Siapa Wanita Sudi Sepertinya..?










Keistimewaan Khadijah


Hadith :

Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Saya tidak cemburu kepada seorang perempuan seperti cemburunya saya kepada Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam syurga.”

(Bukhari)

Huraian:

Rasulullah s.a.w memperisterikan saidatina Khadijah bukan kerana status sosialnya yang yang tinggi yang terkenal sebagai seorang yang hartawan lagi dermawan tetapi adalah kerana sifat saidatina Khadijah itu sendiri yang mempunyai peribadi dan akhlak yang mulia.

Saidatina Khadijah adalah seorang yang berfikiran tajam, sabar dan berpandangan jauh. Lebih daripada itu, Khadijah adalah seorang isteri yang benar-benar memahami keadaan suaminya.

Ini terbukti ketika mana pertama kali baginda menerima wahyu dilantik menjadi utusan Allah, Khadijahlah yang menenangkan hati baginda dan kemudian mempertemukan baginda dengan sepupunya Waraqah bin Naufal yang mengatakan bahawa baginda adalah seorang Nabi.

Khadijah sebenarnya adalah seorang isteri yang mampu menyuntik semangat seorang suami dalam menyempurnakan amanah kepada Allah bahkan beliaulah orang yang mula-mula memeluk Islam sebelum nabi berdakwah di kalangan para sahabat baginda yang lain.

Dalam diri Khadijah ditemui teladan wanita terbaik; wanita yang subur dengan kasih-sayang yang juga telah melahirkan anak-anak baginda iaitu: al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayya, Umm Kulthum dan Fatimah.

Dalam perjuangan baginda menegakkan agama Islam, Khadijahlah orang yang paling banyak berkorban, harta dan tenaga dalam mempertahankan baginda dari disakiti oleh kaum Quraisy.

Begitu banyak peranan yang telah dimainkan oleh khadijah bahkan boleh dikatakan bahawa beliau telah menjadi tulang belakang dalam kegiatan dakwah Rasulullah.

Dan berpadanan dengan jasa dan pengorbanannya itu Allah S.W.T telah mengurniakannya sebuah rumah di dalam tempat yang paling mulia iaitu syurga.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Dialah wanita mukmin sejati.

Dialah wanita yang pemurah dan setia kepada kekasih hatinya, Rasulullah.

Dialah wanita yang berani dan bijaksana fikirannya.

Dialah wanita yang menolak dunia demi akhiratnya.

Dialah Siti Khadijah binti Khuwailid, kekasih Rasulullah.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Jun 04, 2010

19 Komen:

  1. Salam..

    Moga beliau (Syaidatina Khadijah) menjadi inspirasi buat wanita, teguh iman dan pendirian, amat setia, beramanah dan bertanggung jawab serta menjadi ibu yang terbaik dan mengutamakan pendidikan anak-anak melebihi tugas lain.

    BalasPadam
  2. Masih ramaikah orang yang seperti Saiditina Khadijah di masa ini ?

    BalasPadam
  3. salam,
    bukan xramai tapi macam dah tak de wanita seperti Saiditina Khadijah

    BalasPadam
  4. saidatina khadijah mmg wanita yg sgt mulia..memang tiada lagi wanita mcm dia zaman sekarang nie

    BalasPadam
  5. siapa? di mana? ada lagi ke yang sudi...?

    BalasPadam
  6. Salam zul...
    Khadijah makin ramai sekarang keknya mungkin sukar nak jumpa seperti beliau. Seandainya hati wanita serupa dgn beliau aman dunia ini.

    BalasPadam
  7. Salam zul..

    Wahai kaum Adam yang saya hormati ..

    Memang tiada tandingan Syaidatina Khadijah . Beliau adalah yang terbaik hingga Allah sediakan tempat yang khas utknya iaitu Syurga .

    Namun,

    Saya percaya . Masih ada lagi wanita yang menjadikan Syaidatina Khadijah sebagai idola mereka dalam versi MODEN .

    Tidak percaya ?

    perhatikan dan lihatlah dengan penuh kasih sayang ISTERI anda . Sentiasa ada dan berkorban utk keluarganya .

    BalasPadam
  8. isteri koi sokmo doakan koi slamat pegi dan balik setiap kali koi kluo g kija... moga dia menjadi siti khadijah dalam rumah koi ter

    BalasPadam
  9. salam sejahtera..
    sungguh mulianya pekerti Siti Khadijah.. semoga kita semua mengambil iktibar..
    salam ceria..

    BalasPadam
  10. Semuga lebih ramai wanita2 yang akan mencontohi Saidatina Khadijah..aminn..

    BalasPadam
  11. wah! thnkz uncle sbb kasi info! :)

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama04 Jun, 2010

    salam zul..saidatina khadijah adalah contoh terbaik yg harus diikuti oleh wanita muslimah.

    BalasPadam
  13. zul, kat umah koi ada sorang nama lbh krg sama, Khatijah. Yg ni mak koi..

    :)

    BalasPadam
  14. salam..
    mungkin akan ada ramai yg sebaik saidatina khadijah kalau ada ramai juga yang sebaik Rasulullah..

    BalasPadam
  15. setuju ngn sifu ozzy...
    hehehe ;p

    BalasPadam
  16. contoh muslimah sejati yang patut di contohi muslima hari ini..

    BalasPadam
  17. banyak wanita berjaya sekarang ..tapi tidak menjadikan khadijah sebagai contoh

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    "Tidur Ditandas Dengan Ayah"

    BalasPadam
  18. kalau dpt 4 Khadijah.......alangkah bestnya......

    BalasPadam