Perbezaan Antara Melayu Dan Cina Yang Mungkin Anda Tidak Tahu



Salam semua..Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu tentang kepercayaan masyarakat cina yang amat berlainan dengan kebudayaan melayu.Sebagai masyarakat majmuk rasanya tak salah untuk kita mengetahui dan cuba memahami mereka di samping menghormati antara satu sama lain.Masyarakat cina di Malaysia memang kita sedia maklum begitu banyak pantang larang mereka.Sesetengahnya memang tak di terima oleh akal kita,jadi bila kita sudah mengetahui tak salah rasanya jika kita hormati fahaman mereka.Cuma harapan saya janganlah perkara ini di jadikan amalan pula dalam hidup kita seharian.


Bagi kita orang melayu berpakaian hijau adalah mengikut sunnah nabi Muhammad SAW,tapi bagi orang cina mereka amat pantang jika bertopi hijau.Ini kerana bagi seorang lelaki yang bertopi hijau di anggap simbol bagi seorang suami yang "dayus".Isteri si suami di tiduri lelaki lain,pernah saya bertanya lagi kenapa?Menurut mereka kepercayaan lama tok nenek mereka di Tanah Besar China lagi.Jadi amat pantang bagi seorang lelaki cina bertopi hijau.Selain itu warna merah adalah warna kesukaan mereka yang membawa maksud "ong","ang ang bo hai lang"atau tuah.Begitu juga seperti kita sedia maklum warna hitam cuba di hindari mereka kerana warna ini adalah warna berkabung pada mereka.



Rasanya ramai sudah mengetahui tentang nombor 4 dalam masyarakat cina adalah satu pantang .Mereka amat pantang kerana nombor ini membawa maksud "sei" atau mati bagi kaum cina.Jika nombor tersebut 44 bermaksud "mati dan mati" begitulah seterusnya.Jadi mereka tidak akan membeli kereta atau rumah yang bernombor sedemikian.Ada lagi nombor yang tidak berapa di sukai mereka yang membawa maksud agak lucu pada saya.Contohnya 69 yang membawa maksud "lok kau" atau "lan**u" yakni dalam bahasa melayu bermaksud kemaluan lelaki.Begitu juga no 48 yang membawa maksud "sei fatt" yakni dalam bahasa melayu bermaksud punggung.Bagi masyarakat melayu yang beragama islam,perkara tentang nombor ini janganlah di jadikan ikutan kita kerana bimbang akan membawa kepada syirik.

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.”
(Surah az-Zumar, ayat 65)





Ada satu lagi yang baru saya ketahui mengenai nama HAMKA,Kita semua sedia maklum HAMKA yang terkenal adalah Haji Abdul Malik Karim Amrullah yakni seorang sasterawan Indonesia, sekaligus ulama, dan aktivis politik.Masyarakat cina amat pantang tentang nama ini.Jangan "simply" panggil orang cina dengan panggilan "HAMKA CHAN" ianya membawa maksud "pergi mati anda sekeluarga".Jika salah orang mungkin anda di tumbuknya..he he.Ini membawa maksud anda menyumpah mereka sekeluarga agar di timpa bencana.

Sekadar renungan dan informasi buat sahabat sekalian.Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati,sesungguhnya yang baik itu semuanya dari Allah jua.Kita makhluk ciptaannya tidak dapat lari dari melakukan kesalahan.Seandainya ada di antara kita sebagai seorang islam yang pernah mempercayai dan mengamalkannya maka pintu taubat Allah sentiasa terbuka..Wallahualam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Julai 05, 2010

43 Komen:

  1. Info yang berguna untuk dikongsi bersama..sebab kita org melayu ramai x faham cakap cina..tapi org cina boleh kata semua faham cakap kita.

    BalasPadam
  2. salam,

    sy tau semua pantang larang atas ni sbb mama sy tggal dgn family cina dia..

    hrtu ada kwn beli kereta, flat number mantap, stret 4444, kwn cina sama ngajar kata "haiiyya! MATI,MATI,MATI, MATIIIII, lu mau mati ka ini macam???"

    hehe...klakar bg sy...

    BalasPadam
  3. Salam 1 Malaysia..

    perbezaan serta fahaman mengikut agama masing masing..Syukur dilahirkan didalam Islam..

    BalasPadam
  4. salam
    bagus info yang dikongsikan bersama ini...=)
    terima kasih..

    BalasPadam
  5. elok juga info ni sebab kita disuruh saling berkenalan sesama bangsa yang lain, amik yang baik untuk tauladan

    BalasPadam
  6. Dulu2 saya berkawan juga dgn geng cina ini ramai juga, mmg mcm2 kepercayaan geng ini kalau kita dengor aje dah karut kalau ikut lagi haru...

