Ini gambar yang saya snap sewaktu hujan renyai-renyai di hadapan KLCC semalam,bukan mengata sesiapa..sekadar renungan kita bersama tentang kebenaran hadith Nabi Mohammad SAW yang diriwayat Muslim.Agak kurang bermutu kualiti gambarnya kerana menggunakan talipon bimbit murah sahaja.
Hukum memakai tudung bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun wanita tersebut wajib memahami bahawa memakai baju ketat, pendek, singkat dan jarang bukanlah termasuk dalam ajaran Islam dan tidak termasuk dalam kategori menutup aurat yang sebenar dalam Islam.
Terdapat hadith Nabi Mohammad SAW yang menyatakan.."Akan berlaku pada akhir zaman, wanita yang memakai pakaian tetapi bertelanjang, kerana pakaiannya yang jarang sehingga nampak auratnya" - Hadith Riwayat Muslim.
Perempuan yang berpakaian sedemikian pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada hadith Nabi SAW tersebut yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetengah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.
Maka di sini 'BERTUDUNG TAPI MEMAKAI SKIRT '??Jadi hakikatnya tiada beza dengan gadis cina yang berjalan sebelahnya.Moralnya di sini jika nak bertudung lakukan seikhlasnya jangan ada sebab yang lain, melainkan hanya takutkan Allah dan azabnya..renung-renungkanlah..Wallahulam.
salam zul
BalasPadamTudung zaman skrg dipakai hanya sebagai fesyen
salam
BalasPadamastaghafirullah...
hurm..ntahlah....mungkin betul kot kata encik ozzy tu..bertudung semata2 kerana fesyen..
mintak jauh la semua tu...
itu org jepun kot..org Jepun suka pakai stail mcm tue..bukan ape, cume berprasangka baik je huhuhuhu...
BalasPadamsalam..
BalasPadamsy pelik juge tgk org dlm pic tu..i mean, die blh pkai tdung..kire ok gak la tdung die tu..alih2 kt bwh pkai skirt lak..isk..mcm xmasuk akal je..janggal..
salam bro :)
BalasPadambenci kalau ada perempuan yang anggap tudung itu fesyen, pakai skirt tapi bertudung, konon minah saleh la tu, benci...
alahai..tudung da cantik, kalo pakaian pon bersesuaian..lagi la cantik. Pernah gak terjumpah gadis kita di uptown pakai lebih kurang camni, bila kita tegur.. dia tarik muka. apo nak buek..
BalasPadamhe2..pakai baju pn yg ketat2..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamkalo dia seorang muslimah...memang tak patut memperagakannya...mungkin jepon kot...macam kata sahromnasrudin.
BalasPadamwah ini malaysia ke? klau negara lain..lain citerle sbb mahzab lain2..papepun..aurat wanita tu..tetap dari atas sampai bawah..kecuali muka dan tangan
BalasPadamFenomena gadis sekarang..kadang pakai tudung molek dah keknya pakai suar kuar alor punggung.
BalasPadamMoralnya jangan maroh ke binatang kalau masuk ke kebun, kalau kebun tak pagor molek.
Gambar ini memberi seribu pengajaran utk diri saya sendiri ..
BalasPadamthanks
salam,
BalasPadambegini lar jadinya fashion dah xbertempat.. ish2 ape nak jadi :)
erm...nak comment pun susah, x comment pun susah..Mak ni, open hair, takut plak bg comment salah tmpt!
BalasPadammasyaallah.. apa nak jadi
BalasPadammungkin beliau pakai tutup kepala tu sebab hujan. bukat sebab takutkan tuhan mungkin.
BalasPadamsalam en zul.
BalasPadamini semua berkait kpd pemahaman sendiri tanpa merujuk pada yg pakar/ahli ttg sesuatu perkara.
"manusia itu mengenal tuhannya mengikut persangkaan mereka"
Astaghfirullah.. semoga sama2 kita mengingatkan para ibu, isteri, adik beradik dan isteri kita..
