Tokoh Islam dalam negara bersetuju dengan penubuhan Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang pertama di Malaysia, yang boleh menyelamatkan bayi yang tidak diingini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata bayi yang tidak lagi diingini mesti diselamatkan, manakala ibu bapa bayi berkenaan harus dikenakan tindakan yang keras supaya memberi pengajaran kepada orang lain.
“Dulu kita tidak bersetuju dengan idea seperti ini kerana takut menghantar mesej yang salah kepada orang ramai terutama remaja, tapi pada masa sekarang kita sangat perlukan tempat sebegini untuk bayi yang tidak berdosa,” katanya kepada Berita Harian.
Contoh 'Baby Hatch' di negara Jepun
Penaung OrphanCARE yang juga Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom melancarkan Pusat Perlindungan Bayi Tidak Diingini atau Baby Hatch pertama dalam negara pada awal bulan June yang lalu.
Presiden OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir, berkata organisasi itu bercadang mewujudkan banyak lagi pusat perlindungan bayi di seluruh negara bagi menyediakan tempat untuk bayi yang dibuang atau tidak diingini lagi. Baby Hatch yang beroperasi 24 jam menyediakan tempat perlindungan sihat dan selamat kepada bayi terbabit sebelum diserahkan kepada keluarga angkat.
Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz pula berkata, usaha mewujudkan Baby Hatch adalah baik kerana ia menjadi tempat perlindungan bayi yang tidak bersalah serta boleh menjamin masa depan bayi itu.
“Kalau kita pandang dari segi satu sudut memang menggalakkan zina tapi kita tak boleh biarkan bayi yang dilahirkan dibuang dan meninggal begitu saja. Malahan bayi berkenaan boleh diberikan kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak dan Islam menganjurkannya,” katanya.
Penasihat Majlis Agama Negeri Johor, Datuk Noh Gadut, berkata gejala buang bayi pada masa kini sudah semakin teruk dan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan wajar mengambil tanggungjawab menyelesaikan perkara berkenaan.
“Anak-anak kecil ini tidak berdosa dan wajib kita sediakan perlindungan kepada mereka, mana tahu mereka ini membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang negara pada masa depan.“Yang bersalah adalah ibu bapa anak kecil itu. Masyarakat harus bersama mencegah penyakit sosial ini termasuk melaksanakan undang-undang cegah zina yang ketat,” katanya.
Beliau turut menyarankan masyarakat supaya berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah buang bayi serta bertanggungjawab mencegah perbuatan zina di kalangan remaja seperti yang disyorkan oleh Islam.
[Berita Harian]
Antara komen menarik yang saya jumpa dalam internet..
Dalam waktu yang sama, usaha menyedarkan masyarakat terutama golongan remaja, belia dan pekerja kilang tentang ajaran Islam yang syumul hendaklah dilipatgandakan. Peranan ini adalah tanggungjawab bersama di antara pihak kerajaan, jabatan agama, masjid, NGO-NGO Islam, sekolah dan agensi-agensi Islam yang lain. Tanggungjawab berdakwah bukan sahaja diperintahkan kepada non-muslim sahaja, malah kepada masyarakat Islam sendiri. Masyarakat Islam adalah golongan yang lebih utama untuk para pendakwah menyampaikan Islam. Ini kerana mereka adalah golongan yang telah beragama Islam tetapi lemah kefahamannya terhadap Islam.
Peranan media massa, samada bercetak atau elektronik sebagai agen pembentukan keperibadian individu dan masyarakat juga tidak harus dikesampingkan. Kerosakan akhlak yang berlaku pada hari ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh media massa yang terlalu mempromosikan fahaman sekularisme, budaya hedonisme dan dorongan untuk hidup berfoya-foya. Justeru itu, para petugas media massa hendaklah memiliki akauntabiliti dan lebih tanggungjawab. Pada masa yang sama, para pengguna terutama ibu bapa hendaklah lebih bijaksana dalam memilih dan memantau siaran yang ditonton oleh anak-anak. [www.ismaweb.net]
Bagaimana pandangan anda semua.?Kerajaan dan badan-badan NGO sekarang sedaya upaya cuba untuk mengatasi setidaknya mengurangkan kes pembuangan bayi yang tidak berdosa ini ke longkang,tong sampah mahupun tepi pagar masjid dan apakah peranan kita mengenai isu ini?Pasti kita tak mahu menjadi orang yang hanya pandai menuding jari sahaja bila perkara ini berlaku?
