Ramadan Bulan Kesederhanaan




Salam semua..Dah tak lama lagi kita semua nak menyambut sesatunya bulan Ramadan Al-Mubarak..bulan yang penuh keinsafan dan kita di galakkan membanyakkan amalan kita sepanjang bulan ini kerana di bulan ini segala kelebihan telah di perkatakan dalam Al-Quran.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda; "Mulanya (bulan Ramadan) RAHMAT, tengahnya PENGAMPUNAN, dan akhirnya MERDEKA dan api neraka.".

Yang sering kita memperkatakan setiap Ramadan yang bakal menjelang ialah persiapan kita untuk menyambut Aidilfitri yang menjadi tanda kemenangan kita selepas bersusah payah menghabiskan sebulan puasa itu dan kita terlupa pengisian Ramadan tersebut yang sepatutnya menjadi titik mula untuk kita berpuasa yakni menahan lapar selain nafsu-nafsu kita yang lain.

Kebanyakan kita terlupa bila saat berbuka dengan terlalu banyak memasak ataupun membeli makanan yang akhirnya kita  tidak menghabiskannya serta berlakulah pembaziran yang memang di larang dalam islam.Makan terlalu banyak juga menjadi penyebab kita malas berterawikh serta amalan lain yang sepatutnya kita lakukan selepas berbuka.

Sudah menjadi amalan orang kita juga setiap kali menjelang Aidilfitri berbagai persiapan untuknya kita lakukan.Baik dari segi menukar pelbagai perabut rumah sehingga ke menukar kereta baru atau berhabisan me'modified' nya sekadar untuk kita bergaya bila pulang ke kampung nanti dan ada kalanya sampai berhutang.



Mewahnya pak arab makan..sedih bila mengenangkan saudara kita di Palestin dalam susah payah dan kesengsaraan sedangkan saudara terdekat mereka diam membisu dan bermewah-mewah (gambar hiasan).


“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (Hadith Riwayat Abu Daud)

 Islam dengan tegas menegah seseorang berbelanja melebihi keperluan hidup atau berbelanja mengatasi batas penunjuk pendapatan, lantaran akibatnya akan menimbulkan pembaziran yang dibenci Allah. Jika berbelanja melampaui batas untuk tujuan bermegah-megah, sehingga berlaku pembaziran hanya akan menggambarkan tingkah laku orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat Allah. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan .Wallahulam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Julai 30, 2010

36 Komen:

  1. t kasih zul...
    bsama kita mengambil pengajaran.
    labe... buleh mandi dlm bekas nasi tu!

    BalasPadam
  2. salam..

    ya ALLAH biar betul, bekas nasi ke tu??
    macam kolam renang lak..

    bila ingat kehadiran ramadhan ni, hati rasa girang dan gembira.. harap2 di panjangkan umo tuk sama2 menikmati dan mendapat keberkatan ramadhan..

    saya ni ada gastrik, kadang2 kalau lmbat makan je mesti sakit. ada sampai kne masud wad gara2 abaikan makan.. tapi Alhamdulillah selama bertahun saya puasa, tak pernah lagi ada masalah gastrik.. itulah nikmat bulan ramadhan kan.. (lari topik ke?? hehehe)

    BalasPadam
  3. kalau anda semua perhatikan
    betul2 gambar tu..bertongkol2
    daging kambing dalam pinggan tu
    masyaAllah..mewahnya makan!!

    BalasPadam
  4. @HaiDa HiDa

    Allah tidak menduga hambanya
    melainkan mengikut kemampuan
    masing2..alhamdulillah,tidak
    jenuh nak ganti balik..he he

    BalasPadam
  5. Salam bro zul..

    Pak arab ni kambing sekor makan 3 orang...

    BalasPadam
  6. itulah, time ramadhan kebanyakan orang ada sampai beli 5-6 jenis juadah..mengalahkan hari biasa je..hehe.. sederhana sudah kan lebih baik :)

    BalasPadam
  7. mak aih, tu makan ke melantak tu huhuhu..
    p/s: pernah dengar satu joke dulu:
    bila ditanya kenapa puak arab tak boleh bersatu menentang israel...deme tu jawab, bukan tak boleh, tak mahu, pasal bila israel dah lenyap, kiamat akan tiba...gitu la pulak huhuhu

    BalasPadam
  8. @etomyam

    macam logik gak?
    takut mati rupanya
    pak arab ni..he he

    BalasPadam
  9. mudahan kita tak membazir. tq ats ingtn =)

    p/s: bro hr2 koi dtg nk timbang blog hahaha lps compress css jgn mare

    BalasPadam
  10. @MissXYZ a.k.a Abaikan
    ambik bawak balik pun tak pe
    timbang tu..esok pulang kan balik..he he

    BalasPadam
  11. Salam sdra..

    Moga sihat hendaknya..

    Bersederhana dalam setiap perkara, itulah paling baik. Ramadhan mengajar kita agar bersederhana bukan boros.

    Terima kasih untuk peringatan sdra ini.

    BalasPadam
  12. terima kasih atas peringatan.


    insyaAllah tahun ni berbelanja seada-adanya.

