Rahsia Buat Bakal Pengantin







1. KETIKA MENCARI CALON 
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita .Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 


2. KETIKA MELAMAR 
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua@wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua@wali si gadis. 


3. KETIKA AKAD NIKAH 
Anda berdua bukan menikah di hadapan jurunikah sahaja,tetapi menikah di hadapan Allah .


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN 
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menghampakan do'a mereka. 


5. KETIKA MALAM PERTAMA 
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. 


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. 


7. KETIKA BAHTERA RUMAH TANGGA GOYANG .
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya  semakin erat berpegang tangan .


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK. 
Cintailah isteri atau suami anda 100% .


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK. 
Jangan bagi berapa persen cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100% juga. 


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM 
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar ,bersabar dan selalu bersama dalam kesusahan.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG 
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita .


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI 
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda. 


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI 
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu menjaga AMANAH suami. 


14.KETIKA MENDIDIK ANAK 
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak-anak.


15.KETIKA ANAK BERMASALAH 
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya. 


16.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS 
Gunakanlah formula 7 K 
1. Ketaqwaan 
2. Kasih sayang 
3. Kesetiaan 
4. Komunikasi 
5. Keterbukaan 
6. Kejujuran 
7. Kesabaran
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Julai 25, 2010

34 Komen:

  1. salam encik zul
    alhamdulillah
    terima kasih berkongsi info

    BalasPadam
  2. salam en.zul...salam ziarah dihujung minggu...
    satu info yg menarik utk dikongsikan bersama...

    BalasPadam
  3. Terima kasih zul info yang baik buat bakal pengantin.

    Paling penting cari org yang mahu ker kita. Jangan kita mahu ker org petua org-org tua. Pasti bahagia.

    BalasPadam
  4. perkahwinan adalah suatu perkongsian..harus terima kenyataan ini

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama25 Julai, 2010

    Salam,

    No.5 buat saya tersenyum sendiri...

    BalasPadam
  6. hmm.. menarik jgk tips ni... hehe boleh guna masa nk kwin nnt.. hehhe

    BalasPadam
  7. Tips yang sangat bagus buat bakal2 pengantin...jika diamalkan insyallah aman damai kekal hingga akhir hayat.

    BalasPadam
  8. Salam ziarah en. zul......

    BalasPadam
  9. Salam..

    ni yg terasa mcm nak kahwin skali lagi ni.. hehe

    BalasPadam
  10. Hari ini...saya masih ada 2 undangan walimatul urus.


    ...pengantin-pengantin akhir sebelum Ramadhan.

    BalasPadam
  11. wah.....terkedu baca...akan ingat ni!!

    BalasPadam
  12. salam zul..terima kasih akan cm fwrdkan pada anak-anak .

    BalasPadam
  13. salam..memang tips yang bagus untuk peringatan pada bakal2 pengantin. :) thanx for sharing bro. :)


    p/s: ada kabel besar tak?? jom baca entry pasal kabel besar kat blog HLN. :)

    BalasPadam
  14. Salam sdra zul..

    Moga sdra sihat hendaknya..

    Peringatan yang sangat baik buat yang bakal menuju ke alam perkahwinan dan juga untuk kedua ibubapa..

    BalasPadam
  15. Salam...

    Info yang sangat berguna utk diamalkan bersama. Terima kasih.

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama25 Julai, 2010

    assalamualaikum zul..alhamdulillah satu n3 yg baik bukan saja kepada bakal2 suami n isteri tetapi kepada semua.hendaknya mendapat menafaat kepada mereka yg membacanya.

    BalasPadam
  17. semoga panduan ni dapat memberi manafaat kepada mereka yang sedang mencari jodoh..err yg dah kahwin boleh guna untuk cari menantu kan hehehe

    BalasPadam
  18. salam,

    nak prektik pun belum leh lagi
    ekekekekke....


    semoga aok mendapat berkat selalu. amin

    BalasPadam
  19. wah tq ats igtn... erm...

    bersungguh-sungguh nk jadi isteri mithali doakan ye

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah
    buat peringatan kita yang selalu leka :)

    BalasPadam
  21. Salam bro Zul..bagus info ni,terutamanya yang belum kawin,ringkas tapi padat..

    BalasPadam
  22. terima kasih diatas rahsia2 ini...

    BalasPadam
  23. salam en.zul,
    semoga hidup ceria selalu..
    bukan untuk bakal sahaja..
    yang dah berkahwin pun berguna juga..
    terima kasih..

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama26 Julai, 2010

    Aslmkm Zul.
    :) Semoga ramai bakal2 pengantin membaca paparan Zul ini & dapat memanafaatkan semuanya sebaik mungkin.
    Pada Kak G, sebagai kesimpulan, yg ke 16 akan terus relevan utk semua pasangan: muda, tua, baru & lama! Tak gitu?

    BalasPadam
  25. padat tul rasa ke batang idong... bagus tul untuk yang dah kawin juga

    BalasPadam
  26. t kasih zul. koi setuju

    p/s- org bujang tua mcm koi ni mmg rugi kala tak baca. hehehe

    BalasPadam
  27. salam...

    Thanks sharing...

    BalasPadam
  28. trima kasih for the info...

    harap2 dpt mencari suami yg ade 7k tu,amin.. heheehhe

    BalasPadam
  29. salam zul,

    ande commentator 'bujang tua' ye... :[

    dah x rahsia dah tips ni
    sbb dah masuk blog :)

    BalasPadam
  30. salam,
    terima kasih. Mas akan ingat semua tue.
    Dalam rumah tangga mesti ada tolak ansur. jangan masa bercinta jer...

    BalasPadam
  31. Salam En Zul,

    Formula 7k amat berguna untuk terus harmoni.Tolak ansur antara suami isteri. Give n take.

    BalasPadam
  32. salam..
    wah kalau dipraktikan tips ni betul-betul pasti bahagia..

    BalasPadam
  33. salam wah nie sesuai sangat ngan org yg belum kawen ehhh tapi angah dah kawen apa salahnyerrr kalau nak ambil info nie
    thanks ...

    BalasPadam