Cina Kata Katak Rasa Macam Ayam




Salam semua..heboh bulan Mac lalu berkenaan mee goreng yang ada kaki katak dalam  resepi masakan mereka..saya bertanyakan rakan-rakan cina di tempat kerja..nak tahu apa jawapan mereka??Memang ada resepi begitu..kaki katak memang sedap di masukkan dalam mee..daging katak pula rasanya seperti daging ayam..ermmm,kembang tekak saya..jadi betullah resepi yang ada dalam menu sebuah restoran kopitiam terkenal di lembah kelang ni memasukkan katak dalam resepi mereka.

Kopitiam ni menurut sumber yang saya dapat dari setiausaha agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Maamor Osman katanya restoran ini hanya mendapat sijil halal untuk resepi kopi mereka sahaja bukannya menu yang lain..selama ini saya tengok dah berapa ramai orang islam kita beratur makan kat restoran tu...alahai..simpatinya..hari ini dalam berita TV3 mangsa yang terkena kes ini dah memfailkan saman di mahkamah,inginkan penjelasan dari pihak restoran.

KUALA LUMPUR 19 Mac Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu. Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut. Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut. Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut. Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan. Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan, katanya di sini hari ini: [SUMBER]


Moralnya bila nak makan di sesebuah restoran yang bukan kepunyaan orang islam,cadangan saya baik tak payahlah..ramai lagi pengusaha restoran islam yang nyata halalnya..kenapa nak ambik risiko makan di restoran yang tak tentu keseluruhan halal haramnya..?Ada satu restoran yang bernama sempena "benda paling pedas" di KLCC yang begitu jelas menawarkan arak dalam menu restoran mereka..orang melayu islam kita saya lihat sampai beratur menunggu nak makan di sana..apa nak jadi ni??Wallahulam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Julai 23, 2010

36 Komen:

  1. saya rasa geli geleman bila criter ni disiarkn dalam berita tv3 tadi.

    Kesimpulannya, sensitiflah dalam soal pemakanan. Carilah yg benar2 halal. punyalah berlambak kedai makan milik orang islam. lagipun status kebanyakkan kopitiam di malaysia adalah diragukan.

    BalasPadam
  2. jangan menyangka setiap kopitiam itu membawa "trademark" halal...
    nama sahaja kopitiam, hati-hati...

    macam di tempat saya, hanya pekan kecil, ada satu restoran cina pakai nama kopitiam, lepas tu ada satu hari saya terperasaan ada seorang melayu tengah minum-minum di dalam restoran tu...

    memang saya tahu bahawa restoran tu restoran orang cina, jual makanan yang tak halal, orang tempatan pun tahu,tapi ada pula orang melayu yang sanggup menjamu selera di situ

    pelik-pelik, pakaiannya pun macam datang dari bandar-bandar besar, gayanya pun macam orang bandar, kalau orang Islam tempatan memang tak pernah berkunjung ke kedai tu, apatah lagi makan, dia ingat setiap kopitiam tu halal ke? takde kedai makan lain ke? sedangkan banyak lagi kedai makan dan restoran Melayu dan Islam di situ...

    BalasPadam
  3. Org bukan islam amat tidak faham apa itu bersih halal dan suci jadi tidak mustahil perkara ini yang memunahkan org islam kita.

    ** lebih sedih org islam kita sendiri terkadang tidak sensitif akan perkara seperti itu, apatah lagi bangsa lain.

    BalasPadam
  4. yakk!..geli..adake rasanya macam ayam..mmg selera tekak pelik.

    Motokarok Blogspot

    "Perodua Myvi Pink LE"

    BalasPadam
  5. Setuju dgn en yassin .

    Jangan ambil mudah bab makanan yang diragui halal. Penting utk pembersihan hati dan jiwa .

    BalasPadam
  6. yang tak halal pun ada yang main terjah jer.. ini kan yang ada sijil halal tak tahu betul atau tidak.. atau menyeluruh yang bagaimana..

    tak sanggup nak kongsi cawan dan pinggan..

    BalasPadam
  7. hmmm masak sendiri pastinya sedap,memang ditanggung halal:) dan pastinya jimat.Makanan kat Kopitiam harganya tak boleh tahan:).Masak dirumah dengan penuh kasih sayang.Insyallah:)

    BalasPadam
  8. Salam,

    Pernah kecoh dulu,JAKIM kata ada sedikit sahaja kopitiam yang ada sijil halal so berhati-hatilah.

    BalasPadam
  9. salam
    restoran orang Islam lagi perlu kita pilih siapa tukang masaknya
    inikan pula restoran bukan Islam yang tidak menjadi tanggungjawab mereka menyediakan makanan halal
    ...semua perlu sedar bahawa mereka bukan Islam
    'tak mati kalau tak makan sehari'

    simpati dengan pelajar tu
    tapi dia juga perlu sedar di mana dia mencari makanan

    BalasPadam
  10. Cina kata katak rasa macam ayam...? iye ke...? Tapi semalam katak kata cina rasa macam ayam...ishh.. mana satu betul nie...

    heheee

    salam perkenalan dan maaf sbb masuk tak beri salam... cantik la sampan atas tu... pinjam 4 hari boleh sheikh..?

