Virus misteri serang Lubuk Yu



Lubuk Yu

ULU JEMPOL - Sejenis virus yang dikatakan ‘datang’ dari lokasi mangsa lemas di Hutan Lipur Lubuk Yu pada 26 Jun lalu dipercayai meragut nyawa enam penduduk daerah ini dalam masa enam hari iaitu tiga hari selepas mayat dijumpai. 

Kesemua kematian itu disebabkan virus yang sama dan membabitkan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak dalam operasi mencari mangsa lemas di pusat perkelahan itu. Mangsa pertama adalah seorang peneroka Felda Ulu Jempol yang juga waris kepada mangsa lemas, Zakaria Ayub, 52, pada 3 Jun lalu selepas mengalami simptom deman panas, batuk, muntah dan sakit sendi. 

Menurutnya anak kedua mangsa, Mohd Zaidi, 28, arwah bapanya berada di lokasi kejadian lemas itu pada tiga hari pertama operasi sebelum demam dengan mengadu rasa amat sejuk walaupun suhu badan panas. ”Arwah ada beritahu sakit badan selain sejuk dan kami menghantarnya ke klinik swasta di Bandar Tun Razak Jengka sebelum dirujuk ke Hospital Jengka. 

"Pada hari sama jam 2 petang, arwah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh dan difahamkan mengalami tekanan darah rendah. Arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menghembuskan nafas terakhir, jam 10.40 malam," katanya kepada Sinar Harian. Rakan kepada arwah Zakaria yang pergi ke lokasi bersama, Zainal Abidin Ismail, 56, menjadi mangsa kedua virus ini dan mula mengalami simptom sama pada 4 Jun. 

Isterinya, Zaharah Mohamad, 52, berkata, pada tarikh itu arwah ditahan wad di Hospital Jengka dengan menerima dua botol air ke dalam badan kerana mengadu sakit sendi serta pening. Menurutnya, arwah kemudian dibenarkan pulang tetapi dimasukkan semula selepas pitam ketika menikmati hidangan tengah hari di sebuah kedai bersama seorang rakan di bandar itu.

"Arwah pernah bercerita bahawa bermimpikan sesuatu tentang Lubuk Yu lalu minta dibawa ke Rawang untuk berubat cara kampung dan meninggal dunia di sana selepas sesak nafas pada 6 Jun," katanya. Pada hari yang sama, bapa kepada mangsa lemas, Azizan Abdullah, 58, turut menghembuskan nafas terakhir. 


Pada 7 Jun, seorang bapa kepada dua anak lelaki berusia setahun dan tiga bulan dari Pekan Sungai Jerik, Timothy Hoo Seng Heng, 29, meninggal dunia di HoSHAS selepas mengalami simptom sama. Ayah mangsa, Hoo Hook Kee, 59, berkata, mendiang tidak menghidap sebarang penyakit namun selepas pulang dari mencari mangsa lemas di Lubuk Yu, mendiang demam panas dan dihantar ke Hospital Jengka sebelum dirujuk ke HoSHAS kerana sesak nafas. 

Mendiang yang juga anak kepada Ketua Wanita MCA Cawangan Sungai Jerik itu dipercayai meninggal dunia akibat virus ‘misteri’ sama namun punca jangkitan masih belum dikenal pasti. Kejadian terbaru, pada 8 Jun membabitkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Jerik, Lim Sin Lai, 55, dan seorang pemuda lingkungan umur 30an. 

Menurut sumber, tiga penduduk termasuk seorang anggota bomba dan penyelamat dalam keadaan kritikal di HoSHAS sementara dua lagi penduduk berbangsa Cina di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. Penduduk diminta tidak panik.

[Sinat Harian]





NOTE:Lubuk Yu ni lah tempat koi berkubang masa zaman kanak-kanak dulu.Tak jauh mana dengan rumah orang tua koi..lebih kurang 10 km sahaja.Sedih bila mendengar kisah kejadian sebegini.Kawasan tu kalau zaman koi remaja dulu memang si beritakan 'panas'(tempat tinggal orang bunian,kata orang tua-tua),jadi orang tua koi memang marah kalau merayap kesana balik sampai ke petang.

Pernah juga demam sekali tu,tapi koi anggap kerana terlalu lama berendam.Yang nyata setiap yang ada di alam ghaib tu kita kategorikan sebagai 'alam jin' jadi bila kita bertandang ke sana ada tata susilanya..Kementerian kesihatan dah mengeluarkan kenyataan tadi kematian ini adalah di sebabkan oleh sejenis virus,maka secara saintificnya itulah punca kematiannya..wallahulam..Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Julai 10, 2010

42 Komen:

  1. Salam...

    Td baca Ulu Jempol ingtkan kat N9..
    virus ape erk cpt benar menularnye..
    Apepun ape yg aok kabo tu betul..
    kita klu masuk utan kena jaga tatasusila...
    bahasa kena jaga..bkn kita jer penghuni alam ni..