BalasPadamsayang rasanya 'berkongsi' kecantikan wanita itu selain hanya untuk suami..
en zul...kat uitm ni ramai lagi staf yang berpakaian hakikatnya macam telanjang....
BalasPadamgeleng kepala saya tgk perempuan tu.. tutup atas buka bawah... mmg takda beza dgn org sblh dia...
BalasPadamitu la dia...zaman sekarang...
BalasPadamjanji tutup kat kepala jer...yg lain belakang kire...jgn la terjadi pada diri saye ni...
Salam,
BalasPadamWah semakin meriah blog ni.
Aku tabek ngan ppuan Arab sbb tutup semua tinggal 2 bijik mata je yg nampak.
subhanallah..... apa dah jadi sekarang nie... abg zul zaman sekarang nie macam2 ada.... bak kata iklan astro.. tapi yg pasti segeralah bertaubat sekalian mahluk..
BalasPadamsalam
BalasPadamAstaghfirullahalazim...
First time tgk pakai tudung,dan berskirt.
BalasPadam~taat dalam engkar~
Salam....
BalasPadamSelalu sangat jumpa macam ni, bukan hanya di bandar2 besar.....
Nak kata orang asli, rupa macam orang Melayu, cakap pn bahasa melayu...tgk pakaian anak kdg2 jauh beza dari ibu. Si anak kecil di pakaikan seluar dan baju berlengan panjang tapi si ibu pakai skirt ats lutut, baju ketat dan singkat tp ada kerudung di kepala...
Tak tau nk kata fesyen apa.....
Kawan rasa orang Perancis tu dak?..
BalasPadamsalam akhi Zul...
BalasPadammungkin rambut dia dah beruban atau botak , tu ler dia terpaksa bertudung kot....
salam zul..terukkan..bertudung tapi berskirt..orang cina dll mesti tersenyum sumbing melihatnya..
BalasPadamagaknya inilah fesyen terkini kot.
memakai tudung bukan untuk menutup aurat n takutkan Allah..tetapi hanya sebagai ikutan tanpa tahu hakikat sebenar kenapa dia bertudung..
koi bangga dgn n3 aok ni zul.
BalasPadamteruskan, kita sekadar mampu menyampaikan...
dunia akhir zaman ni kan, tudung dan aurat dipermainkan aje..maklumlah semua kulit dah keras huhuhu
BalasPadamsaya pun prnah nampak pkaian lebih kurang mcm ni....uish...mb dia terlupa yg dia pkai tudung hehehhe
BalasPadamsalaam
BalasPadamapabila konsep menutup aurat itu tidak difahami.. inilah jadinya
iktibar buat saya sendiri.terima kasih berkongsi.
BalasPadampakai tudung skdr nak berfesyen gamok koi..
BalasPadamSalam,
BalasPadamWanita akhir zaman. Tak tahulah apa yang dalam fikiran gadis tu. Mungkinkah suka2 berfesyen atau nak lindung kepala dari hujan semalam.
ni pesen apa tak tau laaa. kena tanya orang pompuan dorang nak tutup apa sebenarnya nih?
BalasPadammcm2 yek...
BalasPadamkdg2 ade org bangsa asing menyamar (anak ayam)
dlm perjalanan nk p jumpe pelanggan...
sbb dorg mmg x arif cara pemakaian tdg yg bersesuaian dgn pakaian...
Salam...
BalasPadamMenutup aurat dan bertudung itu tidak sama...
Menutup aurat ialah menutup keseluruhannya kepala dan badan kecuali muka dan tangan. Berlainan pula bertudung iaitu hanya menutup bahagian kepala kecuali muka hingga ke bahagian dada sahaja, tangan dan kaki pula tidak dijaga dan ditutup.
Bertudung untuk berfesyen je kot?Tapi tak pernah nampak plak fesyen mcm ni, mungkin dia terlupa tukar skirt tu kot? Hehe.. :)
BalasPadambtol tu sokong pndapat uncle...
