JUMLAH KES PERCERAIAN YANG MENINGKAT HARI INI AMAT MEMBIMBANGKAN. MALAH ADA PERKAHWINAN YANG HANYA MAMPU BERTAHAN BEBERAPA HARI SAHAJA SEBELUM RUNTUH DI TENGAH JALAN. KETIKA INAI MASIH MERAH DI JARI, PASANGAN PENGANTIN BARU MEMILIH UNTUK BERPISAH SELEPAS MERASAKAN TIDAK ADA KESERASIAN SEDANGKAN ADA ANTARA MEREKA BERCINTA BERTAHUN-TAHUN LAMANYA SEBELUM MENDIRIKAN RUMAH TANGGA
Di sini ingin mengupas mengapa terjadinya perkahwinan jangka pendek di dalam masyarakat kita. Ikuti pendapat pakar kaunseling dan tinjauan orang ramai mengenai isu ini.Kenali hati budi walau pun setiap pasangan yang ingin berkahwin dimestikan untuk menghadiri kursus perkahwinan namun sebenarnya ia bukanlah jaminan mengekalkan sesebuah rumah tangga. Demikian menurut Profesor Madya Dr. Mariani Md. Nor, Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya.
“Sebenarnya sesebuah perkahwinan bergantung sepenuhnya kepada diri dan jiwa individu itu sendiri. Maka amat penting untuk setiap pasangan mengenali pasangan mereka sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.“Sikap kebanyakan individu akan terserlah selepas hidup bersama. Hal ini kerana sebelum berkahwin, masing-masing menunjukkan sikap yang baik sahaja di hadapan pasangan agar kelihatan sempurna.
“Sebelum mendirikan rumah tangga, sama ada lelaki mahu pun wanita, mereka harus sedar tentang peranan masing-masing. Dalam Islam, sudah diberi garis panduan untuk memilih pasangan. Jelas menunjukkan bahawa memilih pasangan bukan kerana kecantikan dan wang ringgit semata-mata kerana sebuah perhubungan memerlukan keikhlasan dan kejujuran.
“Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga, kenali hati budi sebelum mengambil keputusan untuk hidup bersama. Selain itu kenali dan selidiki latar belakang pasangan terlebih dahulu dan jangan berkahwin semata-mata kerana nafsu, mengejar material atau kecantikan kerana semua itu tidak akan kekal lama.
Cinta dan kasih sayang yang sebenar-benarnya selain kejujuran dan keikhlasan amat penting
dalam sesebuah perkahwinan kerana kita mahukan perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat bukan hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat.”
[Mingguan Wanita]
Terlalu banyak yang kita baca dalam akhbar bagaimana mudahnya pasangan muda-mudi yang berkahwin awal bercerai-berai .Ada di antaranya bercerai sampai talak 3,perkahwinan seolah tiada nilai rohani lagi.Adakalanya kerana kes yang kecil boleh bercerai begitu senang sekali cukup sekadar melalui pesanan ringkas SMS sahaja.Disini kita perlu belajar dengan generasi dahulu bagaimana mereka mampu mengekalkan perkahwinan mereka sehingga ke akhir hayat.
Tidak perlu menuding jari antara satu sama lain bila menghadapi masaalah rumahtangga.Punca utama bekalan agama amat penting dalam alam rumahtangga,tidak cukup sekadar kursus pra perkahwinan yang hanya boleh di hafal sahaja.Pengamalan agama dan rasa hormat sesama pasangan serta saling bertolak ansur, kunci utama dalam sesuatu perkahwinan.Ini kerana islam begitu menitik berat soal kerukunan rumahtangga.Sesungguhnya perceraian adalah perkara halal yang di benci Allah..Wallahualam.
tak berani nak komen byk coz takut terkena pada diri sendiri..cumer berharap rumahtangga saya sentiasa aman dan sentosa dan dijauhi dari segala anasir-anasir yang memburukkan keharmonian berumahtangga..;-)
BalasPadamsalam
BalasPadamcheqna setuju...masa bercinta semua hipokrit..nak tunjuk baik je....masa tu kentut pun wangi
tapi hakikat sebenar akan terserlah bila tidur sebantal...tinggal dibawah bumbung yang sama
seharusnya bila dah kahwin..saling menerima la kelebihan dan juga kekurangan masing2..
bila terjadinya masalah usah menuding jari menyalahkan sesama sendiri..seharusnya berbincang serta berusaha mencari penyelesaian
wallahualam...
cheqna masih bujang..takut gak bila fikir mende2 macam ni..tapi sebagai hambaNYA sapelah kita untuk menidakkan ketentuan dari yang maha esa
salam akhi Zul...
BalasPadammudah2an Allah permudahkan kehidupan kita semua....
segala2nya bermula dgn niat dan keikhlasan...