    Org cina suka mencarut setakat lan** ci**t mmg mainan mulut dema aje kawan penoh tanya ngape org cina ini mencarut jawapan dia.. kasi buang kotor punya barang lagi banyak mencarut lagi baik huhuhu..

    BalasPadam
  7. Salam,

    Saya pernah bekerja dengan boss(perempuan)cina,dia ni agak berumur,maka kami di acc dept tak terlepas dari kena patuhi pantang larang,diantaranya kena bubuh garam kasar dalam toilet,meja tidak boleh menghadap pintu masuk,tidak boleh celebrate hari jadi dalam office,dilarang pakai baju hitam dan dia juga mengamalkan feng sui..

    Jika kita nak alih apa-apa perabot dalam office..mesti kena panggil dia,kalau suka2 jer alihkan sendiri mmg kena bambu lah.

    Walaupun dia kuat berpantang tapi bila time CHNY..masukk..ataupun jika salah seorang diantara kami dapat anak..wah masukk lagi..

    Walau macam mana pun kami tetap hormat cuma dalam hati.. kita tidak boleh percaya kerana akan jatuh syirik tanpa kita sedari.

    BalasPadam
  8. macam2 la kaum cina ni... dulu saya pernah bekerja dgn cina dia punya no plat kereta.. back hoe. dan kenderaan lain2 semua sama 8848...cuma burup ja lain.... sanggup beli tu.... cina la katakan... bila tanya dia jawab.. kaya kaya mati kaya...hehhehehe

    BalasPadam
  9. salam, kalau melayu suka dengan no 4... dapat wife 4 orang hehehe

    BalasPadam
  10. Kakak Ipar saya cina convert islam .

    So far, dia oke jek ... malahan dia plak yang terlebih2 ikut pantang larang melayu . ekeke

    BalasPadam
  11. hahaha.. thanx for sharing cik zul

    BalasPadam
  12. hehehe
    begitu rupanya kepercayaan orang cina...

    BalasPadam
  13. tq info....koi suka ah no 4..hehe...

    BalasPadam
  14. salam en zul...
    dulu saya ade jual rmh dgn org cina...dia org ni..mmg byk pantang larangnye..dan dia org nijugak mengamalkan feng sui..mmg percaya habis dgn feng sui ni..lebih-lebih lagi kalau nak beli & pindah rumah..

    BalasPadam
  15. salam,
    memang kuat kepercayaan org cina pasal benda-benda gitu ya...ada joke dari kawan2 dulu...org cina mati baru cari bukit (sebab tu kubur banyak atas bukit) org melayu pulak sengaja dok atas bukit (bila heboh kes tanah bukit runtuh)..huhuhu..entahlah

    BalasPadam
  16. Salam sdra...

    Moga sdra hendaknya...

    Lot rumah saya 444 sdra...sampai saje ajal kita nanti akan matilah kita, tak kena mengena dengan nombor dan sebagainya...

    BalasPadam
  17. oo..merah ada bwk oong ke? hitam lak berkabung..?..mybe spain menang lawan german hihihi


    New Entry Pawaka19 Dot Com

    "Manuskrip Adoft Hitler Sewaktu di Penjara , Di lelong"

    BalasPadam
  18. KETA LAMA AKU - 4414 DAH JUAL PERNAH NAIK FIRST PRIZE...ONG PLAK TU! OANG LAEN YANG KAYA.

    BalasPadam
  19. menarikla info.. pasal topi hijau tu taktau. yang lain2 tau la.

    BalasPadam
  20. salam,

    setakat nak tau sahaja kepercayaan dorang tu takpe la walaupun tak masuk akal..

    BalasPadam
  21. t kasih. betul lah tu, sekadar makluman utk memahami budaya org lain bfikir...

    BalasPadam
  22. saya tau pasal no 44444 tu je lainnya tak tau hehe

    BalasPadam
  23. salam abg zul.. baru sempat singgah nie.. hehehe

    angah sokong pa kata abg zul jgn terlalu syirik mengikut kata2 org2 hehehe..Macam angah no keta onggg oooo 4424 best tak?? tue bagi angah la kalau bagi cin mati2 ooo hahahaha

    BalasPadam
  24. Salam En Zul,

    Masyarakat Cina memang terlalu percayakan Feng Shui dlm kehidupan sheariannya. Jgn sampai kita ikut percaya dengan amalan mereka yang menjurus kepada khurafat dan tak masuk akal.

