Belacan Dalam Kehidupan

Belacan merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil @ geragau yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan di gemari ramai. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Orang melayu jika tak tahu makan belacan sering kali di tertawakan sampai ada istilah mengejek mereka" cakap orang puteh muka belacan jugak"..he he..Begitulah sinonimnya belacan dalam kehidupan orang melayu.

Tetapi belacan kini telah di terima oleh semua peringkat usia dan bangsa di  Malaysia,malah pengeluar belacan yang mengeluarkan secara komersial dan besar-besaran juga bukan hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja.Belacan kini digunakan dalam pelbagai resepi masakan pelbagai bangsa juga. Proses pembuatannya agak mudah tapi memerlukan kemahiran untuk menghasilkan mutu dan kualiti belacan agar tahan lama.


CARA MEMBUAT BELACAN (Tradisional)

Bahan asas belacan ialah Udang Geragau dan Garam. Udang yang digunakan untuk diproses membuat belacan hendaklah terlebih dahulu dibersihkan daripada sebarang kotoran seperti tanah, pasir, habuk, kulat dan sebagainya. Garam yang digunakan pula ialah jenis garam halus. Jumlah garam yang digunakan biasanya ialah 10% daripada jumlah berat udang yang digunakan.

Bahan:
4 kg Udang Geragau
400 g Garam halus
Langkah 1:
Udang Geragau yang telah dibersihkan dicampur dengan garam halus dan digaul supaya garam halus tadi rata ke semua udang yang digunakan.
Langkah 2:
Tuang udang yang telah digarami ke dalam nyiru dan diratakan supaya menjadi tebalnya setebal 1.0 sm – 1.5 sm, kemudian dijemur sehingga udang menjadi separuh kering.
Langkah 3:
Udang yang bergaram yang telah dijemur separuh kering tadi dikisar supaya separuh hancur, dan ia dibungkus dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong dan ditekan supaya menjadi padat; kemudian diperam selama seminggu.
Langkah 4:
Setelah diperam selama seminggu, keluarkan dan jika masih basah, terus dijemur lagi. Kemudian dikisar sekali lagi supaya adunan hancur menjadi halus; dan ia dibungkus semula dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong dan ditekan supaya menjadi padat; kemudian diperam selama seminggu lagi
Langkah 5:
Ulang Langkah 4 sebanyak 3 kali lagi bagi menghasilkan belacan bermutu tinggi. Seterusnya hasil belacan itu dibiarkan menjadi matang selama 3 hingga 8 minggu.


Belacan juga merupakan salah satu bahan utama bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk dan antara makanan tradisi masyarakat melayu yang kini selesa di makan pelbagai bangsa di Malaysia. Belacan juga digunakan dalam masakan terkenal lain contohnya kangkung belacan.nasi goreng belacan dan pelbagai lagi.

Sambal belacan

Tapi agak menyedihkan kebelakangan ini, kerana sambutan dari pelbagai bangsa terhadap belacan menjadikan permintaan terhadap belacan tinggi dan menguntungkan, sesetengah pengeluar belacan cuba mengambil jalan mudah tetapi merbahaya dalam tujuan melariskan produk mereka. Ini berikutan kenyataan yang di keluarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia bahawa produk belacan sekarang banyak yang tercemar oleh bahan kimia pewarna Rhodamine B yang di gunakan sebagai pewarna mencantikkan belacan.

