Sajak Buat Anak Gadisku


Anakku......
Bila kau sudah maju ke hadapan
Sesekali tolehlah ke belakang
Agar tidak kau lupa
Bagaimana susahnya menjadi
Seorang manusia berguna
Anakku......
Bila kau berjaya ke kemuncak langit
Sesekali pandanglah rumput di bumi
Agar tidak kau lupa
Tanah tempat asalmu
Anakku.....
Bila kau sudah mencapai segalanya
Janganlah kau mendabik dada
Kerana Tuhan itu Maha Berkuasa
Dalam sekelip mata kau akan menjadi
Seorang yang meminta-minta
Anakku.....
Apabila kau telah mendapat apa yang kau impikan
Bersyukurlah kerana Dia adalah segala-galanya
Jangan sekali-kali kau lupa
Bahawa semua itu hanya sementara
Anakku ......
Jika kau gagal mencapai apa yang kau impikan
Janganlah kau kecewa menyalahkan takdir
Kerana itu adalah sikap yang dibenci olehNya
Dan jadilah seorang manusia yang bertaqwa
Anakku.....
Hanya itu nasihat dari ku
Buat bekalan di hari depanmu
Doaku sentiasa mengiringimu
Insyallah keberkatan dunia dan akhirat bersamamu
Semoga nasihat ini terpahat di sanubarimu



Zur'Farah Ain Zulkifle



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Jun 23, 2010

25 Komen:

  1. alhamdulillah...kena baca depan dia ni...

    BalasPadam
  2. Salam,
    Harapan dan doa seorang ayah amat tinggi.Insyallah mereka akan anak soleh dan solehah.

    Buat Zurfarah,

    Simpan lah sajak dari ayah sesungguhnya itu merupakan satu doa dari ayah kepada anak.Mungkin ZurFarah kurang mengerti pada saat ini.Insyallah disuatu hari nanti kamu akan memahaminya.Dan pada masa itu kamu akan berterima kasih kepada Ayah...

    BalasPadam
  3. Zur'Farah Ain Zulkifle..

    Ingat pesan Ayah yea sayang ...

    BalasPadam
  4. salam zul...
    itulah kasih seorang ayah..kdg2 mereka yg tidak mengerti

    BalasPadam
  5. Salam...

    InsyaAllah putri aok ni akan menjadi manusia yg berbakti kpd agama,bangsa dan negara.Amin.

    BalasPadam
  6. awhh sweetnya seorang ayah


    :')

    BalasPadam
  7. So touching... :'(

    Semoga Zur'farah Ain menghargai kasih dan doa restu seorang bapa...semoga jadi insan yg berguna..

    BalasPadam
  8. salam
    sebuah tulisan yang akan menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila
    semoga keluarga kamu sentiasa dalam rahmatNya dan rahimNya
    amin

    BalasPadam
  9. pandai zulkbo bersajak..tahniah :-)

    BalasPadam
  10. Salam weh..aok bersajak pun boleh juge yek..

    BalasPadam
  11. alamak...sweetnyer....
    bkn senang nak jmp ayah yg wat sajak utk anak ni...
    ;)

    BalasPadam
  12. salam zul,
    u have a very sweet daughter.

    BalasPadam
  13. salam
    teringin nak ayah buat cam tu tapi...
    Zur'Farah Ain Zulkifle
    hargai apa yang adik miliki skang ni ye...
    jangan sia2kan...

    BalasPadam
  14. Salam Zul..
    Sajak Yang baik buat anak-anak kita semua.
    khasnya pada Zur'Farah Ain Zulkifle kena hayati betul-betul.. Slmat maju jaya buat anak-anak kita semua.

    BalasPadam
  15. salam,
    i like your's dougther...
    Bleh cari jodoh kat adik mas... hehehe

    farah dah dengar ker zul baca sajak nie...?

    BalasPadam
  16. salam,

    pandai sungguh abg zul kita ni buat sajak, sungguh puitis ayatnya...

    BalasPadam
  17. semga jd anak yg baik...berguna utk agama keluarga bangsa dan negara...=)

    BalasPadam
  18. beruntungnya zurfarah dpt puisi indah pesanan dari ayah..

    semoga dia menjadi anak yang bermanfaat utk agama dan negara serta keluarga

    BalasPadam
  19. salam,

    moga si anak menjadi anak yang baik mentaati kedua ibu bapanya dan tak lupa suruhan Tuhan..

    BalasPadam
  20. insya Allah semoga si anak mendapat rahmat dan keberkatan di hari depannya :D

    BalasPadam
  21. itulah kasih ayah kepada anak sehingga boleh bersajak.

    BalasPadam
  22. salam zul

    wow..berbakat sungguh zul ni..
    moga segala doa dan harapan dari seorang ayah akan dimakbulkan Allah hendaknya..

    comel anak gadis zul ni..
    bolehlah kita berbesan nanti ye..

    BalasPadam
  23. wah! mmg uncle ni ayah yg mithali... best sajak ni.. eh! anak uncle ke ni? mmg iras2 mcm muka uncle la... hehe

    BalasPadam
  24. selamat hari bapa buat bro..dan buat adik farah..adik bertuah mempunyai seorang bapa..anak yang meningkat remaja perlukan perhatian keluarga.terutama ibu bapa yang leh dijadikan sebagai kawan untuk berkongsi suka duka..menjadi ibu bapa zaman sekarang amat mencabar ;)

    BalasPadam
  25. salam..
    cantiknya nama anak abang zul, secantik dirinya..
    semoga dia menjadi anak yang soleha dan berjaya.

    BalasPadam