Salam semua.. Memandangkan minyak petrol baru sahaja naik harga semalam,maka ramailah yang mengeluh.Tak kurang juga yang menyumpah..he he..tak baik woo..life goes on..Di sini saya nak bagi sedikit 'tips' buat sahabat semua..nampak remeh tapi berbaloi.
Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya.
Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.Maklumlah minyak kan mahal sekarang..he he.
Tapi awas sahabat! Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat sebarang karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark'). Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi.
Dinasihatkan:
Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah berhenti mengalir.
Beginilah bahananya jika terjadi letupan di stesen minyak..sekadar nasihat dan renungan buat rakan sekalian..Wassalam.
ooo...
BalasPadammcm tu ye...
bahaya juga tp ramai yg xtau...
trima kasih kerana share info ni.. ;)
Salam zul moralnya biarlah rendam lelama sikit jangan main angguk2 tak pasal hehehe... Terima kasih info yang berguna juga nie.
BalasPadamsalam ziarah.
BalasPadamoh baru tau ni.
thanx 4 sharing! :)
Salam..
BalasPadamMoga sihat hendaknya..
Terima kasih atas info ini..
Kiranya takyah ketoklah nozzle tu erk..
Static electricity pun boleh menyebabkan api..
Selalu dipesan tapi ku tengok kat stesen minyak ramai gak yg mengetuk.. Even pakcik2 dan abang2 yg tukang tuangkan minyak kat stesen minyak. Huhu..
BalasPadamSalam..
BalasPadamkawan Ustaz Love dulu siap angkat hos getah minyak tu.. untuk mengeluarkan baki minyak dalam hos.. rugi rasanya.. hehe
salam en. zul,
BalasPadamluak ke setitik dua minyak tu?
betul2 tu, nanti menjadi bahaya. harga minyak pon jangan la ketuk tinggi sgt, hahahha! :)
BalasPadamwaa..baru dpt tahu ni..nasib baik tak pernah buat mcm tu..tq info
BalasPadamSalam sdr. zul,
BalasPadamTerima kasih infonya.Have a great weekend.
bgs info ni..mijie bru tau..bhya jgk 2..nmpk perkara biasa je..
BalasPadamsetuju2..koi dulu selalu buat cenggitu..huhu
BalasPadamwuih bahaye betoi yek. baiklah pasni tak buat dah. hehee
BalasPadamSalam
BalasPadamooo yeke...
koi salu wat gitu..hehe...
Salam....
BalasPadamIngatan yg cukup bermakna sbb aku pun selalu ketuk2 benda tu supaya titisan minyak terakhir cepat turun ke dlm tangki.
Terima kasih atas ingatan itu. InsyaAllah, tidak akan ku amalkan lg ketuk2 tu...
wah... tak perasan pula.. selalu main ketuk ketuk je.. bahaya..
BalasPadam"info + Cinta + Rindu" = www.pengeRindu.com
Betul tu...
BalasPadamTak pernah terfikir pun...
Na'uzubillah.
salam
BalasPadamsebab nila setitik, rosak susu sebelanga
sebab petrol setitik, rosak sebuah kereta
Salam..
BalasPadamowh..
baru tahu laa..
bahaya rupanya...
salam
BalasPadamthanx for sharing :)
betol gak bro koi..pttla bila sy tengok ada kereta terbakar..mujur tak meletup
BalasPadamNew Entry Pawaka19 Dot Com
"Mak Aii! Kerusi Tajam Yang Kedekut"
betul tu saya setuju, jgn ketuk sebab flash point untuk petrol adalah rendah, terlupa pula berapa, jadi bila dah terdedah kepada suhu luar
BalasPadampastu bila ketuk kalau terjadi spark walau kecik boleh bahaya oo
Aslmkm Zul.
BalasPadamSo far Kak G lihat tak ada pulak yg buat macam tu. Agaknya semua tak kisah.
salam bro,
BalasPadamdulu selalu jugak ketuk2 hose tu konon tak nak bazirkan minyak, lepas tu bila ada org bagitau baru tak berani ketuk2 sekarang ni hehehe
saya walaupun dah niat tak nak ketuk-ketuk. tapi kadang-kadang terlalai jugak. biasanya sebab nak cepat. :D
BalasPadamsalam...
BalasPadamisk.. kalau abg zul tak buat entry ni, saya tak tahu pun.. selalu kalau isi minyak saya mesti ketuk-ketuk sebab abang saya yang ajar wat camtu.. dia cakap rugi..
nanti nak kena bagitaw abang saya gak ni.. bahaya..
salam..
BalasPadambahaya kan, kalau fikir balik betul juga, bila bergesel berkemungkinan akan mengeluarkan api. thx for info ni yek..
Terima kasih atas info yg bermakna. jujur, saya baru tahu ttg ni bla baca entry ni
BalasPadambetol tuh. jgn picit2 gak trigger nozzle tuh. boleh ade spark gak kt situ.
BalasPadamsyukran atas nasihat itu... ^_^
BalasPadammemang ramai yg suka ketuk nozel tu. rasanya pihak stesen minyak kena letak tanda amaran
BalasPadamooo ye ke abg zul angah tak tahu pun biasa angah kalau isi minyak.. kalau lambat angah mesti ketuk ooo thanks ye abg zul angah baru dapat info
BalasPadamSelalu jga buat,lepas baca info ni tak buat lagi... kang x pasal-pasal rentung
BalasPadamTerimah kasih, info yg baik punya..dtmpt sy setiap kali aku p isi minyak semua bt mcm tu... takut bila dah tau ni.....
BalasPadam