Orang ramai dinasihat menggantikan belacan dengan perisa lain bagi mengelak risiko menghidap penyakit berbahaya berikutan tindakan sesetengah peniaga menggunakan bahan pewarna Rhodamine B untuk men-jadikan warna belacan lebih menarik. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata bahan lain seperti ikan bilis dan udang kering juga sesuai sebagai bahan perisa tambahan untuk menjadikan makanan lebih enak.“Berhati-hati ketika memilih belacan kerana ada yang disahkan mengandungi Rhodamine B iaitu pewarna merah jambu yang boleh membahayakan kesihatan. Guna belacan segar yang boleh dibeli dari pengusaha yang dikenali bagi memastikan ia tidak mempunyai bahan beracun terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.[sumber]

Terdapat juga pengusaha belacan yang tidak peka terhadap orang islam dengan  mengabaikan aspek kebersihan sepanjang proses penghasilan bahan perisa itu, termasuk menjemur udang geragau di kawasan lapang tanpa pemantauan hingga haiwan seperti anjing bebas berkeliaran di kawasan jemuran. Malah ada pengguna mendakwa ternampak najis anjing berhampiran tempat menjemur udang geragau. Sikap sambil lewa pengusaha seperti ini amat dikesali kerana ia boleh menjejaskan kesihatan orang ramai , malah kesucian belacan tersebut turut diragui.

Gambar ini saya dapat dari google menunjukkan bagaimana anjing berkeliaran di kawasan jemuran udang geragau yang akan di gunakan sebagai bahan utama membuat belacan.


Jadi buat suri rumah atau peniaga makanan di harap berhati-hati dalam membeli belacan untuk masakan anda. Sila dapatkan kepastian tahap kebersihan mahupun keaslian belacan yang di beli.Buat pengusaha restoran yang menggunakan belacan dalam jumlah yang banyak jangan hanya membeli belacan murah yang mungkin tercemar dengan bahan kimia Rhodamine B ini, kepentingan orang ramai juga perlu di ambil kira kerana masakan mereka di makan oleh ramai orang yang mungkin memudaratkan kesihatan ramai pihak dalam jangkamasa panjang . 



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Ogos 17, 2010

58 Komen:

  1. eeeiii..anjing tu...

    BalasPadam
  2. sedapkan belacan ni...ritu masa nak g doha ni siap bawak 10 keping belacan melaka. ni nanti balik raya nak bawak lagi la wat stok

    BalasPadam
  3. ohhh.. pnah nengok gmbar tu.. belacan kilang slalunya mmg orang cina yg buat..

    tapi belacan mmg pelengkap makanan laa.. bersin2 laa pas makan.. :)

    BalasPadam
  4. sop dan keluarga (ibubapa) kurang mkn belacan..
    terbaca juga berita ttg kesan bahya belacan dr bahan pink tu.. huhu

    nice info zulkbo

    BalasPadam
  5. Dialog paling popular pasal belacan....

    "bukankah ko tahu kesukkan aku ialah belacan....mengapa ko masuk sayur asam tak mo letak belacan..."seniman bujang lapok

    BalasPadam
  6. koi alergik dgn belcan ni..ambuh gatei2 idung..

    tp gambo anjing tu mmg menghilangkan lg selera nak makan belacan weh..

    ekekkee

    BalasPadam
  7. sedapnya tgk sambal belacan tu.. tpi xleh nak mkan sgt la sbb ada resdung.. makan blh tpi lepas tu kne telan ubat terus..

    BalasPadam
  8. pilihlah belacan org islam yg wt hehehe

    BalasPadam
  9. Belilah belacan dr mcik2 y home make (asli)...rase pon lebey sedap dr y dijual d pasar2raya...mak siap order belacan dr membe die kt Miri sbb kt sana mmg bt dr udang kecek2 2 he3..

    BalasPadam
  10. salam,

    saya mmg makan belacan tapi bila nengok gambar tu ada sedikit kacau dalam hati,lepas ni makan pede(budu) pulak ahh...

    BalasPadam
  11. salam aok,

    uhuh koi suka wat sambal belacan masuk buah pelam muda, atau nenas . bestttt..
    mak yg ajo heheheh.
    tapi dah lama gak tak makan belacan pun
    jaga kecantikan lah konon2 ekekekke....
    beli bila balik kpg jer, takut nak beli kat kedai sini, takut terbeli yg cina buat. memang kotor dan blablabla lah kan...

    ishhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  12. Salam...

