Mimpi Dan Ramalan Menurut Islam





Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya: ”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar.

Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu).

Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang.

Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”[Muslim]



Huraian:

Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk.



Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya.

Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan.

Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan.

Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha.

Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail, "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102). Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan.

Allah menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas.

Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya yakni nabi Ya'qub,"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku".   (Yusuf: 4).

Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak.

Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan.

Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Julai 27, 2010

14 Komen:

  1. aku mimpi dapat dwet berbuntil-buntil...tapi x dapat pun..

    BalasPadam
  2. salam,
    info yang menarik ni, lately saya ni jarang bermimpi, pasal selalu tido lewat, mimpi tak sempat nak start dah subuh hehehe

    BalasPadam
  3. Salam sdra...

    Moga sdra sihat di sana..

    Hadis riwayat Abu Qatadah, ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Mimpi baik (rukyah) itu datang dari Allah dan mimpi buruk (hilm) datang dari setan. Maka apabila salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan hendaklah dia meludah ke samping kiri sebanyak tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatannya sehingga mimpi itu tidak akan membahayakannya. (Shahih Muslim No.4195)

    BalasPadam
  4. salam,

    dah lama juga tak bermimpi
    alhamdulillah....
    dulu2 pernah juga bermimpi2, mungkin kerana yg no 3 di atas juga pernah mimpi seram mungkin yg no 2 diatas.
    akan adakah mimpi no 1?
    insyaAllah...

    terima kasih aok. semoga sentiasa diberkati allah swt selalu. amin

    BalasPadam
  5. salam cik zul

    baru2 ni hana bermimpi di satu keadaan nampak semua harta2 aset di dunia spr kereta, basikal, motor diangkat terapung2 di langit..

    awan sgt tebal gelap dan bergumpal2..

    subhanallah, saat tu hana rasakan bagai dunia mahu kiamat..

    sgt insaf..

    sama2lah kita jadikan peringatan..

    BalasPadam
  6. salam

    x pernah dapat mimpi dipatuk ular...
    huhuhuhu

    BalasPadam
  7. salam abg zul

    cakap pasal mimpi malam tadi angah mimpi di kejar ular apa tanda yerrrr....

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    Saya kalau badan sihat jarang bermimpi melainkan yang baik2 belaka, tapi kalau badan tak sihat macam2 mimpi yang tak menyenangkan, bangun tidur terus buat macam yang Ustaz Abd Razak katakan, lepas tu mohon Allah jauhkan dari keburukan dan kecelakaan...

    BalasPadam
  9. kecik2 dulu asek mimpi hantu je. mungkin sebab di sogokkan dengan cerita org tua, sampai bawak ke tido. hihihi.

    BalasPadam
  10. saya ada mimpi dgr sora suruh baca al-mulk.

    BalasPadam
  11. Salam bro.
    Artikel yg bermanfaat.

    Kalau mimpi basah kateogri mana? hehe. main2 je bro.

    BalasPadam
  12. thanks fer zee info :D

    BalasPadam
  13. @Affan Ruslan

    (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang.

    BalasPadam