    BalasPadam
  2. @Cik SHiNJU
    Ulu Jempol tu ada satu pekan cina yang di panggil TONGKIAT..kat sana lah tempat lepak remaja zaman koi..situ jer pekan terdekatnya..he he

    BalasPadam
  3. sudoh! mau tak panik mati berangkai gitu... sunyi sepi la tempat tu ye dak... macam ada dua misteri je, tersurat dan tersirat!

    BalasPadam
  4. salam,

    a ah baca jempol, ingat n9 gak tadi.
    hmmmmm pelik juga kejadian ini kan. mesti ada sesuatu yg manusia tidak tahu, hanya allah swt shj yg tahu...

    alfatihah pada mangsa yg beragama islam...

    koi pernah dgr gak lubuk yu, cuma x pernah sampai lagi, huhu

    BalasPadam
  5. ada yang tersurat dan tersirat ni...

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. salam..
    selalu juga saya dengar kawasan2 yang air terjun, sungai menjadi tempat tinggal makhluk halus.. betul. mak saya pun pesan kalau pegi masuk dalam hutan @ pegi mana2 tempat yang bukan tempat kita, kena jaga tatasusila..

    tapi sedihkan.. banyak nyawa telah terkorban :(

    BalasPadam
  8. Jadi bila cerita ini dirujuk ke alam melayu kita tidak dapat tidak alam jin akan dikaitkan jadi kawan rasa ada buat bender yang tak baik telah dilakukan disana. Maka jika ada yang mengetahui perlu juga diminta maaf dan dipulangkan apa jua jika terambil walaupun sebiji batu sungai disana. Kerana kawasan seperti itu ada makhluk yang menjaganya. Wassalam. Wa'allahhualam.

    BalasPadam
  9. koi tak penoh lantas ke lubuk yu ni. ulu jempol te penoh la. hehehe

    BalasPadam
  10. mmg ada dgr cerita ni.
    hanya Allah yg menentukan ajal maut tetapi kita wajib menjaga keselamatan diri. takziah utk keluarga mangsa. tak mustahil ada pendamik baru di kawasan sekitar. wallahu a'lam

    p/s- aok pun memolek bila balik jengka weh...

    BalasPadam
  11. salam
    menjaga tatasusila bukan hanya di hutan malah juga di bandar atau di tempat kerja

    Allah Maha Pencipta dan Maha Mengetahui

    BalasPadam
  12. @piewahid

    yang koi perasan kawasan tu banyak
    babi hutan dulu..gamaknya virus bawaan babi la ni..??

    BalasPadam
  13. @tehr
    betul tu sahabat..
    terima kasih mengingati..

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum, Macam2 virus ada sekarang ni, dan babi tu pun kata orang tua keh dulu memang pembawa penyakit...yang jelasnya ajal dan maut tu ditangan Tuhan...

    BalasPadam
  15. mungkin juga ada kebenaran, dari pandangan scientific memang la ada virus kot,tapi kot2 ada benda lain pun mungkin jugak

    BalasPadam
  16. Salam,

    Saya tahu tempat tu,biasa mandi kat lubuk jit dan sungai yeh.Mcm2 la pulak berlaku kat situ yer..mushkil lah..

    BalasPadam
  17. baru2 ni tengok cite antu..dia buang kotex merata..pergh kene kaco aje ngan antu..rasanya kita kene jaga kebersihan bila duk berkelah kat situ..

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    "Negara Jutawan Fakir Yang Sebenar"

    BalasPadam
  18. Masa zaman bro byk bunian ,masa zaman saya pulak LUBUK U 2 terkenal syurga bagi remaja2 @ mat2 motor bro.. Maksiat banyak kat situ,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

    BalasPadam
  19. eh! jin ke yg bunuh? mngkin dorg langgar pantang larang kot? sbb kt hutan mne boleh buat ape2pun semabaranagan.. ape2pun mmg miesteri naik jgk bulu roma saya baca...

    BalasPadam
  20. slm bos...

    dgr kate sbb air kotor...

    wallahualam ...

    akhir zaman penyakit berjangkit akn semkain menular...

    BalasPadam
  21. "Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan. Aku berpegang teguh kepada Tuhan yang menguasai alam nyata dan tidak nyata. Aku bertawakkal kepada tuhan yang hidup selama-lamaynya. Semoga Engkau ya Allah hindari kami dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha kuasa atas sesuatu".

    BalasPadam
  22. saya baru bace paper pagi tadi...mesteri sungguh entah ade virus ape ye....cume allah yg mengetahui apa yg sebenarnya & ade hikmat disebaliknye...

