hehe

    BalasPadam
  34. Salam zul .. harap sihat bersama keluarga .

    Dulu kecik2 saya suka duduk atas bantal
    memang pun kena bisul .
    hahaha

    BalasPadam
  35. kdg2 pntg org dlu2 ade gak yg btol... cme diaorg tak cite ape sbb sbnrnye hi3

    BalasPadam
  36. salam

    pantang larang tu ada benarnya
    cheqna suka duduk atas bantal nak tengok tumbuh bisul ke tak..
    sampai ke sudah tak de..
    sebenarnya orang2 dulu suka berkias kan???
    kata tumbuh bisul, walhal takut bantal pecah...
    err..betul ke ni???hehehehe

    BalasPadam
  37. dongeng yg mcm logik la pulak kalau di layan
    kan..
    :)

    BalasPadam
  38. Salam,
    Dulu-dulu memang selalu dengar pantang larang daripada orang tua.. tapi sekarang ni jarang dah.

    BalasPadam
  39. pantang org tua2 mmg de faedahnya, cuma mereka tak bgitahu dgn jelas sebab2nya. mohon hajat mase tahi bintang jtuh mmg haram boleh jejaskn akidah.

    Kesalahan ketika melihat tahi bintang

    Jadual Fenomena Astronomi Tahun 2011

    BalasPadam