Salam zul susah nak cakap bender macam ini yang pasti kita sama-sama berdoa semoga dugaan seperti ini tidak terduga utk kita. Pokok pangkal pada hati masing-masing.
BalasPadamSalam buat sdr zul
BalasPadamSetelah berusaha kita berdoa dan tawakkal kerana jodoh sudah tertulis dan panjang pendeknya pun tertulis.Allah maha mengetahui apa yang baik buat hambanya.
bg mak, semakin dunia berubah, cabaran r/tangga semakin kompleks..dulu2 org tua x bnyk sgt cabaran mcm skrg..skrg, fb, chatting, website, taraf sosial...semuanya memberi cabaran kpd pasangan suami isteri. Itu psl bkn hanya kursus je yg perlu. Jati diri yang perlu diperkuatkan..insyaallah..
BalasPadamSalam..
BalasPadamMungkin juga terkesan dari cara perkahwinan itu dibuat yang banyak melanggar batas agama, umpamanya tidak menutup aurat, pemborosan dalam majlis walimahnya, doa yang tidak termakbul lantaran adanya tepong tawar, nyanyian dan sebagainya yang semuanya tidak disyariatkan dalam Islam.
Salam,
BalasPadamSedih bila mengenangkannya.Takdir yang menentukan. Kuharap panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Jagalah hati pasangan anda sebaiknya. Moga jodoh berpanjangan. InsyaAllah.
salam,
BalasPadamsabar menjadi bekal utama dalam sehidup serumah tangga..
Kesimpulannya, jgn hipokrit...
BalasPadamsentiasa jd diri sdiri...
biar org kenal kita sbg diri kita sdiri...
kasih sayang pd rumahtangga semakin berkurangan
BalasPadamsalam bang, harap2 benda mcm ni x terjadi pd rumahtangga lissa..huhuhu..takutnye dgn perceraian...tp jodoh pertemuan semua di tangan tuhan..x boleh nak komen lebih2 pasal ni..=)
BalasPadamSalam
BalasPadamIlmu mendirikan rumahtangga sebenarnya kena belajar...kebanyakan dari kita kurang atau ambil mudah..cukup sekadar beri makan,nafkah zahir/batin tanpa ada yang "extra".yang "extra" inilah penting dalam menjalankan kehidupan rumahtangga kita sehari-harian.
Masa bercinta dan selepas bernikah adalah sesuatu yang berbeza..masa dah bernikah semua "colour" yang selama ini tak nampak akan timbul,satu persatu..
So terimalah pasangan anda seadanya,bawa berbincang,muhasabah diri.
"JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH (R.A), KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI (R.A)" renung2kan lah...
bagi koi mudah nok nyanyi lagu bangau oh bangau daripada mengakui kesilapan dan kealpaan diri.
BalasPadamkomen sahabat kita A Razak patut direnungkan...
Salam...
BalasPadamNauzubillah. Harap2 semua tu tidak terjadi pada kita, insyaAllah.
Biarkah perkahwinan yang dibina itu kekal selamanya.
salam cik zul
BalasPadamsusah nak komen.. tp pada saya, kalau kedua2 pasangan ambil agama sebagai tiang utama untuk mendirikan rumahtangga, semua ni takkan terjadi.agama yg paling terbaik. isteri tahu hadnya sebagai isteri, suami sebagai ketua yg patut tahu membimbing..
cuma doa yang mmpu kita lakukan semoga rumahtangga kita aman bahagia..amin...
Aslmkm Zul.
BalasPadamKak G perhatikan kursus perkahwinan yg diwajibkan itu lebih sekadar 'dressing' saja. Sedih!!!
PALING UTAMA, di dalam rumahtangga:
mesti ada kasih mesti ada sayang;
mesti hormat menghormati;
mesti saling percaya;
dan mesti sentiasa memanjat doa memohon keredhaan Allah SWT utk terus mendapat keberkatan dalam nikmat & rahmat hidup serta kebahagiaan abadi di SANA.
Bila kriteria2 utama ini tidak ada, memang goyah jadinya.
Semoga kita semua terus dirahmati & diberkati, amin.
masih tak melalui lagi kehidupan berumahtangga... tapi harapnye tak mau lah sampai cerai berai ni... mohon dijauhkan dan dipimpin hati ini agar dapat membezakan yang mana intan yang mana kaca....
BalasPadamhuhu
BalasPadamsedihnye bace cite pasal cerai2 nie
Salam Zul ..
BalasPadamIsu global ..
Suami/isteri kena bijak mengatur hidup berkelamin . Jangan ghairah berlaman sosial hingga rumahtangga terabai .. itu semua keasyikan melampau . Fantasi bukannya REALITY ..
note : peringatan utk diri saya sendiri .
kalau dah masuk kes cerai - berai ni takleh nak salahkan laman sosial semata - mata. Kita sebagai pasangan harus berpada - pada ketika online dan jangan terlalu mengikut nafsu.
