Kes Ragut Perlu Penyelesaian Segera



Salam semua..banyak betul kes ragut kebelakangan ini..baik di jalan mahupun di tempat kerja..di sini ada satu  tip bagaimana nak menghindari peragut terutama apabila kita di ragut di dalam lif.





Kes Ragut Terbaru

SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, Rabu selepas mengaku bersalah meragut beg tangan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara pada minggu lepas.

Hakim Latifah Mohd Tahar memerintahkan Hairul Azuan Abdul Rahman, 33, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 15 Julai lepas.

Dia didakwa meragut beg tangan Juliza Jamaluddin, 23, yang mengandungi dompet, sebuah telefon bimbit, kad pelajar dan lesen memandu serta kad pengenalan di Jalan Persiaran Raja Muda, Seksyen 3 di sini pada 8.15 pagi 15 Julai.

Menurut fakta kes, Hairul Azuan bertindak meragut beg tangan Juliza yang sedang dalam perjalanan ke kampusnya dengan menaiki motosikal.

Tertuduh yang juga menunggang motosikal melarikan diri sebelum pelajar itu bertindak mengejarnya dan melanggar motosikal tertuduh menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh dari motosikal masing-masing.

Hairul Azuan, yang cuba melarikan diri, bagaimanapun diberkas oleh dua anggota polis yang terdengar jeritan meminta tolong daripada Juliza. - BERNAMA


Pengajarannya di sini..jika boleh kita bertindak,cuba lakukan sedaya upaya asalkan tidak membahayakan diri sendiri dan orang sekitar..contoh pelajar UITM itu beliau mengejar dan melanggar sebenarnya agak ekstrem,tapi tak salah mencuba..yang penting di masa yang sama beliau menjerit secara tak langsung menarik perhatian orang lain untuk membantu..terbaik sekali belajar ilmu mempertahankan diri seperti gambar di atas..he he.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Julai 22, 2010

44 Komen:

  1. salam...suke tgk pic atas tue..berani wanita tue kan

    BalasPadam
  2. wah...mmg berani la ppuan tu....
    n nasib baik la dia xape2...

    BalasPadam
  3. Salam sahabat..

    Moga sihat hendaknya..

    Pernah terserempak kejadian peragut dilanggar orang awam dengan kereta kerana meragut rantai emas seorang perempuan. Selepas tu, tengok peragut tu kena belasah hingga parah.

    BalasPadam
  4. Sebenar kita kena selalu kena berhati2 sebab malang tak barbau soal keselamatan diri kena selalu dititik beratkan.

    BalasPadam
  5. sebab tu saya cukup takut bawak handbag bila keluar jenjalan.....kalau ada hubby bersama boleh la saya bawak....

    BalasPadam
  6. bringat sebelum kena...
    tapi cheqna sedih..ada jugak kaum hawa ni yang masih galas handbag ketika naik motor..macam tak kisah langsung dengan keselamatan diri..

    BalasPadam
  7. hehe..takut nk tgk video tu memula, rupanya lawak la plak..bagus juga kalau semua perempuan ada ilmu pertahanan diri kan :)

    BalasPadam
  8. salam,
    teringat kes dimana si mangsa mengejar peragut dan akhirnya maut...

    BalasPadam
  9. kalau buat berani sangat pun bahaya juga. ramai jugak orang yang kena ragut mati atau cedera akibat di tikam oleh peragut.

    BalasPadam
  10. saya tulis beritayg sama tapi isi yg berlainna.
    akhbat atas talian gunatajuk 'penuntut yg di penjara'

    apa keskan?

    BalasPadam
  11. Walau apa pun yang kita buat, keselamatan diri kita perlu kita letak di tempat yang paling utama..

    BalasPadam
  12. Ya Allah..selisihkan lah malaikat 44 dgn case2 cenggini!

    BalasPadam
  13. pengawal keselamatan tu..

    BalasPadam
  14. salam,

    hebat la pompuan tu buat suplex pastu kena kira 1,2,3 cam wrestling tu hehe..

    BalasPadam
  15. abg zul apa yg penting kita kena pertahankan diri kita tu yg penting

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama22 Julai, 2010

    Salam,

    Berhati-hati lah lelaki juga tidak terlepas dari kes ragut ni...

    BalasPadam
  17. lepas ni kena gi belajor ilmu mempertahankan diri lah, semakin hari semakin banyak kes ragut ni..

