Salam semua,
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
salam jumaat :) banyak fadilat bila solawat ari jumaat :)
BalasPadamterima kasih berkongsi ilmu..
trime kasih atas peringatan ini..memang ia akan menimbulkan keinsafan
BalasPadamSalam..
BalasPadamhari jumaat hari yang sangat sibuk.. maka jangan la dilalaikan dgn kesibukan itu.. ;)
salam akhi Zul...
BalasPadamsyukran jaziilan....
JANGAN marah akak cedok info berguna ni ...
Salam sdraku,
BalasPadamMoga sihat hendaknya..
Semuanya menuju kepada kebaikan dan semoga kebaikan yang kita lakukan mendatangkan keampunan dari Allah SWT dan kasihan belasNya
Terima kasih zul suatu ingatan JANGAN yang amat bermanfaat utk kita bersama. Terima kasih.
BalasPadamtima kasih atas khutboh jumaat ni, tak dan kawan nok publish elok juga memanjangkan nasihat yang baik untuk pedoman kita sema
BalasPadamSalam Jumaat,salam ziarah!
BalasPadamNasihat yang sangat berguna,tang mata liar tu,mmg dah sekali pandang dah,eh..eh mata ni nak pandang lagi..hmmm
salam,
BalasPadamJANGAN serik update blog dengan dengan posting menarik! Tahniah!!!
bagus nasihat ni. jangan lupe kita hamba yang lemah.
BalasPadamSalam En Zul,
BalasPadamTeguran 'jangan' yang boleh menyelamatkan kita semua.
salam jumaat...
BalasPadaminsyaallah...dan terima kasih atas nasihat2nya... ;)
Salam pagi jumaat...
BalasPadamPeringatan yang cukup bermakna dalam hidup kita.
Thanks...
salam jumaat... :)
BalasPadamabg zul ada 1 jer lagi yg abg zul tertinggal..
BalasPadamJangan kawen lebih dari 1 kerana kesian ngan wife kita dia tak sanggup bermadu.. hehehe gurau2 di hari jumaat ye abg zul...winkkkkk im happy
salam jumaat, perkongsian yg amat berfaedah sekali..jangan tunggu lama-lama hehehe :D
BalasPadamsalam jumaat..
BalasPadamPeringatan JANGAN yang baik!
BalasPadam:)
TQ
salam Jumaat. Salam hujung minggu!
Salam Zul ,
BalasPadamMoga sihat bersama keluarga ..
Peringatan yang bagus.
bagi saya yang selalu alpa .
Salam...
BalasPadamJANGAN benti bg tazkirah lg yek.. ;)
bro,
BalasPadamterima kasih atas ingatan
i copy this and paste it in my fb
Salam jumaat...
BalasPadamslm
BalasPadamtq mengingatkn hehe... kdg2 ade je yg koi terlanggar jgn tu... =)
Semoga kita dirahmatiNYA
BalasPadamJANGAN tak komen.. ;)
BalasPadamsalam zul,
BalasPadamterima kasih kerana ingat mengingati sesama makhluk Allah.
jangan, ... janganlah kau geram.
BalasPadamsalam Zul..terima kasih atas ingatan yang amat bermakna ini.
BalasPadamsalam zul..terima kasih berkongsi ilmu..semoga zul dan keluarga mendapat berkat dari Allah.
BalasPadamJANGAN SEKALI-KALI MEMUTUSKAN TALI SILATULRAHIM. NANTI UMUR PENDEK.
BalasPadamTapi kenape ye selalu yang jangan ni laa orang suke nak buat kan.. Hmmmmm..
BalasPadamsalam en zul,
BalasPadamjangan tak baca :)
salam...
BalasPadambagus.. semua ni berguna untuk kita semua.. maklumlah kekadang saya pun lalai... makan pun terlupa baca bismillah.. bila dah geget makanan baru teringat.
salam..
BalasPadamthanks sharing :)
salam
BalasPadamjangan baca sahaja nasihat berguna ini, amalkan dalam kehidupan
thanks - nasihat yang sangat berfaedah