Awalnya Lagu Raya!





Salam semua..ke sebuah pasaraya petang tadi.Baru separuh hari kita berpuasa hari ini pasaraya itu sudah memperdengarkan lagu raya,lagu nyanyian Sanisah Huri mendayu-dayu kedengaran..alahaii...apa nak buat orang meniaga,persiapan nak berhari-raya cepat sahaja..keuntungan di utamakan.Tidak menyalahkan mana-mana pihak..jika ada keuntungan syarikat, semoga pekerja yang beragama islam juga mendapat menafaat dalam bentuk bonus mahupun imbuhan lain.Cuma terkilan , setidaknya seminggu puasa di hiasi dengan suasana Ramadhan agar pembeli tidak hanya tertuju untuk berhari raya sahaja bila berpuasa.

Mulanya ingatkan satu lagu sahaja rupanya sepanjang sejam saya di sana memang di hidangkan dengan lagu-lagu raya yang membuatkan seperti terasa dah separuh bulan berpuasa..he he.Dengan tergantungnya banner tawaran hari raya di setiap sudut pasaraya ternyata kehadiran Aidilfitri dinantikan serta di utamakan..Diharap bagi kita semua tidak melupakan kenikmatan yang sepatutnya kita cari di bulan Ramadhan ini. Jangan jadikan puasa seolah jambatan untuk kita menuju ke hari raya sahaja,sebaliknya gunakan setiap masa dalam bulan rahmat ini untuk beramal dan menghayatinya.Wallahulam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Ogos 12, 2010

43 Komen:

  1. Heeee.. Pada hal baru hari pertama kan.. :)

    BalasPadam
  2. ish2.. cepat betul... tak feel lah mcam tuh

    BalasPadam
  3. inikan malaysia... sambut syawal lebih gah dari sambut ramadhan... apa apa pun... tingkat amalan di bulan penuh ganjaran... insyaAllah jom sama sama mengimarahkan nya...

    BalasPadam
  4. awal benor nak beraye nye pasaraye tu..

    BalasPadam
  5. salam
    memang dah sah benar
    'beraya sebelum puasa'

    BalasPadam
  6. salam en.zul, maaf lewat nak ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa.

    BalasPadam
  7. Salam,

    Singgah Sahur...mmg pun ada satu kedai di jalan TAR belum puasa lagi lagu dah berkumandang...

    BalasPadam
  8. hehehe koi dgr gak lagu raye...

    p/s: slmt berpuasa buat encik zul sekuarga semoga beroleh keberkatan sentiasa =)

    BalasPadam
  9. nama dah pasaraya.. apa lagi tentu ingat raya sokmo.

    BalasPadam
  10. salam ramadhan n selamat berpuasa..heave a great day http://ikhwankb.blogspot.com

    BalasPadam
  11. salam bro zul :) wah! awal giler lagu raya, mendayu2 gitu mmg tak best sebab ramadhan lagi best dari raya :)

    BalasPadam
  12. sebelum raya dah ada tempat main lagu raya....over gak la kalau mcm tu...feel takde...

    BalasPadam
  13. begitulah lumrah kebanyakan kita .. yang tidak aula itu yang di utama.

    fasal lagu raya tu .. barangkali sebab kita tak ada lagu puasa kot !

    BalasPadam
  14. selalu jumpa kes begini..
    tak boleh disalahkan juga, sbb itu marketing strategi peniaga.. contoh cam perabut, kain, dorang dah rentang awal2 prmosi raya..
    kadang2 tu yg pasang bukan arahan org Islam, mmg dorang tak tahu..
    contoh baju tempahan dah tidak diterima jika tidak di tempah awal2..

    apa2 pun hati kita.. kejar pahala Ramadan yg berlipat kali ganda.. moga kita mendapat keberkataannya

    BalasPadam
  15. salam ramadhan..SOGO dh pasang sehari sebelum poser lg :-)

    BalasPadam
  16. salam ramadhan...

    saye blom ade mood nak dgr lagu raya tp mmg byk dh pasaraya psg lagu raya..heheheh

    BalasPadam
  17. Salam,
    mas lak, siap semalam dari mana tah... ada bank tawarkan loan untuk hari raya...

    Tak kuasa eden... huh..

    BalasPadam
  18. huhuhuhu
    baru sehari pose dah mainkan lagu raya????
    alahai...

    BalasPadam
  19. Salam....

    Ya ka? semangat betul depa....kot2 org dgr lagu tu tertarik utk beli kelengkapan raya kot...

    BalasPadam
  20. itu baru lagu zul.
    diskaun raya, baju raya, perabut raya, mcm2 tawaran raya lagi dh lama ande!

    t kasih aok mengingatkan.

