Mengapa Begitu Berat Rasanya Nak Solat?





Hadith :

Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Bakal terjadi sesudahku, di mana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagimu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu.”(Muslim)


Huraian:

Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk dalam beribadat, mereka akan merasa berat dan terbeban dengan solat. Orang begini tidak akan menunggu waktu solat.

Malah jika mengerjakan solat sekalipun, ada perkara lain yang diagung-agungkan yang menjadikan fikiran dan jiwanya tidak tertumpu kepada Allah S.W.T.

Contohnya orang yang merasa sayang untuk meninggalkan kerja-kerjanya. Orang begini tentu berat dan susah mengerjakan solat kerana terlalu sibuk hingga mereka menjadi lalai.

Bahkan dalam masa mengerjakan solat sekalipun ia tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas dan khusyuk tetapi dalam keadaan terpaksa dan terseksa. Apa yang diingatinya ialah perkara yang dijiwainya dan yang diutamakannya.

Oleh itu solatnya dilakukan dengan cepat sekali demi menyelesaikan tugasannya itu. Maka terasalah olehnya akan kepenatan dan kejemuan dalam mengerjakan solat hingga sampai kepada tahap sanggup meninggalkan solat.

Orang seperti ini sebenarnya tidak sabar dalam mengerjakan solat dan mendirikan solat tanpa roh lantaran kegagalan mereka menghayati atau memahami setiap ungkapan yang dibacanya di dalam solat.

Sesungguhnya sembahyang lima waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaannya tidaklah panjang dan tidak juga memakan masa yang lama. Hanya sekitar 10 - 15 minit sahaja.

Bahkan ia boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Bahkan merupakan satu latihan jasmani yang baik untuk tubuh badan. Namun begitu mengapa Allah menyebut solat itu besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk?

Jawapannya, khusyuk yang dimaksudkan di sini ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam dan rasa kehambaannya kuat. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa.

Mereka mudah mengerjakan solat bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat melepaskan perasaan rindu pada Tuhan. Waktu solat sentiasa ditunggu-tunggu dan tidak cukup dengan mengerjakan solat yang wajib, mereka mendirikan pula solat sunat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Photo Ehsan GOOGLE



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Jun 11, 2010

14 Komen:

  1. untuk melawan nafsu malas ni mmg berat,nabi Muhammad(S.A.W) pernah bersabda "Musuh utama manusia adalah nafsu"(salah satunya nafsu malas)memang susah nak melawan nafsu ni.Semoga kita dijauhkan dari nafsu tersebut amin...

    saya pun kekadang tewas dengan nafsu malas ni.

    BalasPadam
  2. kerana ia solat bukanya kerana Allah, bukannya rasa takut kepada Allah sebb itulah payahnya nak bersolat.Kalau ia tau apa itu solat sebenarnya pasti merinduinya...

    BalasPadam
  3. masih cuba perbaiki diri..

    BalasPadam
  4. salam sejahtera...
    molek benor entry ni..ni dah masuk waktu maghrib ni.. sama2 mengingatkan :)

    BalasPadam
  5. Sesungguhnya solat ini amat berat, ianya tidak akan sempurna jika hanya dibuat-buar tanpa keikhlasan itu senidri. Bersama kita menjaga solat kita.

    BalasPadam
  6. thnkz uncle sbb berkongsi info yg berguna ni... :)

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama11 Jun, 2010

    salam zul..itulah satu perkara yg susah diatasi..harap2 kita semua tidak dibeban dgn nafsu malas ..
    sebab tu kita kena takut kepada Allah dan bersembahyang kerana takut dan ikhlas kepadaNYA..
    moga2 sembahyang kita diterima oleh Allah..

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas nasihat dan info!

    BalasPadam
  9. gitu le gayanya, bila koi brasa dihinggap rasa malas, cepat-cepat le koi baca 'innassolata lakabiratun illa 'alal khasyi'iin' - sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyuk - psikologinya, koi taknok termasuk orang yang tak khusyuk dan rasa maleh nok solat

    BalasPadam
  10. terima kasih atas peringatan.......fokus pada pembersihan hati.......

    BalasPadam
  11. "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"

    BalasPadam
  12. trima kasih...
    hurm..mmg sbgai manusia biasa kdg2 xlari ada perasaan mcm tu tp stiap hari sy cuba perbaiki diri..... ;)

    BalasPadam
  13. insaf...

    BalasPadam