Cuba membayangkan terjadi pada ahli keluarga sendiri (nauzubillah..) apakah langkah yang wajar kita lakukan agaknya??Sesungguhnya Allah Maha Besar,setiap perkara yang berlaku kadang-kala tanpa kita duga dan rancang,mungkin di antaranya dugaan dari-NYA dalam menguji iman kita?Bersediakah kita bermula hari ini?Wassalam.
Cuba membayangkan terjadi pada ahli keluarga sendiri (nauzubillah..) apakah langkah yang wajar kita lakukan agaknya??Sesungguhnya Allah Maha Besar,setiap perkara yang berlaku kadang-kala tanpa kita duga dan rancang,mungkin di antaranya dugaan dari-NYA dalam menguji iman kita?Bersediakah kita bermula hari ini?Wassalam.
Masalah itu memang sukar diselesaikan...
BalasPadamCuma, sekurang-kurangnya, bayi itu tidak dibuang di sana-sini...
Semoga zuriat kita terhindar dari angkara durja begini!
memang sukar diselesaikan pokok pangkalnya didikan ,nasihat tapi selalu berlaku ..... berzina tak takut, tak malu.... bila dah boyot ..melahirkan seorang bayi yang tak tau apa2x...di buang di biar untuk menutup malu...lebih takutkan malu dari dosa... Malu adalah maruah... Dosa???
BalasPadamSalam,
BalasPadamKalau para ulama dan bijak pandai sudah berkata begitu maka saya sokong 100%..pernah juga terpikir dahulu cuma suara saya siapa nak dengar..
tq info yg baik.
mcm mana nak pastikan bayi yg lahir itu dapat selamat tanpa memberi perlepasan kepada ibu bapa penzinanya? tujuan bayi dibuang pun adalah semata2 tak nak kena dakwa dan menutup malu..
BalasPadamkalau ibu bapa zina dah tau yg mereka bakal dikenakan tindakan keras (spt cadangan Tan Sri Mufti itu), dah tentu mereka takkan sanggup meletak leher sendiri utk dipancung.. maka pembuangan anak akan berterusan juga akhirnya..
Salam ziarah...
BalasPadamSemoga Allah jauhkan kita dan keluarga kita dari gejala zina dan pembuangan bayi yg tdk berdosa...
salam..
BalasPadammungkin ada baiknya juga kan dari membiarkan nyawa tidak berdosa hilang begitu sahaja..
susah jugak nak sokong mati mak nak bantah mati bapak budaknya
BalasPadamsalam
BalasPadambagus juga ada benda ni at least tak lah anak2 tu terbuang mcm tu je
cuma, hukuman tetap kena diambil pada mak bapa dia
buat amaran pada yang lain..
Assalamualaikum, sokong penubuhan Baby Hatch tetapi lebih menyokong tindakan keras kepada penzina mengikut undang2 islam,kerana ini munkin boleh membendung perbuatan zina.
BalasPadamMasyarakat kita pd arini ini terlalu merumitkn urusan perkahwinan....tanpa rm10-20ribu..mmg jgn mimpi nk g meminang anak org...ini merupakan antara faktor utama selain dr pergaulan bebas y diceduk dr budaya barat.
BalasPadamsalam zul,
BalasPadamdari buang merata sehingga jadi 2 kali berdosa besor, (berzina & membunuh/ menganiaya) logik akal kata, eloklah begitu...
keknyer ada pkara dasar yg perlu diubah. umpama memberi dadah kepada org tengoh gian, moleklah sekejap. pastu gian baliklah kala tak dipulihkan...
ada baiknya..burukpun ada..tapi tak salah mencuba..asalkan ada usaha yg baik
BalasPadamsalam,
BalasPadamsetiap perkara ada pro and kontra,
tak salah untuk mencuba,
yang baik kita ambil,
kelemahan kita perbaiki..
salam bro zulkbo,
BalasPadammungkin utk penyelesaian jangka pendek itulah penyelesaian terbaik setakat ini daripada dok mengutip mayat2 bayi yang tidak berdosa.
cumanya kena ada penyelesaian secara total dari semua unit dan struktur masyarakat untuk benteras isu zina ni, semua pihak kena bergerak ke arah yang sama untuk hapuskan faktor2 yg menyumbangkan kepada aktiviti zina ni...
uhuk..panjang pulak komen pagi ni..hehehe sekadar pendapat
salam..