    BalasPadam
  21. Lama x dengor lagu raya..bukan selalu hehe..

    BalasPadam
  22. Tenggelam juga kerahmatan bulan ramadhan al mubarak dek kerana terus nak ke bulan syawal.

    BalasPadam
  23. tokey pasaraya te bukan kira kebenda. janji meniaga untung ma...

    BalasPadam
  24. mmg betul pun... sebelum posa lagi dah ade lagu raye ni...pas tu semua org bukan tak sabo nk posa tapi tak sabo nk raye jer....

    BalasPadam
  25. En Zul,

    Mungkin dengan memasang laguraya tu bertambah ramai pengunjung dtg membelibelah kat situ kut. Mood raya dah sampai..Puasanyer baru sehari..macam2lah sekarang ni..hehe

    BalasPadam
  26. Salam Zulkbo, semoga tuan sihat walafiat...

    Sebab itulah ALLAH SWT janjikan pahala yang berganda kpd umat akhir zaman... sebab dugaan yg terlalu banyak yg bakal mengganggu ibadah kita... 2 rakaat solat sunat umat akhir zaman lebih baik dari 2000 tahun solatnya malaikat Jibril A.S.

    Hebat ALLAH...

    BalasPadam
  27. huuu... nabi kata antyara maksudnya, "kalo kamu tau kebaikan bulan ramadhan tentu kamu mahukan seluruh bulan menjadi ramadhan..." nampaknya kalu jadik cenggitu tiap-tiap bulan beraya le sebab manusia hanya nampak yang lagha (sia-sia) je

    BalasPadam
  28. salam ramadhan abg zul

    ye la memang betul padahal baru 1 ramadhan kan??? angah pun kadang geram gak belum lagi pose pun dah buka lagu raya macam 1 pasaraya yg angah pergi kat kawasan rumah angah pada masa yg sama esok baru pose tue..ermmm tak tahu nak cakap apa..????

    BalasPadam
  29. biasalah....ade 3 minggu lagi setelah ditolak sehari sehari... tak jauh pun raya tu..tapi yang sayunya bila kita tak de buged raya tahun ni... nak cari mane ?

    BalasPadam
  30. Nengok setan dalam gambo diatas tu macam frust bawa diri..

    Salam Ramadan Zul..

    BalasPadam
  31. salam,
    memang meriah bebenor pasaraya nak raya, hari tu di pasaraya kawasan estet saya pun, 22 syaaban deme dah pasang lagu raya hahaha

    BalasPadam
  32. wah meriahla..tpkan bro koi..jgn time nak raya..
    terus tak main lagu da..xsyokla..biasa macam tu bro koi,kalau raya cina lagi awal diorang pasang lagu

    "Permainan video game pada masa hadapan, simulator F1"

    BalasPadam
  33. semangat nak beraya la tu.. hehe~~

    BalasPadam
  34. salam cik zul

    kita kena cuba jauhkan perasaan mcm ni sb buat kita tak hayati amalan kita dlm bulan Ramadhan ni..

    BalasPadam
  35. mana2 pun sama bro..kat seremban ni pun meriah..

    BalasPadam
  36. laaaa...awalnya pasang lagu raya.

    BalasPadam
  37. Tanpa Nama12 Ogos, 2010

    salam,
    macam2 lar pulak ek..
    puasa lama lagi tu..

    BalasPadam
  38. salam..
    tengok rancangan tv pun hari 1st puasa pun dah dendangkan lagu raya..

    BalasPadam
  39. salam..
    isk..isk..mesti dorang dah tak sabar nak beraya..
    teringat kampung laman yang jauh kot..

    BalasPadam
  40. salam encik zul..
    mnggu lepas saya ngan family ada ke satu pasaraya besar kat kuala lumpur.. dari tignkat satu sampai bertingkat2 kami pusing tu semua pasang lagu raya.. tpi time tu mmg lah pasaraya tu buat promosi hari raya.. yg peliknya,tak pernah lak dgr mereka buat tuk ramadhan.. sekitar pasaraya tersebut juga para pekerja sibuk menaikkan banner "SALAM AIDILFITRI" secara besar-besaran..

    BalasPadam
  41. salam zul,
    lama kat pasaraya tu, shopping sakan ke?

    BalasPadam
  42. bebudak kat sekolah pun dah sibuk nyanyi lagu balik kampung sedangkan yang nyanyi tu.. kebanyakan kampungnya di bandar juga.. hehehe

    BalasPadam
  43. Tu kampung Cikgulah kat bandar...
    SAya kat Kelate

    BalasPadam