BalasPadamslm bos kebanykn nya cm tu la...
BalasPadamtkut tersilap lgkh dn tergolong dlm kelompok cm tu
teringat bulan ramadhan yang lepas, dok elok duduk dalam masjid nampak seorang muslimah nie datang dengan t-shirt dan skirt ke masjid. tukar pakai telekung pastu solat jemaah sekali.
BalasPadamInilah manusia zaman sekarang. Melebihi fesyen daripada hukum. Dunia akhir zaman.
BalasPadamsalam
BalasPadam'rambut adalah mahkota wanita'
sebab tu la rambut yang ditutup bukannya betis
keliru... keliru...
sokong2....
BalasPadamini ada perkaitan
http://amirul-arif.blogspot.com/2010/06/hoi-jangan-mengundang-sehingga-lelaki.html
Susah mau cakap
BalasPadamsalam zul,
BalasPadamwalau nak berfesyen sekalipun lah kan...
kita assume ini fesyen lah ye...
it's one h*ll of a bizarre fashion!!!
mungkin dia nak buat ada fasa-fasa kot. fasa pertama tutup kepala, fasa kedua tutup lengan, fasa ketiga tutup kaki. sementara dia sampai fasa ke tiga, kita tutup mata jer lah (jangan menengok)
BalasPadamsalam,
BalasPadamselalu selisih wanita camni tapi kita pula yang rasa malu..
setuju! :)
BalasPadamemmmm, apa nk ckp, semua org yg bg komen dah ckp. hehe
salam..
BalasPadamselama 24 tahun bernafas saya tak pernah jumpa lagi orang yang camni mase tengah jalan. heheh.. tapi dalam internet adelah nampak. tengak search pasal tudung tetiba kuar gambar gadis bertudung pakai mini skirt..heheh
ct penah jumpa wanita mengandung yang pakai baju mengandung singkat sampai bawah lutut skit jer pastu pakai tudung...
BalasPadamhurmmm...klu nak berfesyen pun padan2 patut la
Salam..
BalasPadamsebenarnya zul, wanita zaman sekarang hanya memakai tudung tetapi hakikatnya pakai seluar ketat yg nampak 'b....t', pakai baju tangan pendek, pakai tudung tapi tudung singkat.. dan macam2 lagi..
duni..dunia.. sudah berubah...
huhu..plik tp benar..mntak jauh..huhu
BalasPadamSalam bro.
BalasPadamJazakallah for sharing.
Ramai org salah anggap bahawa aurat itu hanyalah anggota badan.
Kalau tak silap saya, aurat tu juga sebenarnya bermaksud tingkah laku dan cara pertuturan seharian kita. :)
entahlah apa nak jadi dengan wanita2 islam mcam nie... kdg2 bila tnya bab2 agama, dia orang thu.. tapi diri sendiri takleh ikut.. mungkin hanya thu tapi tak memahami..
BalasPadamSalam...
BalasPadamkalau terjumpa gadis2 kita yang bertudung tapi telanjang ni...malu sangat - marilah kita sama2 tegur menegur..mulakan dari org2 terdekat
kebanyakan gadis menganggap aurat itu hanyalah dibahagian kepala sahaja....tutup kepala @ bertudung, tutup la aurat....minta2 dijauhkan fahaman begini dalam keluarga kita...
BalasPadamitu la bang..slalu jg sy tgk perempuan berpakaian mcm tu..pelik gak coz alang2 nk tunjuk, tunjuk je la..xyah nk cover2 lg..haih..dunia2..
BalasPadampening pening
BalasPadamsmoga Allah s.w.t memberi petunjuk kpd wanita2x d luar cna dan belajar utk memahami tentang aurat itu . .
BalasPadammenjadi tauladan juga buat saya sndri ..
yang sebenarnya mereka ini kurang didikan agama dan tak faham apa itu tuntutan menutup aurat. mereka ini hanya memakai hanya sekadar berfesyen dan ikut ikutan sahaja
BalasPadam