Khasiat Makanan Saranan Nabi





Buah Ara fig (fin) Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.



Fenugreek (Hulbah) Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).



Tamar kering (tamr) Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.




Halia (zanjabil) Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Jun 21, 2010

18 Komen:

  1. Terima kasih zul info menarik keknya kawan nei makan kurma bulan puasa aje... Buah Ara fig payoh juge nok jumpa sini. Terima kasih berkongsi info menarik ini.

    BalasPadam
  2. buah ara ( fig) te mmg sedap..biasa juga membeli nya cuma fenugreek (hulbah) tu belum pernah jumpa lagi. Thanks info sangat berguna.

    BalasPadam
  3. salam zul..koi pun sama juga buah kurma makan time bulan pose je

    BalasPadam
  4. Musim makan Kurma semakin hampir..

    BalasPadam
  5. penoh jugek makan buoh ara. tapi bukan ara fig kot. hehehe

    BalasPadam
  6. good info bro thanxx :) berminat nak tau lebih mengenai hulbah pas ni :)

    BalasPadam
  7. sedap kurma..suke sangat!ehehe..
    nway, mne shoutbox..xjumpe pon..huhu..

    BalasPadam
  8. salam cik zul

    trima kasih share info ni
    hana amalkan makan tamar hari2
    bertenaga sepanjang hari
    alhamdulillah
    petua yang pernah hana dapat kalau amal selalu waktu mengandung, anak nnati kulit mulus kemerah2an..

    BalasPadam
  9. salam,
    nak tanya ada tak buah untuk kuruskan badan... huhuhu

    masa ngandung elok makan kurma... anak2 insyaAllah cerdik... :)

    BalasPadam
  10. mana nak beli buah ffig ni agaknya ye...
    agak2 kedai2 arab yg jual2 kurma n lain2 mkanan arab tu ade x??

    BalasPadam
  11. memang suka makan buah ara dan kurma tu...halba kurang pulak hehehe

    BalasPadam
  12. salam ziarah en zul.
    amalan kita praktikkan bila bln puasa je.lepas raya terus hilang.kang elok kalau berterusan.lagipun khasiatnya banyak.lg satu mungkin bekalan susah kot masa bln biasa.hulbah tu kwn tok pernoh jumpe lg

    BalasPadam
  13. salam...

    depan umah koi ade pokok ara,tp xtau la jenis ape..kalau buah yg muda tu org salu buat ulam,hulbah tu halba la kan? salu masukkan dlm bubur atau masukkan mase nak masak nasik lemak.

    BalasPadam
  14. kome minat ngt buah hat atas sekali te!

    apa yang nabi cckp,adalah yang baiknya...=)

    selawat ke atas nabi!

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama21 Jun, 2010

    salam,
    setakat kurma tu penah lar makan..tapi yang lain tu belum penah cuba..pasti byak khasiat2

    BalasPadam
  16. sala,..
    saya belum pernah jumpa hulbah tu.. nanti kalau jumpa nak try makan.. kat pasaraya tak pernah jumpa pulak yer...

    apapun saya suke sangat buah fin tu.. tapi payah jugak nak jumpa kat sini.. kena cari kat kedai yg ada jual barangan dari mekah...

    BalasPadam
  17. salam
    buah fin tu memang sedap
    memang aku suka memakannya

    BalasPadam
  18. Makan makanan nabi ditambah dengan cara makan nabi, InsyaAllah dikurniakan kesihatan berpanjangan.

    BalasPadam