Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah
Huraian Dan Pengajaran Hadith:
i) Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.
ii) Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.
iii) Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.
iv) Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya.
v) Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan sentiasa aman dan bahagia.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
**Ada satu kisah yang menceritakan apabila mati seorang isteri itu maka ramailah orang mengucapkan takziah pada si suami tapi si suami pula berkata janganlah di ucapkan takziah tapi ucapkanlah tahniah kerana beliau redha atas pemergian isterinya yang solehah menemui tuhan yang abadi Allah Azza wa jalla.
Isterinya telah menjalankan tugas sebagai isteri yang memenuhi segala tanggungjawab yang di amanahkan padanya.Jadi syurga jua hak baginya.Keredhaan si suami akan membolehkan si isteri memilih untuk masuk ke syurga mengikut mana-mana pintu yang beliau sukai..Wallahualam.
Salam ziarah pagi Jumaat...
BalasPadamSemoga hari anda dilimpahi rahmatNya...
Bertuahnya jd wanita..x byk tggjawab mcm lelaki..
tapi kenapalah wanita yg ramai masuk neraka yer?
Kurang bimbingan dr lelaki ker?
isteri (wanita) perlu taat kepada suami (lelaki)
BalasPadamanak (lelaki) perlu taat kepada ibu (wanita)
Allah Maha Bijaksana menyusun kehidupan makhluk yang diciptaNYA
salam...
BalasPadamabg zul.. err kalau rupa paras tak elok cane ye? membujang sampai tua.. selalu saya fikir pasal tu..
@annfrendly
BalasPadamla Ann..
Allah dah janjikan
jodoh seseorang sejak
dalam rahim ibu lagi..
jadi bertawakal dan
berdoa selalu agar
Allah permudahkan..
***ni sapa la pulak yang tak cantik ni??he he..
Salam Zul ..
BalasPadamSaya berharap sangat .. SAYALAH WANITA seperti yang dinyatakan .
Tak dapat banyak .. dapat sikittttt pun jadilah . kannns..
salam pagi Jumaat..
BalasPadamN3 yg menarik tuuu ,mohon cedok arrr ...mudah2an ummi dpt memperbaiki diri dan mendidik 4 anak dara menjadi insan yg baik...
teringat satu kisah ...
si suami yg kematian isterinya , setiap hari ziarah n menyiram kubur isterinya .
bila dipuji sikapnya ,lalu di jawab : isterinya berpesan sekiranya dia meninggal dahulu , kalau nk kahwinpun tunggu ler sampai kubur dia ditumbuhi rumput dulu ... tu ler dia dtg siram air hari2 ... he he he
subhannallah :)
BalasPadamsemoga dipimpin hati menjadi wanita yg solehah kelak. insya'allah :D
salam cik zul
BalasPadamtrima kasih berkongsi tazkirah di hari jumaat
buat peringatan utk saya yang selalu lupa
bila la sy akan menjadi seorang isteri... ;)
BalasPadamSalam hari Jumaat juga zul..
BalasPadamSemoga ceria sokmo.
teringat kes pegawai PTD mati dlm latihan tue...entri sdra zul kali ini sangat berlainan sekali..tahniah ya :-)
BalasPadamRenungan yang baik untuk pagi jumaat ni.t.kasih bro!
BalasPadamsuka baca kisah tue... pada zaman ini masih adakah isteri yang mampu melayan suami nya tanpa suami berasa kecil hati padanya...
BalasPadambeshnye , harap sgt dapat jd isteri solehah , Amin :)
BalasPadambila la aku ni leh bertemu kekasih yg boleh menjadi isteri sebegini...wallahualam...
BalasPadamberat tul tanggunjawab koi nih, isteri buat dosa kita tanggung, anak buat dosa kita tanggung, dosa sendiri lagik
BalasPadamgaji isteri, isteri punya, gaji suami isteri punya juga
haddoiiiiih
salam,
BalasPadamsuami isteri itu saling melengkapi..
syurga si isteri berada di telapak kaki suami..;)
BalasPadamNew Entry Pawaka19 Dot Com
"Sanggup Berkampung Demi Selebriti Twilight Saga Eclipse"
Salam EN Zul,
BalasPadamRasanya dah cuba sedaya upaya menjadi isteri yang baik tapi tak tahulah penilaian suami macam mana ya. tak tahu apa dalam hatinya.Azam menjadi isteri yang lebih baik dan mithali.
abg zul kalau rupa para sederhana bagaimana lak??? ya allah terharu angah baca n3 abg zul kali ni..
BalasPadaminsya allah angah jadikan ia sebagai pegangan utk yg bergelar suami...
info yg baik utk hari jumaat thanks
salam ...bertuah nya saya juga isteri.... kena usaha lebih untuk jadi isteri mithali dan diredhoi suami nih.....semoga suami saya redho dgn saya...
BalasPadamsalam en.zul..
BalasPadammenarik kisah tu..alangkah seronoknye kalau saya menjadi wanita tersebut...
hari tu ade tengok ceramah kat tv.dia kata,wanita2 yang sudah berkahwin yang mengelap lantai rumah pon diberi kelebihan olehNya seperti mengelap lantai masjidil haram! masyaallah..besarnye rahmat yang allah bagi kepada wanita.. :)
BalasPadamwah! menarik info kali ni... :)
BalasPadamsalam zul..alhamdulillah kerana daku seorang isteri:)
BalasPadamsalam...
BalasPadamterkesan dihati membace entry en zul yg satu ni...
semoga Tuhan beri kesempatan utk merebut anugerah dan ganjaran yang disediakan sbg seorang wanita.....
salam,
BalasPadamalhamdulillah semoga semua muslim dan muslimah mendapat manafaat di atas perkongsian yang amat berfaedah ini...syabas bro
masih banyak kekurangan diri.. namun terasabagai sesak di dada untu memperbaiki.. mungkin godaan syaitan yang membisik antara wanita dan lelaki sama haknya..
BalasPadamdoa saya.. suami saya redha dengan kekurangan saya..
Salam..
BalasPadamsesungguhnya Allah telah menetapkan yang terbaik buat setiap hambaNya..
good info.. keep sharing..
p/s: pestime komen sini..lps ni nak komen sini lagi laa..hihi