Air Mata Lazat


Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis,  beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke  langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud  di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah  tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah  meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air  ini."

Nabi Adam  terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja  mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi  Adam semakin hebat menangis.. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang  bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum  yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."



Sedikit Perkongsian

Apa  Yang Akan Ditanya :
Dalam sehari  ada 24 jam. ? Dalam  sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah  akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah,  "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

Tiga  Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari  kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti  bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang  ketiga seperti cahaya matahari.

1.Cahaya yang pertama ialah cahaya  wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan  dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar  azan.
2.Yang kedua  ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
3.Cahaya yang  ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap  sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

Kala  Jengking Neraka
Di hari  kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy"  berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke  barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat  Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari  lima orang".
1.Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
2.Kedua, orang yang tidak mahu  keluarkan zakat.
3.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
4.Keempat,  orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
5. Kelima, orang yang suka  minum arak."

Wallahualam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Julai 29, 2010

30 Komen:

  1. Tanpa Nama29 Julai, 2010

    salam rodong, sori lama tak bertandang, masa terhad. thanx bg ingatan. moga aok ceria sokmo.

    BalasPadam
  2. Salam zul terima kasih berkongsi tazkirah yang hebat ini semoga kita sama2 manfaatkan perkara yang baik itu. TQ

    BalasPadam
  3. salam aok,

    terima kasih, menambah ilmu koi lagi. semoga koi menjadi seorang yg takutkan kala jengking dan mengejar 3cahaya itu. amin

    koi doakan juga aok dan family sejahtera dibawah rahmat allah swt selalu. amin

    BalasPadam
  4. Thank you for sharing! ^_^

    *Jom rileks jap layan HDR! Yay! ^_^

    BalasPadam
  5. Salam,

    Baru semalam ceritakan pada anak-anka kisah nabi adam,puas juga explain sebab mereka kurang paham erti syurga/neraka,dosa pahala.tq for da info..

    BalasPadam
  6. salam ziarah.. semoga mendapat perlindungan Allah.

    BalasPadam
  7. tima kasih info yang sangat berguna ni

    BalasPadam
  8. Salam sdra..

    Moga sdra sihat hendaknya..

    Syukran untuk article kali ini..

    BalasPadam
  9. Salam En Zul,

    Hendak menjadi salah satu diatara 3 cahaya tu.

    BalasPadam
  10. salam abg zul..

    kalau macam tue angah nak jadi 3 cahaya tue la...

    BalasPadam
  11. terima kasih atas info bro koi..mmg bermanfaat untuk renungan bersama

    "Dark Vader ( Star Wars ) Merompak Bank"

    BalasPadam
  12. sharing is caring....
    caring is...errr...
    thanks untuk perkongsian ini =)

    BalasPadam
  13. Salam,
    bagus entry nie...
    Sebagai peringatan kepada mas dan umat islam...

    BalasPadam
  14. takut jd baca pasal huraisyh tu... ape2pun info yg menarik thnkz!

    BalasPadam
  15. Salam....

    Membaca tazkiran utk hari ini...
    Belum pernah lg dgr kisah burung ni....Hanya tau tok Adam menangis beratus tahun je dan bertaubat atas penyeselannya.....
    Thanks atas perkongsian ilmu

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum,
    Terima kasih atas perkongsian ini untuk panduan kita2 yang selalu terlupa ini.

    Bab bercakap dalam masjid nih kadang2 keh rasa nok plaster aja mulut orang yang bercakap tu,kalau pun tak mengikut apa yang di garis pandukan oleh Allah SWT, fikir2kanlah orang yang tengah bersolat tu, takut2lah kut tak mendapat khusuk orang yang sedang bersolat tu...

    BalasPadam
  17. Salam,
    Terima kasih atas entri ini sebagai panduan dan peringatan.

    BalasPadam
  18. salam bro zulkbo,
    perkongsian yang sungguh berfaedah, semoga kita semua dijauhkan daripada menjadi carian si Huraisy

    BalasPadam
  19. salam zul,
    jazakallahu kheir utk peringatan

    BalasPadam
  20. salam cik zul
    wah, banyak info saya dapat
    tq ek

    BalasPadam
  21. airmata penyesalan menginsafi diri..

    berkali-kali bernilainya daripada airmata putus cinta...

    BalasPadam
  22. sharing is caring.

    caring is loving.

    hehe. sambung ayat pengomen kt atas tu. ;p

    BalasPadam
  23. salam encik zul..

    menarik penulisan kat atas.. terima kasih atas perkongsian tersebut..

    saya pernah terbaca berkenaan "Tiga Cahaya Di Hari Kiamat".. arap2 kita semua tergolong dalam golongan tiga cahaya tersebut.

    saya selalu jer dgr jemaah2 dalam masjid bercakap hal2 dunia dalam masjid.. nk tegur takut di katakan kurang ajar sbb mereka semua baya mak ayah..

    BalasPadam
  24. ske tgk gmbr janin dlm perut tu.... dah beso bleh jadi bro zul... hebatnya DIA.

    air mata koi? lazat ke idok... =)

    BalasPadam
  25. salam..
    perkongsian yang bagus..
    "air mata taubat Nabi Adam A.S lazat.."menarik kisah ni..

    abg zul.. terima kasih atas tips mengubati darah tinggi. saya amat menghargainya..
    saya tak sangka pulak dalam usia yang muda boleh terkena.. mungkin kerana terlampau stress & tidak bersenam..

    BalasPadam
  26. Salam...

    Trima kasih atas perkongsian ini..

    BalasPadam
  27. salam zul,
    tq share.
    bila baca entri ni maka,
    banyak lagi yang perlu diperbaiki,
    dan terasa betapa lemahnya diri.

    BalasPadam
  28. terima kasih kerana berkongsi ilmu yg baik..zulkbo.. teruskan..

    BalasPadam
  29. Salam..
    thanx ats perkongsian ilmu ni..
    moga2 kita tergolong dlm golongan yang 3 tu..
    Amin..

    BalasPadam