Namewee Buat Gempar Lagi






Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan nama 'Namewee Negara Ku..Ku' tidak pernah serik mencetuskan kontroversi. Kali ini dia mencipta klip video muzik terbarunya secara sinis tentang realiti rakyat Malaysia berkaitan demam bola sepak Piala Dunia.Klip berkenaan kini boleh diikuti di dua laman perkongsian video popular iaitu Youtube dan di dalam blog peribadinya beberapa hari lalu.

Namewee membuat naratif mengenai bagaimana Malaysia tidak pernah melepasi kelayakan Piala Dunia dan bagaimana rakyat Malaysia terpaksa bertaruh dan menonton setiap perlawanan hanya semata-mata untuk merasai penyertaan mereka dalam acara berprestij dunia itu.

Dia turut menyanyikan lagu rap tentang ‘bookie’ haram serta isteri dan teman wanita peminat bola sepak yang merungut dipinggirkan akibat demam Piala Dunia.

Video dengan durasi empat minit itu turut memaparkan beberapa wanita dalam pakaian sukan yang menarik sedang bermain bola sepak.

Di dalam blognya, Namewee berkata, dia telah menulis 10 lagu yang membawakan perasaan berbeza bagi merasai ‘penyertaan’ Malaysia di dalam Piala Dunia dan menyeru semua untuk berusaha keras demi sukan.

Sumber


Realitinya koi terhibur jugak dengan sindiran beliau terhadap mutu sukan di negara kita..tak perlulah kita melatah kerana dalam video ni tiada unsur racial cuma sekadar sindiran kepada mutu sukan dan kisah -kisah masyarakat dalam musim bola Piala Dunia 2010..

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Jun 14, 2010

20 Komen:

  1. agoknye kena wat sekolah bola sepak kat malaysia ni. ajor stakat pandai membaca, mengira dan menulis aje. pastu main bola sampai pengsan. tak payah pening-pening nak amik spm. hahahaa

    BalasPadam
  2. dia ni patut masuk ISA je..bodoh lg gampang

    -------------------------
    Filem 2 Alam: Dr Rozmey Gila atau Waras?

    BalasPadam
  3. Sindir tu sindir juga kalau berlebih ngat tak kena juga sensetifviti org kena jaga sama tak gitu?

    ** kehidupan ini penuh sinis dan perlu ada kiasan.

    BalasPadam
  4. banyak je masa si cina nih..hehehe

    tp kita ambik yg positif utk baiki sudahlah..

    tp kalau dia sentuh hal racist, memang nak kena nih!

    BalasPadam
  5. sy no komen jer.... hehehe ape2pun hope smoga malaysia dapat ke piala dunia 2020 nnt? hehe

    BalasPadam
  6. betul gek sindiran dia tu...
    tp koi tetap bengang ngn bidio lama tuh...
    huh!!!!

    BalasPadam
  7. salam,
    kalau yang membina... apalah salah nya...

    BalasPadam
  8. wah...apakah dia sukakan perhatian?

    BalasPadam
  9. salam zul..
    aku asal dengar nama mamat ni mmg hangin satu badan..sejak dia persendakan lagu negaraku dulu..huh!!

    BalasPadam
  10. ramai beno pengikutnya nanti makin lemak pulak

    BalasPadam
  11. x buleh pakai betul la dia neh... nk rosakkan imej negara ja....

    BalasPadam
  12. ICT nih.....macam2 boleh buat yak....agok2nye bende le tindakan kerajaan Malaysia nanti kat atas die...

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama14 Jun, 2010

    salam zul..rumah makcik tak ada sorang pun yg minat bola sepak..hanya anak yg akan pulang bercuti nanti yg minat sanagt MU..yg bongsu hanya minat ragbi je..jadi tak adalah demam bola sepak piala dunia ni..

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama14 Jun, 2010

    salam. tak perlu cepat melatah kalau ada kebenarannya, tp mesti cepat melatah kalau benda tu salah. sapa mkn cili dia la rasa pedasnya he3.
    tp aritu koi beli cili kat pasar mlm Gambang, tak pedas pun. Gone te gamoknya?

    :D

    BalasPadam
  15. belum melihat video berkenaan - internet slow

    tak perlu cepat melatah dengan sindiran yang membina

    BalasPadam
  16. apa maksud dan tujuan sebenar dia ek?..

    BalasPadam
  17. rasa2 dia ni anak buah chin peng..keje nak wat onar je kat malaysia ni..kalau dia nak majukan sukan negara takpe..maybe dah insaf

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    "Barangan Pelik Hanya Terdapat Di Pasaraya Negara China"

    BalasPadam
  18. ishk3..x abis2 dgn kontroversi yg dia bt tp xtau jgk apa muslihat disebalik 2 kan..menjatuhkan imej negara atau apa2 jelah..

    BalasPadam
  19. Dia ni patut buang negara jer...

    BalasPadam
  20. salam sejahtera...
    mamat ni memang gile glamer lah saya rasa.. dia suke cari pasal.. saje carik publisiti murahan.. tambat dia kat pokok durian baru taw..hehehehe

    BalasPadam