Salam aok me? Entri kali ini agak banyak gambarnya.. sekitar majlis kenduri kaum kerabat orang rumah koi di Kedah pada 6hb june 2010 bersamaan hari Ahad lepas.Sekadar berkongsi suasana kenduri kendara masyarakat kampung yang kebanyakannya di hadiri oleh adik-beradik sahaja selain keluarga pengantin lelaki.
Pekan Baling Kedah memang terkenal dengan peristiwanya yang tersendiri.Majlis diadakan di sebuah kampung di panggil "BANGGOL ENGGOK" ada sejarah nama asal kampung ini.Di ceritakan "pokok banggol" yang bergoyang terhenggok-henggok di situlah terlahirnya nama.
Juadah utama ialah "GULAI DAGING BERSAMA BATANG PISANG" cukup terkenal di sana.Bunyinya pelik..tapi siapa yang makan pasti terkenang-kenang.Diberitakan sejumlah 3 ekor lembu telah tumbang untuk majlis ini.
Suasana di tempat memasak..nampaknya berkawah nasi di masak..segala urusan telah selesai semasa koi mengambil gambar ini..jadi tidak kelihatan warga kampung yang menyediakannya.Segalanya di uruskan oleh orang kampung yang kebanyakan ada pertalian persaudaraan antara satu sama lain.
Antara menu kampung yang sempat koi snap gambarnya di dapur.."KERABU PERUT"..di kampung-kampung dari seekor lembu tu semua juadah boleh di cipta dan ada peranannya.
Antara kaum kerabat dan waris..semuanya ada pertalian saudara ..sama ada rapat atau jauh..yang agak menarik kebanyakan semuanya kenal koi tapi koi pulak yang lupa..he he..Orang kampung memang mudah mengingati orang yang tinggal di bandar.Lagipun orang rumah koi antara waris yang rapat dengan keluarga pengantin.
Mengambil kesempatan mengenali suasana kampung anak lelaki koi Zulkhair Ilhami (Berbaju Ben10) bersama sepupu dan bapa saudaranya.
Juadah pengantin..sepatutnya koi join makanan pengantin..tapi tak sempat la pulak ramai sangat yang memenuhi kerusinya..he he.Majlis tersebut turut di serikankan dengan kehadiran Ahli Parlimen Baling YB Haji Taib Azamudin..beliau juga ada pertalian saudara dengan pengantin.
Pertama kali saya hadir kenduri kawin di Kedah, masa adik saya kawin dgn org Sg Petani. Kerabu perut tu memang ada, dan ada lagi satu yang istimewa, gulai batang pisang. Mula-mula rasa pelik, tapi bila dah menjamah....perghhh, sedap bukan main!
BalasPadamHa...yalah..yalah...macam gambar di atas tu. Tadi gambar tak appear lagi sebelum komen...he..he..
BalasPadamSelamat pengantin baru pada waris aok te..
BalasPadamMusim ni tiap2 minggu gantung periuk..
lain padang lain belalang, selamat pengantin baru buat kedua mempelai
BalasPadamorg kata kat Baling tak dak menu kari daging batang pisang tak sah kenuri........hehehe tapi mmg sedap
BalasPadamsalam,
BalasPadamGulai batang pisang memang sedap. memang selalunya orang kedah saje yang buat....
Selamat pengantin baru juga drp saya.
BalasPadamBukan main tiga ekor lembu yeek besar majlis tu.
salam,
BalasPadamselamat pengantin baru pada pengantin
semoga kekal bahagia hingga akhir hayat
aok,
koi minat gak lauk2 kampong nih
kalao kat terengganu, lauk org2 kawin mesti ada gulai kawah daging, acar masak atau acar mentah, sayur keladi ke sayur nangka mask lemak ke, best kan? hehehheeh...ada lak sambal belacan, ikan kering lagi ngam
hehehehe..
yang bestnye kenduri kat kg ni..masih amalkan tradisi lama..org kg yang masak sendiri..sekarang ni susah dah nak jumpa..kebanyakan catering/makanan buffet.Mmg jimatkan masa tapi dah tak ada lagi keakraban sesama penduduk kg.
BalasPadamsalam zul..seronok dapat pergi kenduri kahwin ditempat jauh dari tempat kita sebab hidangan lauk pauknya mesti berbeza..selalunya orang kedah mereka sembelih kerbaukan..makcik pernah makan masakan rias pisang tapi agaknya tak pernah makan jadi tak menepati tekak makcik.