BalasPadambaby hatch..
saya rasa bagus idea ni dari melihat bayi mati di tepi jalan.. dibakar...tapi alangkah lagi bagusnya kalau kita dapat memupuk sikap bertanggungjawab dalam setiap individu..
semoga keluarga kita semua dijauhkan dari perkara yang tidak baik.
saya rs ini adalah jalan yg terbaik kerana xsanggup lg nak tgk baby yg comel2 kena buang...
BalasPadamp/s: klu sape2 xnak baby,boleh bg saya heheheheh
Tu la pasal..takutnya besok-besok....timbul masalah BABY HATCH tak cukup ruang untuk tampung bayi-bayi nih...
BalasPadamKena lentoq buluh dari rebung...ini yang mustahak...
Didikan agama tu yang penting...
Salam zul.
BalasPadamSebaiknya bergitulah pada dicampok merata tak pasai mati aje berbudak. Pun gitu kawan bimbang juga.. dah ada pusat camnie esok makin bertambah mereka buat keje tak elok.
susah nak cakap.. dari satu sudut memanglah ada kebaikannya, namun bila dilihat sebaliknya ianya seolah olah memberi jalan keluar kepada penzina penzina ini. Bagaimanapun pandangan alim ulamak harus diguna pakai.
BalasPadamSalam zul ..
BalasPadamAt least bayi2 tersebut tdk dibuang dalam semak .
masalah mcm ni mmg da lama dan sukar dibendung atleast bila ada baby hatch boleh mengelakkan dr pembuangan bayi yg makin berleluasa sekarang..pada sape2 yg nak buang anak tu jgn lah buang bg kat saya je..=)
BalasPadamsalam..
BalasPadamdunia sekarang ni semakin kejam...
ramai remaja hanyut, berzina, mengandung, buang bayi. .kalau buang kat depan masjid ke, x pe lah jugak, tapi buang dekat kubur or tong sampah! so nasib bayi tu? kena hujan, kena makan anjing, kena geget semut... kesian k..
dah terlalu banyak pembuangan bayi skrg ni, so, bila ada baby hatch, at least dapat selamatkan bayi yang terbuang tu..
lagi satu, remaja skrg kena diberi pendidikan and moral yang secukupnya.. semuanya harus dipupuk dari keluarga masing masing..
salam,
BalasPadammasalah ini tak kan selesai atau tamat cuma hanya boleh mengurangkannya...
Salam sdr zul
BalasPadamIni langkah tergempar menyelamatkan bayi..jadi eloklah dicuba...tapi apakah mungkin ibu itu berani tampil menyerahkan bayi disitu kerana pasti dia akan ditahan..atau penyerahannya secara hit and run?
salam zul..kalau difikirkan untuk kebaikan bayi yg tak berdosa tu amat wajar tempat perlindungan bayi diadakan.tapi makcik rasa masalah pembuangan bayi tak akan berkurangan kalau undang2 tegas tidak dikenakan keatas penzina2 ni.hukum penzina ni dgn hukum Allah kerana Allah yg amat mengenali n mengetahui akan umatnya.apa pun ibu bapa mesti mendidik anak2 mereka dgn baik akan ajaran agama n media janganlah kerana nak melariskan jualan n mengaut untung mengisikan article yg berunsur sex dsbnya.marilah kita pakat2 berdoa agar semua keluarga kita diberkati n dilindungi oleh Allah akan perkara2 yg tidak baik.ya Allah selamatkanlah keluarga kami semua didunia n diakhirat.
BalasPadamkalau sebab keluarga susah dan tak mampu jaga ramai anak mungkin boleh dipertimbangkan serah ke situ. kalau sebab berzina dan sesaje nak buang terus lempang lelaju siapa yang hantar situ.
BalasPadambla ade nt lg sng org nk berzina... sbb da de tmpt lindungan bayi yg x dikehendaki
BalasPadamsalam zul
BalasPadamsaya secara peribadi menyokong pusat ini kerana bayi yg dilahirkan walau dengan cara bagaimana sekali pun, tidak bersalah apa2
ia juga memberi peluang kepada mereka yang terlanjur untuk tidak melakukan kesalahan yang kedua iaitu menzalimi / membunuh
Allah lebih mengetahui
[mungkin pendapat saya ini salah]