    BalasPadam
  13. Salam,
    Ya, Ramadhan tak lama lagi ! Jangan lepas peluang ini untuk kita beribadat dan beribadah. Terima kasih atas entri sdr yang banyak memberikan peringatan.
    Bercerita fasal Pak Arab ni, memang mereka ini kaki makan (kaki melantak, kata orang Perak). Tengok sahaja badan mereka. Apapun, LF suka nasi beriani arab (beriani kabsah di restoren Sobah di Cyberjaya berhadapan Cyberjaya Central Bus Station) - cukup sedap).

    BalasPadam
  14. biar betul pak arab ni??
    sure ke bole habis byk mcm tu??
    dh mcm swimming pool plak...

    hurm...time bln puasa ni la nafsu mkn membuak2 n akhirnya membazir je...

    p/s:alamak..tetibe tringin plak mkn ns briyani hahhaha

    BalasPadam
  15. salam...sudah letih bercakap mengenai pembaziran kerana pada bulan posalah mende nie semakin galak jasinya

    BalasPadam
  16. Salam hari jumaat... selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia. Kesimpulannya erti Ramadahan itu perlu dihayati bersama.

    BalasPadam
  17. salam,

    sebenarnya sikit pun cukup, banyak pun habis. habis dimakan tak pe jangan habis dibuang ke tanah sudah...ala kadar - itu yang sebaiknya.

    BalasPadam
  18. salam,
    melampau betul pak arab. makan tak ingat dunia....

    BalasPadam
  19. Salam.

    *Jom kita berkongsi maklumat tentang 'Sabar Dalam Al-Quran' ^_^

    BalasPadam
  20. salam rodong...

    Bulan yg ditunggu2 oleh orang yg beriman. semoga amalan kita dapat ditingkatkan dlm bulan yg mulia tersebut... Bab gambar tu....pak arab memang spesis kuat makan...

    BalasPadam
  21. Salam Zul..
    Itulah realitinya ..org arab yg kaya raya ramai yg kedekut nak bantu saudara diPalestin..kededut atau takut dgn israel???

    p/s-Ini makan untuk brapa org ni??..

    BalasPadam
  22. salam ya akhi,
    sesekali pekena nasi arab ni ok jugak... sekitar opis ana ada banyak restoran arab yang menyediakan nasi arab mcm ni... Ar-Rawsha, As-Saba dan beberapa lagi... biasanya lepas lunch mata berat sampai ke petang... kalau meeting memang tersengguk-sengguk dibuatnya...hahaa
    (kat rumah ana di seremban pun dah ada rest. arab damsyik...)

    datang la KL/Seremban, insyaALLAH ana belanja tuan makan Lamb Mandy dengan air Barbican Strawberry...

    BalasPadam
  23. bro koi..lama saya mencari gambar ni..ini orang panggil nasi ambang..ingat org jawa je amalkan..

    "Tutorial Kongsi atau Embed Video Facebook ke Blog"

    BalasPadam
  24. salam zul,

    boleh abih ke nasik dlm kolam tu?
    mcm x logik jer...

    neway...
    SELAMAT BERPESTA IBADAH!
    can't wait!!!

    BalasPadam
  25. Elak kan pembaziran di bulan ramadan nanti..tak sabar nak tunggu ramadan ni..dan tak sabar juga nak raya hoyee hoyee..

    BalasPadam
  26. pak arab makan kambing sorang seko gamaknya

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum,
    Melaut nasik pak arab tu, banyok sesangat, kita sendiri pun tak dapat menandinginya, tapi yeelah untuk makan orang satu masjid tu agoknya, sikit sorang, tidaklah berbaki macam masyarakat kita, kalau kenduri suka ambik makanan banyak2 pastu tak makan habis, lagi membazir...

    Selamat hari Jumaat..semuga dieratkan kasih sayang sesama Insan.

    BalasPadam
  28. salam aok,

    koi tak sabar nak tunggu kedatangan ramadhan
    semoga koi, aok sempat berjumpa ramadhan tahun ini
    semoga ramadhan kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya...
    semoga ibadat kita diterima dan diberkati, amin

    BalasPadam
  29. Salam..
    tima kasih d atas perkongsian ini..
    moga2 kita tidak membazir d bulan ramadhan tahun ni..

    BalasPadam
  30. terkojut tengok makanan dalam talam tu!!! boleh jamu orang sekampung. wasatiah, itu lebih bauk. ;p

    BalasPadam
  31. humakaihhh!! besornya bekas makan dia..

    setuju, sederhana itu sgt memelihara jiwa lebih tenang

    BalasPadam
  32. salam hari jumaat
    abg zul angah ada baca kisah nie dulu dalam surat khabar kalau tak silap.. memang betul ata abg zul mewah tul diorangkan
    padahal dia jiran lak tue ngan Palestine

    BalasPadam
  33. Salam Jemaat.Dekat dah kite ngan bulan pose weh.Jangan lupe ambik award kat blog koi

    BalasPadam
  34. Salam...

    - Moga2 Ramadan tahun ini dapat solat taraweh tanpa halangan....
    - berjimat cermat dalam berbelanja terutamanya juadah berbuka....
    - dapat kuruskan badan....
    - Menambahkan pahala utk saham akhirat....

    BalasPadam
  35. Salam sdr zul,
    semoga kita beroleh petunjuk dan hidayah.Amin

    BalasPadam
  36. Salam...

    Terkejut nengok...mkn ke apa tu..moga tiada pembaziran pada Ramadhan tahun ni...

    BalasPadam