    BalasPadam
  25. Salam...

    beza bangsa beza la budaya yek...
    koi ni campor cina ketnye dah keturunan ke-3
    jd koi brani kata koi melayu tulen dah...hakhak ;p

    BalasPadam
  26. salam en zul,

    tq utk informasi ni..baru sy tau..sy memg dari kecil x terdedah dgn bangsa lain :)

    BalasPadam
  27. masyarakat cina memang mempercayai feng shui dan ada juga yang ada kebenarannya.. kita nak percaya? kalau ke arah syirik lenih baik jangan..

    BalasPadam
  28. uma sy no 404..maknanya tak leh jual kat org cina la erk ( walau jiran sebelah org cina huhuhhu)

    BalasPadam
  29. salam aok,
    ampun pak heheh
    lama tak kemari
    bukan saja sini
    semua pun
    huawaaaaaaaaaaaaaaaaa...
    diharap aok sihat2 dan bahagia sajork

    koi tak kisah la dapat no berapa pun
    dapat no 1 lagi bagus kan
    heheheh

    BalasPadam
  30. orang melayu tgk bukit/hutan takutkan makhluk halus..orang cina tgk bukit nampak kekayaan...(petikan buku rahsia kejayaan orang cina..) kadang2 bila fikir memang ada betul juga..

    BalasPadam
  31. Artikel yang menarik sekali, semoga sukses selalu dan saya tunggu kunjungan anda bdi website saya..thx,slm kenal

    BalasPadam
  32. o.... cm tu mksud hamka chan

    BalasPadam
  33. aku tertarik dgn no 4 tu bro..aku nye azizan4444..dulu ad sorg kawan aku berbngsa cina tnye knpa aku pakai nickname tu dan smada aku thu ke x mksdnya...

    jawapan aku..aku tahu no 4 bermkna mati..tp itu mengikut fahaman org cina..tp melayu tidak..jd x slh aku pakai...

    nice entri bro

    BalasPadam
  34. salam
    entri yang berguna
    terima kasih
    :-)

    BalasPadam
  35. wah! byk btol kepercayaan cina ni yer? hmm... bru je thu ni,,,

    BalasPadam
  36. salam
    begitu rupanya.. yang saya tahu orang cina memang banyak pantang larang..

    BalasPadam
  37. topi hijau tu..haha..so funny..

    saya cina, hmm..good info anyway tapi cina model sekarang macam saya tak ikut sangat lah..tapi bagi nombor 4, pronoun as si, maksub mati dalam bahasa cina memang tak seronok nampak dan dengar, kalau gi travel dapat bilik hotel dgn 444, pun rasa nak tukar...hahahaha..

    info ini kebanyakan dtg dari cina Cantonese...ada lagi jugak..harap Mr blogger blh tulis tentang pantang larang org Melayu....tq

    BalasPadam
  38. korang semua perasan tak, surah yasin dalam al-Quran pada muka surat 440

    BalasPadam
  39. @Anonymous

    Saya berkawan dengan ramai kawan berbangsa cina,jadi sedikit sebanyak
    perkara ini dari kata2 mereka..jika tiada yang tidak betul dan ada terasa di hati hanya maaf yang di pohon..

    BalasPadam
  40. @Anonymous

    Yuppp..saya perasan,dan surah ini amat penting bagi orang islam..pada kami angka ini tidak menjadi persoalan dari segi baik mahupun buruk,kerana semua kebaikan itu dari Allah jua.Keburukan hanya kita yang melakukan di muka bumi Allah atas sifat nafsu kita yang perlu di kawal oleh akal kita.Jadi kembali ke jalan Allah adalah segala penyelesaian..

    BalasPadam
  41. tq coz share,,=) tp bkn sumer org cina mcm 2,amalan nenek moyang ja 2. bagi sesetengah cina,no 4 tu sbnrnya no meaning. just terpulang nak suka atau x. feng shui pula ada y setakat ckp jer,kadang2 x ikut pun.mmg kdg2 ada y taksud sgt la.some time mmg ada y ikut sab terdesak nak ubah nasib. tapi bila xda kesan,amalan nak teruskan feng shui 2 pun hilang. suka ja try 2. bukan suma cina percaya benda2 mcm ni.ada y x percaya langsung jg. y penting hidup must happy go luky=). pasal topi hijau 2 sy btul2 x taw pla,x pnh dgr lg dr nenek or kwn2.but mmg funny la=). life must go on...

    BalasPadam
  42. Tanpa Nama27 Ogos, 2012

    thanks yer sebab share info mcm ni,,mcm ni pula tanggapan sesetengah orang melayu kat org cina......saya bukan cina,but byk kwn cina. o0,anyway thanks Q =)

    BalasPadam