Sedikit Info Menarik Untuk Di Kongsi







Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo , Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak
mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.




Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.




Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland .




Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.



Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 -
100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.







Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Jun 09, 2010

21 Komen:

  1. salam sejahtera..
    memang pelik betul orang congo ni.. kelakar...
    aiskrim... sedapnya...
    terima kasih ats info2 ni.. baru tahu kutub utara bukan tempat yg paling sejuk

    BalasPadam
  2. salam,
    yang 1-4 tue best...
    Yang part last tue, memnag dah tau...

    BalasPadam
  3. bole tolong delete ke part 1 tu, bukan apa kang orang pompuan bawak ke mahkamah tuntut supaya dibuat syarat baru pulak naya kita nih

    BalasPadam
  4. salam
    wah..bagus info ini
    terima kasih atas perkongsian ilmu ini =)

    BalasPadam
  5. tulis nama kat dahi...hihi...

    BalasPadam
  6. Info menarik...
    Kawan terpikir juga goner isteri di malaysia ini nak bagi tahu keorg lain, yang ini suami dia dan dia sgt sayangkan suaminya...hehehe....

    BalasPadam
  7. Salam Zul ,

    alaaa... info yang pertama tuh ,
    taknak lah !
    Silap haribulan,
    isteri sendiri pun tak sudi . hehehe

    BalasPadam
  8. salam, info yang menarik dan berguna..syabas perkongsian ni .. :D

    BalasPadam
  9. VIP yang kawin 2,3 tu nak kena ukir nama gak tu

    BalasPadam
  10. SUKE SGT YG ADE LETAK NAME DI MUKE SUAMI!((=

    BalasPadam
  11. hehehe yang congo tu biar betul ehehe..ada jugak yang mcm tu..huh

    BalasPadam
  12. kayenye jual rokok :)

    oo sejuknye siberia gigil2 jap hihi

    tq abg

    BalasPadam
  13. Dah try kedai aiskerim kat Ice Room? Sedap...

    BalasPadam
  14. emm gambar yang first tu menarik perhatian sy..taksangka sampai tulis nama di dahi..pastu yg last sekali tu elok di elakkan..sebab rokok keluaran israel..yg untung depa jugak.

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    "Alat Pengesan Laptop Di Kereta"

    BalasPadam
  15. uishhh dashyat..
    boleh buat peribahasa baru..
    "sayangkan suami.. tuliskan nama kat dahi".. hehehe

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum, entry menarik terutama yang no 1 tuh, tak lama ada isteri2 dimalaysia yang mengikut jejak langkah isteri di Congo hehehe...

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama09 Jun, 2010

    salam zul..tak naklah letak nama didahi suami..macam pelik je..hehe..tapi kalau dapat husband yg gatal elok juga biar dia sedar siapa dia yg sebenarnya..awal2 lagi orang dah tahu yg he's no more available ..

    BalasPadam
  18. salam zul...banyak info entry kali nie...yg paling menarik kawasan paling sejuk.....rupanya2 bukan kat kutub yer..

    BalasPadam
  19. salam zul..nice info..mijie bru tahu uper2nye aiskrim dh lama wujud..:)

    BalasPadam
  20. Salam...

    raja kat afrika tu xleh buat gini,
    sbb bini dia ramai...x muat dahi koi rase..
    mau kena cukur sket rambut,ukir nama kat kulit pala pulok...

    BalasPadam