    Jujurnya saya memang tak berapa suka makan belacan. Walau bagaimana pun jika dipelawa kawan-kawan makan kat rumah mereka, saya tetap juga makan.

    BalasPadam
  13. Saya pengguna belacan tegar..(sebab org melaka)masa muda remaja dulu mak abah (termasuk mertua) buat sendiri..asli tiada bahan pengawet dn kaler..skrg beli belacan org kampung buat sendiri dirumah..terbukiti halal, bersih dan tidak meragukan...

    BalasPadam
  14. Dah la pewarne satu hal.Ande pulok menatang najis ter.Ah...parok weh..

    BalasPadam
  15. Selalunya saya borong belacan dari Melaka . Buatan tradisional orang kampung.

    Sambal belacan menu utama . Takde belacan, tidak bermakna hidupku ini ...

    BalasPadam
  16. Salam bro zul...

    Ustaz Love ada resdung.. memang alahan makan belacan ni.. hehe

    BalasPadam
  17. Belacan sangat sedap..dibuat sambal belacan cicah dengan terung bakar..

    perghh..gerenti terbakar..

    BalasPadam
  18. salam...tak sanggup wa nak makan belacan cenggitu....

    BalasPadam
  19. spoil kan tgk anjing tuh

    BalasPadam
  20. Salam...

    Selama ni tak pernah mkn belacan luar dari Kuala Perlis sbb x pasti cara buatan dan kehalalannya tp...
    Kdg tu mmg tak terfikir benda2 buruk kalau mkn kat luar. Kalau masak sendiri dah tau dah asal dari mana belacan tu....

    BalasPadam
  21. Biasa abang yang beli belacan, dari orang Islam. Yang tanpa pewarna dan tentunya kebersihannya terjamin. Elakkan dari beli belacan dalam kotak kecik tu, dan yang berwarna...

    BalasPadam
  22. salam
    cheqna memang cerewet sket r bab2 beli belacan ni

    BalasPadam
  23. Salam zul...
    Kawan tak leh makan sokmo belacan sebab mudah gatal hidung hehehe...apapun belacan mmg best.

    BalasPadam
  24. belacan kalau tak kawal makan, boleh mudarat badan. saya pun kurang makan belacan. gatal hidung la.

    BalasPadam
  25. Salam,
    mas pengemar belacan... Tambah2 lagi bila buat sambal belacan n sambal...

    BalasPadam
  26. Salam tuan Zulkbo, semoga sihat walafiat...

    Belacan uli dengan tepung boleh buat umpan ngail ikan puyu... kadang-kadang ikan tak dapat tapi tangan bau belacan sampai ke petang... hehee

    jazakallahu khair for the useful info...

    BalasPadam
  27. salam zul..
    Koi mmg kurang sikit belacan ni..x brapa gemar.
    info yg baik.

    p/s-Asal niaga je ada saja yg menipu ..belacan pun letak pewarna ..ntah apa2 laa

    BalasPadam
  28. alamak zul..hilang selera cikmanggis nak buat sambal belacan...hmm kensel lah:(

    BalasPadam
  29. salam,

    "kebersihan separuh daripada iman"

    ...betultu...gantije belacan tu ngan udang kering sebagai rencah...tapiii x sedapla plak

    BalasPadam
  30. teringat kat satu lagu, lirik dia camni: cinta itu boleh diumpama bagai makan sambal belacan. walau pedas hingga mengalir air mata masih mahu dimakan juga.

    BalasPadam
  31. melampau betul dorang ni camana la masyarakat nak jadik baik kalu yang masuk dalam perut semua menda kotor..

    BalasPadam
  32. salam cik zul..
    hana xda lauk lain takpe janji ada smbal belacan..walllah,kecur air liur posa2 nih..heheheh

    kena beli belacan yang pengeluarnya Islam..baru terjamin, insyaAllah

    BalasPadam
  33. Salam En Zul,

    Kalau tak bubuh belacan dalam masakan, macam ada sesuatu yang kurang. Bila tengok anjing ni berkeliaran...hilang nafsu sekejap nak makan belacan. iskhhh...kotornyer..napa lak diorang tak buat jemuran yang tinggi ekk...

