Janda-Janda Panas







KUALA TERENGGANU - Dua wanita yang berstatus janda menyembunyikan 20 botol dadah di dalam coli ketika polis membuat serbuan di hadapan tandas awam stesen bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, dadah seberat 83 gram bernilai RM28,000 itu dijumpai pada salah seorang daripada wanita itu pada serbuan Khamis lalu, kira-kira jam 6 pagi.

"Kita percaya wanita itu yang juga pengedar dadah berada di situ untuk menunggu pembeli," katanya ketika ditemui di pejabat narkotik IPK di sini, hari ini.

Beliau berkata, seorang daripada wanita itu berumur 43 tahun mempunyai empat orang anak dan cucu, beralamat di Rantau Panjang, Kelantan manakala seorang lagi berumur 30 tahun beranak satu dari Kuala Lumpur.

Roslan berkata, wang RM106 dan mata wang Thailand 1,410 bath turut dirampas daripada wanita itu.

Katanya, hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita yang juga rakan baik itu juga menagih dadah jenis pil WY dan mereka direman Mahkamah Majistret Terengganu sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut.

BERNAMA


Macam-macam cara orang nak mudah kaya sekarang ni. Cara mereka seludup pun semakin hari semakin canggih dalam mengabui mata penguatkuasa.Pernah terbaca jika dulu ada yang sanggup telan dadah yang di isikan dalam kondom.Mungkin agak bahaya kerana ramai yang mati bila kondom itu pecah dalam perut pembawanya,cara ini telah di hindari.

Selain itu ada yang merendam pakaian mereka dalam rendaman heroin dan memakainya untuk melepasi kawalan pihak penguasa.Nasihat saya cari lah rezeki yang halal..anda boleh lakukan banyak perkara yang lebih baik dan halal untuk menyara hidup..Wallahualam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Jun 21, 2010

32 Komen:

  1. wah ada telan kondom?? gile ke hapa??

    BalasPadam
  2. Maru yeek sampai telan kondom. Maru org sekarang byk buat kije yang membawa padah.

    BalasPadam
  3. salam..
    isk..isk.. macam-macam cara nak musnahkan generasi kita ni.. haritu janda gak.. kat segamat.. betul.. baik cari rezeki halal.. jual goreng pisang ke kan.. sambil menjual tu dapat makan goreng pisang.. hehehehe

    BalasPadam
  4. kat dunia bole la lepas..
    kat akhirat nanti jawab la ngn BIG BOSS..

    BalasPadam
  5. dasat janda skang, uhuuhu!

    BalasPadam
  6. lagi catu terbongkar kelebihan memakai BRA...
    OPSSS.....
    ades.... pakaian dalam tu dicipta untuk benda lain tapi lain pulak digunakannye...

    BalasPadam
  7. salam...kunjung balas!
    ganahh orangg ganu nie..boh celoh tu..jerr.
    Tu lah akibat tuntutan nafsu yang inginkan kemewahan yang cepat.malas berusaha,sedangkan bumi malaya ini penuh dengan rezeki halal.Bangla pun tahu nak hidup kat Msia ni..pandai jer dia cari lubang duit..tapi segelintir org Msia tidak nampak tu semua..atau mmg malas berusaha!!!

    BalasPadam
  8. taktik baru ke ni.. adehhs

    BalasPadam
  9. mcm2 gaye tektik yak!hmm..pening jugek dia org ni..kaakh!!!

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama21 Jun, 2010

    salam zu..betul zul mereka nak cepat kaya dgn cara mudah tetapi merbahaya n menjahanamkan diri sendiri..mereka ni sebenarnya malas nak kerja..itulah jadinya..

    BalasPadam
  11. mcm2 gaya org nak buat duit haram...
    ade jer ideanye...
    sepandai2 tupai melompat akhirnye jatuh ke tanah jua...


    mane dpt gambo bra te? ;p

    BalasPadam
  12. pelbagai guna, dulu orang isi duit bila nak ke paso, sekarang 'barang' tu pon bole isi

    BalasPadam
  13. salam,
    mereka nak cari rezeki mudah...
    Akhirnya terjerat juga..

    BalasPadam
  14. smlm ade dgr berita ni pastu polis tunjukkan brg bukti...klakar plak nmpak org fokus kat gambar bra hehhehe

    BalasPadam
  15. dekat akhbar lagi satu cerita pasal nenek.. cerita yang sama.. tajuk berbeza.. nampaknya tajuk ni lebih panas..

    BalasPadam
  16. kantoi juga akhirnya. ha ha ha

    BalasPadam
  17. Caya lah..patut arr Coli yang dipakai tu bersaiz besar..

    BalasPadam
  18. nk cpt dpt duit, ingt sng.. memula mmg syiok le dpt duit tu enjoy, lelama menjawab le ddk dlm penjara.. penjara pun enjoy gak tu bg org camtu..

    BalasPadam
  19. salam zul,
    kesian org2 cenggini...
    patut hantar ke sekolah pondok.

    BalasPadam
  20. salam
    hukuman terhadap kesalahan yang ada selalunya gagal membuatkan pesalah serik
    ...nanti mereka akan buat lagi berkali-kali

    BalasPadam
  21. salam,

    sotong kering tu nanti jadi bahan bukti mahkamah juga ke hehe..

    BalasPadam
  22. hai..macam2 skrang ni..asal jadi kaya

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama21 Jun, 2010

    Aslmkm.
    Hehe ... manusia diberi akal tp disalahgunakan! Semoga anak cucu kita terpelihara, amin.

    BalasPadam
  24. Assalamualikum.
    dulu2 bila org sebut 'janda' saya terasa juga,tapi sekarang dah tak kisah sebab memang kenyataan...tapi insyallah janda yang berwawasan bukan yang menghancurkan masa depan...insyallah..

    BalasPadam
  25. adoi... giler apa simpan dadah dlm coli.... haha

    BalasPadam
  26. Errr... camne dia sorok tu wehhhhh... mesti nampak besor gile kan....

    BalasPadam
  27. Semoga menjadi iktibar kepada yang lain

    BalasPadam
  28. mmg panas lar diorang lepas neh..tunggu tali gantung je..

    BalasPadam
  29. Biasanya yang jadi 'kuda' pembawa ini perempuan, sebab lemah dalam penilaian baik buruk. Kasihan, kekangan hidup mendesak mereka ini. Atau, tidaklah melarat, cuma gelap mata dengan ganjaran hebat, maklumlah, besar risiko, besar habuannya.

    BalasPadam