Dipenjara Buat Belon 'Chewing Gum' Dalam Mahkamah





Gambar Hiasan Ehsan Google



Seorang lelaki Australia dihukum penjara 30 hari kerana membuat gelembung gula-gula getah di dalam mahkamah, menurut satu laporan hari ini.

Akhbar News Limited, berkata Mirza Zukanovic, 20, dihadapkan ke mahkamah berhubung dakwaan berkaitan serangan apabila dia membuat gelembung gula-gula getah sehingga ia pecah ketika memandang terus ke Majistret Rodney Crisp.

Majistret itu tidak mengarahkan Mirza untuk meminta maaf sebaliknya dengan berang mengeluarkan arahan supaya dia dipenjarakan dan menghantarnya ke lokap susulan tindakan itu yang dianggap tindakan melampau ke atas mahkamah dan mencabar pihak berkuasa. Dia kemudian dibebaskan Mahkamah Tinggi Melbourne, menangguh hukuman itu bagi menunggu keputusan rayuan terhadap penghakiman berkenaan. - AFP


**Moralnya..jangan berlagak depan hakim di mahkamah.Dah tentu bila kita mengadap hakim nak terima pertuduhan atau hukuman..bermuka baiklah,jangan sombong dan nak berlagak besar kepala pulak..kan dah kena..he he.
Wallahualam..


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Jun 18, 2010

20 Komen:

  1. mcm mencabar majistret jer buat camtu smbil pdg muke dia...body language pun kena jaga...

    BalasPadam
  2. Agree.Ada bangsa didunia ini yang tak makan saman..berlagak tak kira tempat..rasanya orang Melayu antara yang suka berhati2. Lihat saja peribahasa kita yang banyak sekali tentang ini. We are very particular about this.

    BalasPadam
  3. tu le seronok jadik hakim, kata-katanya bagaikan hikmat, jangan buat silap je dengan dia

    BalasPadam
  4. order! order! chewing gum se. hahaa

    BalasPadam
  5. salam,

    eloklah tu bagi pengajaran sebab mahkamah tu pun tempat jatuh hukum..

    BalasPadam
  6. salam zul,
    mmg lah dia saloh & xbetul keknyer majistret baran juge. mentang2 kuasa di tgn dia. bagilah peluang dia mtk maaf dulu...

    BalasPadam
  7. Thanks foe share..salam kenal


    Visit me yah my page
    Or my site @ Trimakasih

    BalasPadam
  8. la...pasal chewing gum je...tu pun nak denda...aku rasa hakim tu adalah masalah mental kot...

    BalasPadam
  9. Jangan buat berbagai dah dpt paedoh..ganas juge hakim tu yeek... hehehe...tak berapa empuk kawan rasa hakim tu.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama18 Jun, 2010

    macam-macam hal ek..kelakor jgak bile pikir kan betul2

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama18 Jun, 2010

    salam zul..hehe makcik cukup benci kalau ada orang yg mengunyah chewing gam tak kira tempat..macam tak beradat..patutlah magistrate tu marah..macam nak berlagak depannya..

    BalasPadam
  12. berani nyer mau lawan sama hakim....hehehe

    BalasPadam
  13. wah agak kurang ajar..tidak menghormati makhamah..ptt kat singapore chew gum di haramkan

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    "Seorang Lelaki Berkahwin Dengan Anjing"

    BalasPadam
  14. yang tak beradab tu satu hal...
    yang jatuh hukuman sesukahati tu juga satu hal..

    takde ke penyelesaian yang terbaik?

    BalasPadam
  15. hahaha..kan dah dapat faedah dari kerja yang tak berfaedah tu hahaha

    BalasPadam
  16. wah! makan chewing gum pun kena penjara ker? hehe

    BalasPadam
  17. salam zul,
    puok ni mane reti beradab
    drpd hukum penjara...
    baik la soh dia sapu laman 20 buah rumoh sehari ke...

    BalasPadam
  18. Tu dia..gula gula getah bergelembung..dalam mahkamah pun sempat..

    BalasPadam
  19. kakkakakakakaahH!!!otai btul buat gitu dlm mhkamah!hahahaha.....cun ta!!!

    BalasPadam
  20. salam...
    hihiii... chewing punya pasal terus kena masuk lokap.. tapi memang patut sebab tindakan pemuda tu agak tidak sopan..

    BalasPadam