    BalasPadam
  23. Ulu Jempol bukan kat n9 ke?? seram lak baca citer ni huhu.

    BalasPadam
  24. dlm berita semalan vu=irus tu dikatakan berkaiatan dgn kencing tikus

    BalasPadam
  25. Saya baru saja baca berita tentang itu dalam akhbar pagi tadi. Semoga wabak ini segera berlalu.

    Antara doa mengelak wabak dan penyakit:
    بِسْمِ اللَّهِ الَّذِىلاَ يَضُرُّمَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى اْلأَرْضِ وَلاَفِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

    Dipetik dari sebuah hadis, dan Rasulullah membacanya 3 kali setiap petang.

    BalasPadam
  26. hey man its cool n nice post cn u pls review my post http://heartofviper.blogspot.com/

    BalasPadam
  27. @ckLah

    terima kasih atas doa yang diberi..sesamalah kita mengamalkannya

    BalasPadam
  28. @mifh @ Hadi

    itulah jawapan yang di beri
    oleh mak koi bila koi telepon beliau
    pagi ini..

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama11 Julai, 2010

    Aslmkm Zul.
    Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.
    Apapun kita simpulkan beginilah ... makhluk ghaib memang ada - berkomuniti juga ... bagaimana tu diluar pengetahuan kebanyakan kita.
    Tapi logiknya semua tempat ada ciptaan Allah SWT ... hidup! waima hutan & pokok sekalipun.
    Jika habitat terganggu tentu ada kesannya ... bg yg diberi upaya mesti bertindak balas juga.
    Atau dengan izin Allah, terjadilah Hukum Karma!

    BalasPadam
  30. Allah lebih mngetahui.. kita pula perlu berusaha utk memulihkannya

    BalasPadam
  31. itula baru baca berita, ada kata virus menyerang mereka.. entahla.. wallahualam..

    BalasPadam
  32. Zulkbo,Orang kampung koi....aok anok sapa weh...
    Lubuk U tu tempat koi selalu pergi masa kecik2 20 tahun dulu...tak pernah pulak ada kes cam ni. Sejak buka kpd awam ni yang jadi pelik-pelik. yang lemas dah berbelas orang...yang mati minggu ni dah 6, ada nurse b.pusat cakap tadi dah 9.
    Tak pasti betul ke tak. Memang misteri....
    Apapun ..kalau ada facebook, join group Ulu Jempol K.
    http://www.facebook.com/group.php?gid=107468695942848&ref=ts

    BalasPadam
  33. Salam,

    Virus apa yang menyerang tu. Memang misteri....

    BalasPadam
  34. salam bro...setiap kejadian pasti ada sebab musababnya dan marilah kita amik jadikan iktibar...setiap musibah pasti ada hikmah disebaliknya...

    BalasPadam
  35. Kabornya nama virus ialah meliodosis & leptopirosis .. apa je jadahnye, pening kepala orang kampung koi nak menyebutnya...

    BalasPadam
  36. Tanpa Nama28 Julai, 2010

    tu la padahnya kalau manusia cemarkan alam sekitar buang sampah merata2 tempat.
    tuhan mahu balas apa yg kita buat.......

    BalasPadam
  37. saya suka pegi tempat air terjun.lubukyu pun dah g.seronok.tp...dah takboleh sekarang.sayang tempat sebergitu seharusnga di mashurkan,....dah serang virus.ni mesti ada yang tak kenani..

    BalasPadam
  38. ingin tahu03 Ogos, 2010

    nk tnye..jerangkang ngn lubok yu,jaoh x..?
    sbb adeq saya ade camping kat jerangkang..
    risau pulak kalau dekat2..
    takot virus tu smpi kat jerangkang je..

    BalasPadam
  39. Tanpa Nama05 Ogos, 2010

    kan dh leptospirosis dan meliodosis
    infection from bacteria
    xdak aih virus misteri
    karut toi

    BalasPadam
  40. pembetulan..
    leptospira bukan virus tapi sejenis bakteria yg ade dlm tikus salah satunya dan dikeluarkan melalui air kencing tikus..xmerbahaya pada tikus tapi boleh bawa maut pada manusia..air yg tercemar dgn bakteria ini mmg berpotensi menjangkiti sesiapa shj yg direct contact ngn air tu.. bakteria ni boleh mnyerang CNS-central nervous system, buah pinggang dan hati sbb tu die boleh bawa maut.. lagi satu ciri die yg mcm cockscrew dan bleh bergerak menyebabkan kematian berlaku dgn cepat setelah dijangkiti...bberpa hari je da boleh bawa maut..so beware..sbb bakteria tu melanda malaysia sekarang ni...semoga Allah melindungi kita semua..Aamin...

    BalasPadam