BalasPadamnak jaga kain sendiri dulu, maklum le yang berlaku tu ujian Allah cakap banyak kang terkena batang idong baru tau langit tinggi rendah.. apa pon pegangan agama menjadik kunci kesejahteraan
BalasPadamtakutnya baca benda2 mcm ni...
BalasPadamkdg2 org ckp benda2 mcm ni utk berhubung n kwn2 alam maya sahaja..
tp klu dh smpai boleh bercerai2..
takut...
minta dijauhkan....
salam zul..
BalasPadamsoal jodoh mmg susah nak cakap..cuma koi setuju bila dikatakan ramai yg hipokrit..sembunyikan diri mrk yg sebenar sblm kawin..ada juga yg berpelajaran/brpendidikan agama tetap bercerai berai juga..
tak boleh salahkan laman sosial sepenuhnya..pokok pangkalnya semuanya terletak pada diri sendiri
BalasPadamSalam Zul...
BalasPadamIni yang takut untuk kawan berkahwin ni..
laman sosial mmg salah satu penyebab pergaduhan bkn saja yang telah berkahwin tetapi juga yang sedang bercinta jika di salah gunakan...
BalasPadamsalam..
BalasPadamisk.. menakutkan....
erm,. tulah keburukkan arus kemodenan.. kecurangan mudah... pada pendapat saya.. sebelum berkahwin kita kena betul2 pastikan yang pasangan kita tu adalah untuk selamanya.. kawin kalau boleh biarlah sekali dalam seumur hidup..
lupa pula saya..
BalasPadammengenai logo tu..
saya buat menggunakan Adobe Photoshop,
dan logo tu di masukkan dalam gambar menggunakan perisian 'visual watermark v.2.9.18 Portable'. Abg zul cuba try download software tu, software tu memudahkan kita utk letak watermark secara banyak dalam gambar..
mcm2 seram je rsnye.... nk kwin ni hu3
BalasPadamsalam,
BalasPadamsedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri yang penting kalau ada masalah besar tu bawak berbincang cari penyelesaian dulu kalau langsung tiada penyelesaian baru la sampai bercerai tapi harus ingat bahawa penceraian tu ialah perbuatan halal yang tidak disukai Allah SWT..
Makna perkahwinan sekarang seolah dah hilang.. Kahwin sekadar kahwin.. Jadi laa macam2 masalah..
BalasPadammungkinkah semakin bijak manusia semakin lemah sifat kerohanian, semua keputusan dibuat atas dasar logik akal semata-mata...entahlah
BalasPadamperkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat...banyak2 bersabar , bertolak ansur , saling menghormati , jaga ke****an masing2 ! dan macam2 lagi ....
BalasPadamKata bapa saya, kes perceraian pasangan muda di mukimnya juga meningkat. Yang sedang dalam proses cerai pun ramai.......sedang semasa majlis pernikahan mereka, kata bapa saya, sungguh gilang gemilang!
BalasPadamSebenarnya keberkatan perkahwinan ini perlu dicari dari proses 'pertunangan' (atau percintaan) tetapi sudah ramai yang tidak peduli. Langgar saja semua batas dan syariat. Saat majlis mengucapkan lafaz sakinah (akad nikah)juga, segala halal haram seperti percampuran bukan muhrim dan dedah aurat sering tidak diambil berat.
Semoga rumahtangga kita sentiasa diberkati....Amin.
salam zul..makcik setuju dgn pendapat cheqna,sdr razak n g..jangan jadi hipokrit,jadilah diri sendiri,buatlah majlis perkahwinan mengikut islam agar mendapat keberkatan n sentiasa bertolak ansur n berdoa agar perkahwinan kita mendapat berkat..
BalasPadamuih. fb punca kawen xde? haha
BalasPadamape nak jadi zaman sekarang ni..
BalasPadammcm-mcm nak jadi...
semoga allah melindungi kita dari perkara2 yg tidak elok...
bila lebih ramai yang suka memegang tiada jodoh antara kita berbanding mempertahankan jodoh yang ada..
BalasPadamsalam aok,
BalasPadamkoi x facebook pong heheheh....
jodoh ajal maut di tangan tuhan
yang buruk itu semua angkara kita manusia
perosak di muka bumi ...
wa! menarik info ni.... :)
BalasPadammel cadangkan 1 perkahwinan..1 facebook..kongsi la dua orang..sah2 menyahut 1malaysia
BalasPadamNew Entry Pawaka19 Dot Com
"Negara Jutawan Fakir Yang Sebenar"
salam abg zul baru kesempatan terjah blog nie...
BalasPadamangah rasa kan .. bab nie kita kena main peranan itu yang penting..
macam angah pun ada gak facebook tapi setiap pergerakkan dalam facebook angah bagi tahu hubby..sebab tak nak dia curang & salah sangka..