Salam aok me? Malam Jumaat lepas dalam rancangan Forum Perdana Ehwal Islam di TV 1 yang di pengerusikan oleh Ustaz Iszam Padil (JaKIM) dan di jemput dua orang ahli panel terdiri dari Datuk Dr. Maamor Hj. Osman (PPIM) dan Hjh. Saimah Mukhtar ( JaKIM)
"Nampak macam Halal rupanya Haram"
Sinopsis:Terdapat pelbagai makanan dan barang gunaan harian kita pada hari ini, pada asalnya mungkin halal atau hanya diketahui halal, sebaliknya jika diteliti dengan lebih lanjut, rupanya adalah tidak sesuai dan haram digunakan.. namun sikap sambil lewa pengguna kadang-kadang menyebabkan penggunaannya masih berleluasa...
Koi amat tertarik berkenaan dengan isu pinggan mangkuk yang tidak halal yang di kenali sebagai FINE CHINA BONE yang berkemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang khinzir yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi 'clay'. Proses yang sama digunakan untuk membuat pinggan daripada ceramic cuma selalunya ia menggunakan tanah liat.
Gambar Hiasan Ehsan GOOGLE
" FINE CHINA BONE PRODUCT" terdiri dari pinggan,cawan dan sebagainya."Made of fine white clay mixed with crushed animals bones" . Jadi yang perlu diteliti disini adalah perkataan 'bone?' itu sendiri yang membawa maksud bahan yang terkandung di dalam pembuatannya yang terdiri dari kandungan tulang- temulang yang tidak di pastikan tulang apa.
Tujuan mereka menggunakan tulang tersebut adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus. Warnanya juga lebih putih dan ringan. Biasanya pengeluar produk ini adalah negara2 yang merupakan negara yang menjadikan KHINZIR sebagai sumber protein di dalam menu harian mereka. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, tulang-tulang ini kemungkinan besar adalah dari sumber tersebut. Walau bagaimana pun, pinggan-mangkuk dari sumber ini dijual agak mahal berbanding barangan porcelain biasa, mungkin bahan dan prosesnya lebih rumit.
Ia biasanya akan dipamerkan di bahagian pinggan mangkuk yang eksklusif. Jadi
kepada semua berhati-hatilah ketika membeli pinggan mangkuk untuk kegunaan kita seharian. Terfikir koi, apa agaknya kesan kepada kita dan anak-anak jika mengunakan produk ini setiap kali menikmati sajian? Sebagai umat Islam koi rasa terancam dan kesal sikap peniaga yang menjual pinggan mangkuk import ini tanpa memikirkan sensitiviti orang islam.
Oleh itu terpulang sepenuhnya kepada kita untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Sekiranya anda was-was seeloknya periksa labelnya terlebih dahulu. Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat. Ingat mencari yang halal itu adalah fardhu buat setiap orang islam.Wassalam
yup! terima kasih atas peringatan!
BalasPadamtidak terfikir pun pasal itu!
nasib baik guna pinggan manggung yg xmahal hahahha
BalasPadamterima kasih bang..kena beringat sokmo ni...hehe..
BalasPadammmg pernah nampak perkataan "bone" pada pinggan,terutama di hotel-hotel 4/5 star.mmg cantik tetapi perkataan "bone" tu meragukan,tq bro kerana berkongsi.
BalasPadamsalam zul,
BalasPadamnak harap peniaga sensitip bende² cenggini?
mimpi laaa...
buyer mcm kita la nk kena berilmu
thanks for sharing.
Macam2 bender haram sekarang nie jadi kita kena lebih peka dan mengambil berat. Terima kasih info yang baik dan menarik zul.
BalasPadamBerat dah ni..pinggan pun boleh dibuat dengan benda asas yang haram..
BalasPadamsalam zul..terima kasih diatas peringatan zul..betul zul,ini perkara sangat penting tapi selalunya kita tak tahu tentang ni..makciklah tu..tapi kalau pinggan tu mahal..rasanya dirumah tak adalah pinggan yg mahal2..yg bimbangnya kalau makan dihotel kemungkinankah mereka menggunakan pinggan yg mahal2..tak tahulah..selalunya pinggan mereka ni berat2 ..
BalasPadamsalam sejahtera...
BalasPadamterkejut saya baca...
eeee. pinggan pun dorang wat dari tulang kerbau pendek... saya memangcukup anti gan produk2 kerbau pendek tu.. sebab selang sebuah umah saya pun ade kilang sosej haram kerbau pendek, selalu dorang duk angkut binatang tu time 2,3 pagi.. tension saya...
isk.. kena hati2..
betul. baik makan dalam pinggan murah kan..
Terima kasih share info yang amat berguna ni..
nanti dah kerja nak beli pinggan murah aje :)
salam zul..
BalasPadambahaya ni..
ini first time dengar.
BalasPadamterima kasih atas info nih....
hai..kenapala dengan khinzir ni leh cipta macam
BalasPadamkadang2.. dalam kita berhati2.. ada juga yamg terlepas.. mujur ada yang saling mengingatkan..tq
BalasPadamtima kasih atas peringatan, ingat memperingati sesama Islam... Nice post...
BalasPadamwah...nak kena check pinggan yg mrs tomyam beli tu ...bahaya jugak ni..
BalasPadamsalam...baru saya tahu mengenai hal ini, segala hal kita buat harus pastikan halal haramnya, kalau ragu baik tinggalkan
BalasPadamkite guna pinggan tanah liat bro hu3 =)
BalasPadamSalam...
BalasPadamterlepas plak entry bro zul ni.. sama mcm entry terbaru Ustaz Love... maybe masa ni Ustaz Love belum kenal bro zul lg ;)