Sayang Dan Kasihi Isteri Mu Hindari Maksiat


Hadith :

Dari Jabir r.a, katanya dia mendengar Nabi s.a.w bersabda:”Apabila ada di antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang demikian itu dapat mententeramkan gelojak hatinya.” (Muslim)

Huraian:

Rumah tangga orang beriman adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Rumah yang didiami bukan sekadar tempat berlindung dari panas dan hujan bahkan ia merupakan tempat untuk beristirehat, membina kasih sayang antara ahli keluarga, anak dan isteri dan mencari keredhaan Allah S.W.T.

Sesungguhnya, alasan yang paling kukuh mengapa manusia itu perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi. Dengan perkataan lain ia adalah fitrah yang dijadikan oleh Allah S.W.T.

Maka atas tuntutan tersebut, tanpa adanya perkahwinan kadangkala manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Sebab itulah Islam memuliakan sebuah perkahwinan dan amat menggalakkan umatnya supaya berkahwin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)." (Bukhari)





Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Jun 18, 2010

22 Komen:

  1. Sungguh....kalau naluri suami dan isteri sudah dipenuhi kasih sayang dari pasangan masing-masing yang tiada taranya, tidak akan berlakulah 'mid-life crysis' seperti penyelingkuhan, kecurangan, suami miang di luar atau isteri 'birah' di luar rumah.

    Sejak akhir2 ini, sering terpapar cerita tentang 'kecurangan' isteri orang dengan suami orang atau sebaliknya. Macam-macam punca. Macam-macam saluran, termasuklah dunia sosial siber. Na'uzubillah. Semoga kita terpelihara..

    BalasPadam
  2. Rumusannya usohlah kita ikut ker rasa dan berkira-kira pada yang lain setia pada hok di rumah itu sudahlah.. hehehehe... "rumah ku syurga ku".

    BalasPadam
  3. Kalau nak berpoligamipun buatlah secara jelas berterus terang lagi baik dari membohongi isteri.

    bagaimanapun apa yg menjadi n3 zulkbo memang benar,nikah kahwinlah secara sah.Hidup bahagia dengan restu ibubapa dan rahmatNya.

    BalasPadam
  4. sayangilah isterimu sebagaimana dia menyayangi dirimu..

    BalasPadam
  5. setuju secircle suara...hehe

    BalasPadam
  6. koi pun setuju amat..semuga rumahtangga mana2 pasangan akan sentiasa dijaga dibajai penuh kasih sayang, segala dugaan yang dihadapi perlu ditangani dengan muhasabah dan kembali ke jalan yang benar..

    BalasPadam
  7. ini ada yg kena tangkap basah dengan isteri/suami orang.

    apalah lagi yg di cari dlm hidup ni

    BalasPadam
  8. Setuju ngan ckLah ...

    Sentiasa menjadi ingatan dan sempadan diri sendiri .

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama18 Jun, 2010

    salam zul..satu n3 yg bagus..
    rumahtangga yg bahagia terletak kepada kedua2..suami n isteri..kalau masing2 menerima pasangan seadanya n dibajai dgn kasih sayang,tolak ansur,setia,bertimbang rasa,saling tolong menolong,berbaik sangka,sedia berbincang apa saja maka pasangan itu akan sentiasa bahagia n bersyukur dgn jodohnya.
    ingatlah yg diluar tu nampaknya baik tetapi belum tentu ..sebaliknya apa yg ada dirumah itulah yg terbaik..oleh itu sayangi dan hargailah pasangan masing2..

    BalasPadam
  10. hurm...
    setuju ngan etuza
    klu btul2 rs mampu...
    boleh la berpoligami...

    BalasPadam
  11. godaan syaitan.. isteri dah cantik tapi yang luar nampak lagi cantik..

    BalasPadam
  12. wah! nice info... :)

    BalasPadam
  13. kekuatan dan kedamaian sesebuah negara berpunca dari sesebuah rumahtangga

    ...saling memahami dan bertolak ansur

    BalasPadam
  14. salam zul,
    t kasih atas tazkirah yg menarik. fitrahnya kita perlu sentiasa dingat2kan. satu2nya perkara yg xpernah tua pada kita ialah nafsu. keupayaan fizikal sahaja yg membataskan...

    kala xde iman, abis lah jwbnya. sbb tu kuda pun ada yg sgggup panjat!

    BalasPadam
  15. ikut pd landasan yg betul nescaya sejahtera..

    BalasPadam
  16. salam aok,

    alhamdulillah.. sejuk hati baca bila tahu suami dia mithali cenggini...

    so,
    katakan tidak pada maksiat!!
    saya setuju

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama18 Jun, 2010

    salam singgah disni..
    setuju diatas entri ni..
    zaman sekarang maksiat dan penzinaan sudah melular. sebab tu kes buang anak2 hampir hari-hari didengar..

    masih ada masalah dalam masyarkat kte tentang kahwin ni..kos perkahwinan yang tinggi jgak menyebakan ramai pasangan terlanjur seblum ada ikatan sah.. :)

    BalasPadam
  18. tq zulkbo..
    lanun tak kahwin lagi..
    tp hub suami isteri mmg kena jaga..
    akalu ade masalah..
    ade la org jahat (lelaki/pmpn) yg akan amik kesempatan cuba cucuk jarum.. hati2.
    syg keluarga.. syg anak2..

    BalasPadam
  19. thks for sharing this...

    nk kawen cpt2 laa...tp, ade kahh org nk msk minang?? susah kan jd pompuan...tggu n terus tggu..

    BalasPadam
  20. nice entry, setuju suami isteri kena sama2 jaga.bila dah sama jaga sama2 kena percaya...bila sama percaya, anak pon gembira, bila anak gembira rumahtangga bahagia,bila sudah bahagia selalulah juga ingat padaNYA yg menjaga hati2 manusia

    BalasPadam
  21. bg sy, kita kena mencintai suami / isteri lebih dr apa yg kita rasa apa yg dia mampu lakukan. cnthnya kita rasa dia syg kita 50%, kita kena sygkan dia 90% sbb...cinta tiada ukuran sbnrnya..kita hanya mampu mangagak!

    BalasPadam
  22. salam..
    zaman sekarang bi bahaya sebab banyak perempuan penggoda.. kalau dah kawin kena jaga suami elok2..hihiii

    BalasPadam