    BalasPadam
  18. graduan uitm memang hebat2 pun.



    hihi.

    BalasPadam
  19. salam, betul jugak tindakan gadis tu, peragut ni bukan jenis yang serik

    BalasPadam
  20. salam bang, saya pernah jadi mangsa ragut..and until now i'm phobia dengan bunyi motor yg dekat dgn saya..

    BalasPadam
  21. tindakan berbaloi... banyak juga yang kantoi masa kejo tu, fikir-fikir le mana yang patut

    BalasPadam
  22. salam otai..
    kagum dgn perempuan tu.mesti pengaruh WWE(gusti) ni.pepun pihak berkuasa kena fikir,adakah kaedah penguatkuasaan/hukuman yg diperuntukan dlm Kanun Keseksaan(KK) selama ini berjaya mengekang/mengawal/mendidik @ sebaliknya....@ tip-tip agama sebagai penyelesaiannya...
    -dah banyak negara diluar sana yg mengambil intipati agama dlm membendung segala kebejatan sosial yg melanda kini

    BalasPadam
  23. takut sgt kalau jadik benda ni..as perempuan,mmg mintak simpang la..

    BalasPadam
  24. salam
    apa2pun keselematan diri lagi utama.. bila bertindak pun.. buka selalu kejadian memihak pada kita.. kesian pada mereka yang menjadi mansa dan terkorban..

    BalasPadam
  25. *keselamatan

    *bukan

    *mangsa

    ish3

    BalasPadam
  26. Bila berjalan sendirian, rasa bimbang tu tetap ada. Babak2 cemas begitu tak boleh dijangka...kadang2 ada segala ilmu silat silambam ke, karate do ke, kallari payat ke...tak guna juga kalau panik.

    BalasPadam
  27. takutnya,suka gambo atas tu, pompuan sgt ganas, eehehhe, bahaya sungguh skang ni

    BalasPadam
  28. huhu baler..wrestling te..

    BalasPadam
  29. salam en.zul..nak komen ni hehe
    boleh tahan wanita dalam lif itew..
    moga dijauhkan perkara sebegini..

    BalasPadam
  30. woi.. ha kau.. baru kena gusti!.
    Hati-hati selalu..
    Jangan simpan barang berharga didalam beg tangan, letak alat solek je dah. kalau kena ragut juga biar dia solek puas2 ngan gincu tu.. he..

    BalasPadam
  31. Salam...

    Bahaya tu...
    Risau jgk kalau kluar sorg2 ni...
    Maklum la perempuan. Walaupun ada ilmu karate sikit2, kalau dah gabra/terkejut/panic, ilmu tu pun tak berguna.....

    BalasPadam
  32. Salam sejahtera

    Beringat sebelum kena.Memang elok sangat belajar martial art.Susah juga kena simpan barang mustahak ditempat lain selain beg tangan disebabkan takut kena ragut. Allah juga yang maha mengetahui hukuman terbaik untuk pencuri.

    BalasPadam
  33. hebatnya ppuan kt dlm lif tu.

    BalasPadam
  34. padan muka ... patut berita ni jadi berita muka depan dan highlight kat news di tv...biar semua sedar....

    BalasPadam
  35. salam..
    memang agak ektreme la langkah itu..
    boleh dilakukan asalkan tak membahayakan diri..
    agaknye perempuan tu geram sangat kut sampai langgar peragut tu.. hehe

    BalasPadam
  36. takut jugak kes-kes ragut ni..di mana2 saje boleh berlaku...huhu

    BalasPadam
  37. budak pompuan ni berani gak ye, nasib le org tu tak cederakan dia pulak

    BalasPadam
  38. salam..
    ks ragut tak pernah surut.. nak bawa beg pun takut..
    isk.. nasib baik pelajar uitm tu tak apa2..peragut pun dapat tangkap..kira dia seorang pelajar yang berani.

    BalasPadam
  39. last few years pernah ada kes mcm nie, budak yang kene ragut tue kejar jgk, tp malang.. dorang sama2 xcident.. salah sorang perangut mati tempat kejadian n lagi sorang luka parah.. n mangsa ragut patah tulang punggul.. sakarang mengalami kecacatan kekal.. sian betul.. tp dia puas hati.. She is my fwen sister..

    BalasPadam
  40. kes ragut ni memang tak leh abis!

    BalasPadam
  41. Masalahnya; bila kena ragut, mangsa panik. Tak sempat fikir, peragutpun dah cabut.

    BalasPadam