    BalasPadam
  34. salam
    sebagai rakyat kelantan original... saya lebih suka budu
    hehehe 2X5 je

    BalasPadam
  35. eh! belacan?? hehehe sy x mkn belacan.. hehehehe klu belacan di campur sikit dlm makanan mngkin sy mkn jgk? tp serius mmg x boleh bau belacan ni...

    BalasPadam
  36. salam en.zulkbo...

    adik sy masa dia kecik, suka meratah belacan...
    tapi belacan tu mak saya dah siap bakar dulu...

    cara nak bagi belacan tahan lama dengan membakarnya dulu...
    nanti xdelaa bau hapaknya...

    BalasPadam
  37. Tanpa Nama17 Ogos, 2010

    Aslmkm Zul.
    Trademark Melayu. :)
    Sejujurnya Kak G tak berapa gemar sangat ... makan ya makan, tapi kalau terlalu terasa belacannya dah termati pula seleranya.
    My friends kata Kak G 'Melayu murtad - perasan!' Sedih jugak ler. :((

    BalasPadam
  38. belacan pulau pinang..ka...senyap sikit berapa gram... ali baba bujang lapok

    BalasPadam
  39. salam..
    err.. belacan pun dorang taruk bahan kimia yang sama digunakan untuk buat colok.. isk tak baik kan..
    saya suke dapat resepi belacan ni..
    nanti boleh try..
    mak saya kalau nak beli belacan, dia sangup tunggu balik penang. beli kat orang melayu.. dia cakap kalau cha ya nun alif wat.. dorang pijak pakai kaki... eerrr... tu yang tanak tu..

    isk.. geli tengok udang geragau tu anjing duk bau2 & pijak.. isk.. macam mana ni.. takkan udang geragau pun kita nak kena tangkap sendiri.. ~~risau~~

    BalasPadam
  40. saya suka sgt makan sambal belacan :)

    tapi bile tengok anjing tu jadi germa pulak ,
    erghhh ! :(

    papepun , selamat berpuasa ye :)

    BalasPadam
  41. Saya beli belacan buatan sendiri, seorang nelayan di Tanjung Karang...

    BalasPadam
  42. aduhai.. ni yg kembang tekak huhuu

    BalasPadam
  43. salam ramadhan abang zul ittewww..

    BalasPadam
  44. Info yang sangat bermaklumat. Kalau hati dah suka, cakaplah apapun...

    BalasPadam
  45. erkkk.. gelinya.. anjing..

    tapi ntahla bro.. saya tak boleh makan belacan. elergik. seumur hidup tak pernah makan sambal belacan

    BalasPadam
  46. teringat sambal belacan air tangan suami..
    ehh.. lama dah dia tak buat..
    :)

    BalasPadam
  47. biasa makan belacan dengan ikan keli bakar... fuh.... tapi tengok anjing tuh..alamak.. dah lain macam nie ..

    BalasPadam
  48. uiks......kurang gemor.......

    BalasPadam
  49. salam, memang suka jugak makan sambal belacan..makan laksa pun taruk belacan lagi sedap...harap2 belacan yang dimakan tu 100% halal

    BalasPadam
  50. ish siap ade anjing pule lg ler rasa tknak makan.. mkn cincaluk la plak..hehe

    BalasPadam
  51. kalau letak merata2 mmg sng la nk kena kacau mcm anjing tu kan..kena la letak tempat ok skit .

    sambal belacan mmg fevret.tp klu mkn asik bersin je..ehehee

    BalasPadam
  52. belacan memang terbaek..antara tradisi turun-temurun yang memang sedap hingga menjilat jari!! hehe.. :)

    BalasPadam
  53. kebanyakan blacan yg dijual dipasarlambak tuh belacan cina atau blacan hanjing

    BalasPadam