Bersahurlah Kita





Image hosted by servimg.com

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa”
:(Al-Baqarah : 183)


“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” 
:Hadis riwayat al-Tirmizi.


Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi SAW amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda SAW :“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” :Hadis riwayat Ahmad.


Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.”: Hadis riwayat al-Bukhari .


***Dah terang lagi bersuluh maka besahurlah kita selalu erk?..Wassalam.
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Ogos 11, 2010

34 Komen:

  1. SALAM,

    Selamat berpuasa dan bersahur Bro!

    BalasPadam
  2. Salam, Insya Allah nak dapatkan sunat bersahur tu :D

    BalasPadam
  3. selamat berpuasa bro... pahala yang besar sahur nie... biarpun minum air kosong jer...

    BalasPadam
  4. Salam Zul .


    Yup !
    mesti bangun sahur .
    Paksakan diri ..

    BalasPadam
  5. Selamat berpuasa & selamat bersahur buat Zul sekeluarga.

    BalasPadam
  6. Salam zul..selamat bersahur..
    Alhmadulillah kawan tak penah lagi tak bersahur.
    kalau sedar wajib bangun :)

    BalasPadam
  7. salam
    bangun bangun
    selamat bersahur..=)

    BalasPadam
  8. salam bro zul, selamat menjalani ibadah puasa :)

    BalasPadam
  9. Puasa tetap puasa..niat puasa jgn lupa. ..

    BalasPadam
  10. salam aok,

    koi sahur ni dah jadi macam wajib pulak. dari kecik mak ayah dah kejutkan bangun, now walao duduk jauh dari family duk sendiri pun cam mimpi2 jerk mak kejutkan sahur dan terus bangun. heheheh....

    koi doakan yg baik2 sahaja utk aok. amin

    BalasPadam
  11. salam.

    benar. bersahur juga mendorong kita untuk mengerjakan tahajud, mebaca quran dan sembahyang subuh di awal waktu.

    BalasPadam
  12. salam zul...
    selamat menyambut ramadhan....

    BalasPadam
  13. tak tau lak sahur tu sama dengan sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit

    "Rancangan Menarik Astro Sempena Ramadhan 2010"

    BalasPadam
  14. Sahur adalah salah satu nikmat berpuasa..
    Dari kecil lg dah dititik berat untuk bersahur..:)

    Selamat berpuasa...

    BalasPadam
  15. Salam sdra..

    Selamat berpuasa..

    Betapa besarnya kurnia Allah ke atas kita sehinggakan makanan yang diambil ketika bersahur untuk berpuasa pun diganjari dengan banyaknya.

    Ibnu Umar(ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengirim rahmat ke atas mereka yang makan sahur."

    BalasPadam
  16. salam ramadhan...byk byk keberkatan dr bersahur ini kan

    BalasPadam
  17. selamat menjalani ibadah puasa... ;)

    BalasPadam
  18. rugi weh tak bangun sahur. tidur lepas makan lagi best. hehee

    BalasPadam
  19. minum air pon ok le tu...

    BalasPadam
  20. soq kena bangun nnt mak marah

    BalasPadam
  21. Selamat berpuasa dr kami untuk anda sekeluarga..semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa dgn sempurna..

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum bro.. salam ramadhan buat anda serta keluarga.. semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa dgn sempurna.. :)

    BalasPadam
  23. Dengan bersahur je free je dapat pahale sunat...

    BalasPadam
  24. Salam....

    Selamat berpuasa...
    Dari kecil sampai besar mmg dah diajar utk bersahur. Hanya org yg malas bangun je tak nak bersahur. Tapi ada sesetengah tu, bila tidur semula lepas sahur, punya la liat nk bangun pagi...ni time kecik2 dulu.

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama11 Ogos, 2010

    Salam ukhwah dari Kak G & famili bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini.
    Semoga ibadah kita semua diterima sepenuhnya.
    Insya Allah silaturrahim sesama ummah juga akan ikut terus bersemarak.
    Selamat Beribadah.

    BalasPadam
  26. salam..
    saya suka sahur.. kalau tak sahur.. tak bertenaga..

    BalasPadam
  27. Salam,
    Selamat bersahur dan berpuasa. Alhamdulillah hari pertama puasa Ramadhan tahun ni sempat juga bangun bersahur.

    BalasPadam
  28. salam ramadhan


    lama betul angah tak singgah ke blog abg zul angah tak kesempatan nak kunjung ke blg abg zul sebab2 tertentu..


    selamat menjalani ibadah pose

    BalasPadam
  29. Ucapan selamat berpuasa. Semoga dapat menjalankan ibadah puasa dgn penuh kesabaran.

    Semoga segala usaha dan amalan diberkathi dan dirahmati Allah SWT.

    BalasPadam
  30. Selamat berpuasa gk pada anda sekelurga....moge sihat la spnjg mjalani ibadah puasa.....

    BalasPadam
  31. salam ramadhan,


    selamat berpuasa dan selamat bersahur.

    BalasPadam
  32. Salam Ramadhan..

    Sy pon same mcm Annfrendly...kalo x sahur kul 10 dah lapo jer...ptg cket dh lembek..so bersahur dh jd wajib pd sy melainkn xsedo jer (kalo xsedo pasrah jela) he3

    BalasPadam