Salam aok me?
mengenai perihal topik berikut:
"Nampak macam Halal rupanya Haram"
Sinopsis:Terdapat pelbagai makanan dan barang gunaan harian kita pada hari ini, pada asalnya mungkin halal atau hanya diketahui halal, sebaliknya jika diteliti dengan lebih lanjut, rupanya adalah tidak sesuai dan haram digunakan.. namun sikap sambil lewa pengguna kadang-kadang menyebabkan penggunaannya masih berleluasa...
Dalam memperkatakan soal makanan haiwan ternakan dan peliharaan juga perlu kita ambil kira soal halal haram kerana sudah banyak kita terbaca di dada akhbar tentang sikap penternak ikan patin beragama lain yang menjamu ikan-ikan di kolam mereka dengan sisa-sisa dari khinzir contohnya perut dan usus binatang tersebut.Heboh di perkatakan sebelum ini mengakibatkan koi sendiri naik mual dah nak makan ikan patin ternak kolam.
Yang terbaru di perkatakan makanan kucing yang di import.Ada setengahnya di proses bersama bahagian organ khinzir yang tidak diperlukan dan dijadikan makanan kucing.Ini terutamanya yang di import dari negara yang menjadikan khinzir sumber protein mereka , jadi lebihan dari khinzir yang tidak di makan manusia akan di proses dan dijadikan makanan haiwan peliharaan terutama anjing dan kucing. Bagi orang islam dah tentu tidak membela anjing di dalam rumah.Walaupun ada yang membela anjing sebagai pengawal rumah,tapi itu isu lain.Kita memperkatakan soal kucing yang di bela di dalam rumah.
Setahu koi ada satu jenama makanan kucing yang mendapat pengesahan sijil halal dari JAKIM iaitu jenama "Whiskers".Jadi berhati-hatilah kita dalam memilih makanan kucing.Kita tak mahulah kucing yang telah mendapat pengakuan Rasullullah SAW sebagai sebahagian dari kehidupan manusia dan haiwan kesayangan Baginda.. memakan makanan yang tidak halal bersumberkan najis berat khinzir.Kita takut sisa-sisa makanannya yang disepahkan kucing tadi akan menajiskan rumah kita di mana tempat kita tinggal dan beramal ibadat dengan najis berat(muqallazah).Wallahualam...
Wassalam.
pasal ikan patin tu..pergh mmg goli..termasuk jgak ikan keli...tapi pasal kucing..nasib ejum xbela kucing :)
BalasPadamKesian kucing kesayangan kita.... tak pasal-pasal jadi mangsa kelalaian tuannya!
BalasPadamOleh itu berhati-hatilah tuan kucing bila memilih makanan untuk binatang perliharaan!
koi beri makan ikan ngan nasik je ke kucing. hehee.
BalasPadamtu lah bahaya gak, makanan kucing pun kena siasat ni. nanti terpegang dgn tgn ke masalah jugak
BalasPadamAssalamualaikum, itulah, zaman semakin maju nih semakin susah kita sebab semakin banyak teknologi, yang asalnya untuk memudahkan kita, akhirnya menyusahkan kita, dan memudaratkan kita. Dulu kita beri makan kucing tulang dan lebihan nasi kita aja, dah 100% halal, sekarang ni kena berhati-hatilah kita..
BalasPadamsalam zul..bab makanan ni bukan ikan patin je..banyak sangat kalau nak sebut..kalau nak fikir semuanya skrg ni susah sgt nak pilih yang elok.. tu pasal skrg ni byk penyakit pelik2
BalasPadamsalam,
BalasPadamsenang cerita kasi makan lauk ikan goreng gaul dengan nasi... hehehe
salam,
BalasPadambahaya betul zaman sekarang ni, semua benda nak di taruk dengan si khinzir tu... memang kena sentiasa berjaga-jaga
selamat sy xbela kucing? klu x susah jgk nk cari makanan dia ni.. takut halal ke x?
BalasPadambukan kite jer nak halal..
BalasPadambinatang peliharaan kite jugak kene halal yek...
ohohohohoiiiiiii
Nasib kawan x bela kuncing dan kurang minat ngan kucing kalau pun bela kawn gaul dengan pale ikan aje nok beli makan dia tak tahan juge hehehe...
BalasPadamSalam.. Dah ada makanan kucing yang dikeluarkan oleh orang melayu atau di bawah projek IKS,
BalasPadamk.salam..huh tak tahu pulak makanan kucing ada yang dibuat dari usus khinzir,saya memang tak bela kucing,kala kat kg mak yang bela,tapi diberi makan dari lebihan makanan tuan rumah.hmm mcm2 yer sekarang ni.
BalasPadamsllunya family sy bli mknn kucing yg dijual dkt kedai2 india muslim..
BalasPadamgeramnya.... pengusaha kat luar sanun byk amik kesempatan :(
BalasPadamslm bro
BalasPadamwah kt bahagian catat ulasan pun de tulisan jawi seyh... lalala....
nasib koi xda bela kucen,.... hamster ade la.... tu pun makan carrot... keh3
salam zul..memang ikan2 yg diternak ni macam2 mereka beri makan..makcik mujurnya tak makan ikan patin n keli..
BalasPadammak cik dah lama rasa was2 tentang makanan kucing ni..mujurnya makcik tak pelihara kucing..yalah kita jamah makanan tu..hai apalah nak jadi dgn kita ya..
ingatkan halal tapi rupanya haram..thanks zul berkongsi info
salam Bro Zul
BalasPadamkucing-kucing yang tidak bertuan di kawasan rumah kami ini selalunya kami beri ikan dengan nasi je.kucing mak pun macam tu.
betapa banyak perlunya kita peka tentang halal haram sumber makanan kita dan kehidupan seharian kita,kan.
salam..mmg byak la kemusykilan psal mkanan kcing neh...dlu pnh gk tmbul isu neh...skrg neh ssh sgt nk bezakan mane halal n xhalal sbb sume bnde da bcmpur...erm....
BalasPadamsalam..
BalasPadamwah.. bahaya ni..
nasib baik kucing saya makan nasi gan ikan sekarang ni
betul je jenama "Whiskers"? x pnh dgr pn...ke ade slh ejaan?
BalasPadamWhiskas la tuw gamoknyer..x kan Whiskers pulok..mane nye ade,weh..
PadamSudah pasti ianya bukan
PadamWhiskas,bukan tak biasa
jenama seakan sama kan?
eh biar betul whiskas ada pengesahan halal daripada JAKIM? jangan main tembak je!
BalasPadamcite2 brg halal, dia sndri tak da proof halal ke tak whiskers tu, tsk tsk, mana boleh main tlis je wahai admin.
BalasPadamEntri ni tahun berapa? 2010..
PadamRasanya baru dapat je pengesahan halal dari
Jakim kebelakangan ini..untuk mendapat pengesahan
melalui SMS sila semak,
HALAL-SEMAK-No Pendaftaran Syarikat(ROC)
Contoh: HALAL SEMAK 1234x
dan hantar ke 15888
harap maklum..