    BalasPadam
  11. ish2.. teruknya kalau mcam nie ..was2 jadinya..

    BalasPadam
  12. salam..
    ang zul.. ada member cha ya nun alif saya pun cakap.. katak rasa macam ayam.. tapi dia cakap katak lagi sedap dari ayam.. manis.. erk.... dorang makan utk cantikkan kulit..

    erm.. betul lsh saya pun tengok restoran yang abg zul cakap tu selalu beratur panjang.. kebanyakkan melayu suke makan kat situ.. harga makanan cekik darah pulak tu.. tak berbaloi.

    BalasPadam
  13. salam zulkbo,
    citarasa manusia dekad ini di luar kotak pmikiran biasa..apa yg dilarang itu yg dicuba. laa ni sukar nak caya halal haram makanan di mana2 pun. makanya kenalah lbh teliti..

    BalasPadam
  14. ni yg dkt oldtown kopitiam tu kan

    BalasPadam
  15. selamat... sy mmg x mkn restoran bkn islam ni tp klu minum pnh la...

    BalasPadam
  16. Salam...

    Dunia hari ini kita perlu berhati-hati dengan perkara pemakanan. Kadangkali ada bahan yang tidak halal digunakan, tidak menepati apa yang telah pihak Jakim senaraikan dalam kelulusan utk mendapat Logo Halal.

    BalasPadam
  17. memangle tak mau makan mee ada katak..yucks!

    BalasPadam
  18. saya tak pnh layan kopitiam nie huhuhuh

    BalasPadam
  19. salam,

    itu x heran zul. yang lagi herannye bila makan rase telo....tapi dalam menu xde pun telo.....?

    BalasPadam
  20. Salam.

    Cahaya-Bagaimanakah rupa kebesarannya? Jom kita menghayatinya bersama! ^_^

    BalasPadam
  21. Salam...

    Rasa loya tekak....nak muntah pun ada bila terbayangkan kita dihidangkan dgn katak.
    Tak sanggup rasanya nak makan kat luar jika belum pasti kebersihannya.
    Sayur yg tak dibasuh pun kita tak lalu nk jamah,apatah lagi benda yg tak halal?

    BalasPadam
  22. salam,
    mas tau... mas tau... Chilli's kan? :)

    BalasPadam
  23. kan ke orang kata tak halal? dedulu orang mlayu geli geleman nak minum kat kedai cina, sekarang ubah sikitje deco melambak orang mlayu lepak situ... sentimen dah hilang

    BalasPadam
  24. eeeeeeeee meremang bulu tengkok....

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum,

    Selagi masih ada kedai makan orang Islam, tak payahlah makan dikedai makan orang yang bukan islam, walau pun ada tanda halal...

    BalasPadam
  26. salam.. ish mmg betul la.. dah sah2 salah ko sape suruh g kedai orang cina pastu nak saman plak.. ish2 pelik betul orng melayu ni suka sgt g makan restoren cina... kopitiam byk sgt cina punya gi jugak ..langsung tak sensitif

    BalasPadam
  27. salam, moral of the story bagi saya kena elakkan dari memasuki kedai yang dikendalikan oleh non muslim walaupun ada logo halal terpampang, pasalnya bukan tiap2 hari penguatkuasa boleh dok perhatikan apa yang deme tu dok masak kat dapur

    BalasPadam
  28. salam zul..
    Kembang tekak aku ..ishhh!!! diaorang ni pun satu byk kedai muslim yg gi situ wat apa..apa yg special sgtnya kat kopitiam ni ekk..

    BalasPadam
  29. buerrkkk... geli geli man aku.. huhu

    BalasPadam
  30. Resipi baru kaki katak ni..?..

    BalasPadam
  31. ye lah kalau betul kata abg zul yg penting kita kena berhati2 & waspada kan???? eee seram la pulak

    BalasPadam
  32. Tanpa Nama23 Julai, 2010

    Aslmkm Zul.
    Keadaan ini sudah lama hadir ... itulah yg Kak G katakan masaalah orang Melayu! Antara yg nyata:
    - mengaku pahlawan tapi sawan
    - mengagungkan keris tapi kuasa terhakis
    - mudah teruja & sering terlupa
    - selalu saja Melayu terkeliru!
    Begitu ramai orang Melayu kabur tentang hukum Islam, sebab itu mereka sering ke lubuk & tenggelam!
    Kes ini dikatakan seperti terjebak! Semoga mereka mengambil tindakan sewajarnya.
    Tetapi di waktu yg sama, semoga rakyat peka tentang gejala yg berada di depan mata! Kuasa berubah ada pada kita!

    BalasPadam
  33. byk sgt dah kopitiam..tapi sayang kan,orang melayu takde pulak nak bukak kopitiam..

    BalasPadam
  34. eh! biar btol katak rasa ayam??? pelik jgk... hmm..

    BalasPadam
  35. oh! saya ada kawan berbangsa cina yang kata rasa katak macam rasa ayam jugak. tak tahu la kan, sebab saya sendiri tak berselera tengok katak. :)

    BalasPadam