BalasPadamtapi yg bestnya masakan kampung ni sedap ...
Salam bro...
BalasPadammai kedah nooo...
awat tak singgh penang..hehehe....
Gulai Daging Batang Pisang .. Gulai Kawah .. dan semuanya yang berasaskan menu kampung memang menyelerakan .
BalasPadamSeronok tengok suasana majlis perkahwinan di kampung . Meriah kannns..
Tahniah kepada pasangan pengantin .
slamat pengantin baru bahagia membawa ke syurga
BalasPadamramei jemputan ter 3 kawoh mau 3 hari baru siak basuh kawoh ter
baling?
BalasPadamrindukan baling.. dulu praktikal di sana. Yang ni agak meriah juga kendurinya...
yang saya hadiri dulu2.. simple jer..
pengantin pun makan sama macam tetamu lain..
hampir sangkut dengan orang baling.. ngeee~
salam sejahtera..
BalasPadambaru saya tahu.. batang pisang boleh buat gulai... tak pernah makan sebelum ni... brbeza betul menunya disini ya.. kalau kat sini orang kawin selalunya lauk ayam merah, gulai daging & dalca..
minggu depan sy lik sg petani..mertua sy akan terima menantu..org kedah mmg mcm tue..semua gulai kawah..sy org selangor tp dh terbiasa dgn keadaan mcm tue..meriah...
BalasPadamsalam zul,
BalasPadamsedap sgt gayanya kerabu perut tu
masa bujang makcik x pernah makan
abah makcik x bg makan 'spare-part lembu'
tp skang, pantang jupe! :)
kalau kenduri kat kedah ni memang meriah kan??
BalasPadammasok sekali guna btg pisang ke bang???huhu..pelik jugek yak!!
BalasPadamsedap gulai nih kalau makan..... sini jarang or buat gulai kawah batang pisang... kalau tak silap org cakap gulai kawah umbut pisang....
BalasPadamslm
BalasPadambest kan gi kedah? syok mkn kenduri depa.... =) terbaik
salam zulkbo, ooo p makan kenduri jauh nooo.. sedap kan masak org kedah, hehehe... ckLah, kak cabai pun org sg petani juga. Biasanya kenduri dlm kampung betoi2 baru ada gulai batang pisang ni. kalau kampung yang tak berapa pedalaman tu gulai katering jer...
BalasPadammerioh amat yak tiga ekor lembu. aok tak mintok resepi batang pisang tu ke bang? hehehe
BalasPadamzella pun pergi kekedah makan gulai tu tapi dorang letak rebubg n kerabu tu mmg sedap!
BalasPadamsaya pergi ke langgar,alor setar,kedah...
salam zulkbo,
BalasPadamMemang dah masuk bulan kenduri ni... tapi yang best tu bila majlis telah diraikan oleh YB Baling.
selamat pengantin baru buat pasangan pengantin.
jumaat lepas pergi kenduri kahwin
BalasPadamletihnya memandu dari KB ke KL...
besh nye..tak pernah pegi kedah !
BalasPadamSalam, tak pernah rasa lagi gulai batang pisang ngan daging.aper rasanya yer..hmm mengidam lah pulak. Buat pengantin baru semoga berbahagia selamanya dan cepat dapat zuriat.
BalasPadam@pakcik kordi
BalasPadammenurut sumber yang koi dapat
batang pisang itu di ambil bahagian
empulurnya sahaja..yakni bahagian
dalam sekali yang lembut..
@zella y
BalasPadamlanggar tu dah dekat alor setar
kira pekan@bandar..ramai guna
catering jer kat sana bila kenduri
kendara..
salam bro koi , mel penah termakan ada 1 kerabu tu..rasanya dari rebung..peh..sakit perut n muntah2 bro koi..
BalasPadamNew Entry Pawaka19 Dot Com
"Alat Pengesan Laptop Di Kereta"
Salam...
BalasPadambehnyer mkn lauk kenduri...
Selamat Pgntin Baru pd pengantin..
semoga bahagia dan kekal hingga ke syurga...
koi pun nak jadi org Kedah gak nt..heheh..;p
makan batang pisang best,kalau nak best lagi campurkan daun nya sekali no,baru depa loklak!
BalasPadam