Dialog Manusia Malaikat Dan Syaitan





Manusia , Malaikat , Syaitan ..

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ?
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...
pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila.. (kalau sempat la..)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh? letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-NYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hei anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...


Moralnya dalam kehidupan seharian kita tak lepas dari godaan syaitan..maka sebagai manusia yang Allah beri kelebihan dalam berakal..fikirkanlah yang terbaik buat diri mu sekalian..Wallahualam.

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Jun 30, 2010

39 Komen:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salam,

    mmg susah nak lawan bisikan syaitan ni,kdg2 kita menang,kdg kita kalah..

    BalasPadam
  3. Manusia - Uuhhh? malam nier ada game la...
    Malaikat - Wahai anak Adam, pergilah bersolat sunat tahajuud atau solat sunat taubah.
    Syaitan - Hei anak Adam, bola 4 tahun sekali..solat setiap ari leh solat huhuhuhuh....

    BalasPadam
  4. Salam Zul..Bisikan setan mmg sukar nak tepis kecuali org yang mmg kuat imannya..moga kita juga akan menjadi org yg kuat imannya.

    BalasPadam
  5. salam,
    banyak buat yang syaitan suruh dari malaikat...
    mausia... manusia...
    Termasuk lah mas seklai... huhuhu

    BalasPadam
  6. kita banyak ikut bisikan syaitan kita tak sedar kan...terutama lelaki kalau nampak perempuan cantik atau perempuan seksi tak cukup kain mesti nak toleh tengok... tu bisikan syaitan la tu...sama la pompuan kalau nampak benda yang tak baik hal org mesti nak mengata... tu juga bisikan syatan....tak puas hati denga org lain juga perangai setan...

    BalasPadam
  7. salam,

    A uzubillahi minas syaitoni rojim...

    BalasPadam
  8. salam

    yup
    dalam jantung hati ni selalu mcm2 bisikan ada
    bila dgr kata jangan pergi
    ada lak yg tambah, alaaa ramai je org lain pergi
    diri sendiri lak kata, a ah org yg baik lebih dari aku pun pergi, aku ni siapalah sgt
    kuikui..
    last2 terjebak...
    mmg ramai pun yg pergi
    huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

    tq kerana nasihat
    hehheheh

    sihat ke?
    i prob la lately, lalala

    BalasPadam
  9. salam,

    memang tu kerja setan menyesatkan umat manusia..

    BalasPadam
  10. nampok senang je nok buat baik tapi berat tulll

    BalasPadam
  11. salam..
    iman yang kuat aje mampu tangkis semua tu..
    hihii tengok gambar atas tu teringat masa kecik dulu..

    saya lukis gambar syaitan camtulah.. lepas tu tunjuk kat akak saya...
    saya cakap kat dia " camnilah rupa syaitan along.."
    lepas tu akak saya tanya " pernah tengok syaitan ke? cane taw rupa dia?"

    saya jawab"Err.. tak pernah tengok... agak2 sebab dalam buku cakap syaitan ada tanduk."

    hahaa.. memang kelakarlah mase kecik dulu.. lurus bendul saya ni..

    BalasPadam
  12. prnah dgr satu ceramah,
    ustaz tu ckp kita msti betul2 melawan bisikan syaitan sbb syaitan telah bisik pd kita sejak kita kecil lg...

    semestinya kita kdg2 akan terikut bisikan syaitan...tp seharusnya kita sbgai manusia memperbaiki diri kita dgn amal dan sentiasa mengingati suruhanNya...

    trima kasih kerana mengingatkan... ;)

    BalasPadam
  13. Setiap manusia tidak lari dari melakukan dosa hanya segera bertaubat yg perlu di lakukan tue la cara tarbaik untuk setiap umat di dunia nie....

    BalasPadam
  14. salam bang, kebanyakkan sekarang kita lg byk dengar bisikan syaitan kan.. lebih2 lg tang nak bgn pagi tu..pehhh liat tul...

    BalasPadam
  15. dlm quran dah sebut, syaitan xakan pernah berputus asa menyesatkan anak adam...

    BalasPadam
  16. Sesungguhnya aku berlindung drp syaitan yang direjam. Mulakan apa jua dgn Bismillah insyallah syaitan larik punya.

    BalasPadam
  17. Salam...

    Memang dah dinyatakan dalam alQuran bahawa syaitan itu musuh manusia yang nyata

    BalasPadam
  18. manusia mmg x prnah lari dr godaan syaitan..
    even tngah smayang skalipun...

    dan dialog2 kat atas 2,
    sngatla 'terkena' kat batang hidung sndr..
    he3...

    BalasPadam
  19. Aku berlindung Dengan ALLAH, daripada syaitan yang direjam...

    BalasPadam
  20. Arrrggh ... persetankan Syaitan !

    Kita bangkit, lawan mereka ..

    BalasPadam
  21. hahaha...komen sahrom tu...
    x tahan... ;p

    susah nak lwn godaan syaitan ni coz kita x nmpak dia...kalau nmpak dia ckp camtu dpn mata mmg kita x ikutnyer hasutan dia...marilah kita kuatkan benteng diri...kalau ade dua pilihan/bisikan serentak pilihlah yg baik...masing2 ade akal...

    BalasPadam
  22. erm... btol la tu bro... ade bisikan baik n jahat.... bisikan setan la yg kdg2 kita lbh ske dgr

    BalasPadam
  23. begitulah adanya bisikan sejak azali..thank you for sharing.

    BalasPadam
  24. syohh.. syohh pegi ko setan jejauh..

    BalasPadam
  25. salam..
    kalau saya rasa malas2 selalu saya fikir syaitan akan meloncat keriangan sebab agenda dia dah berjaya.. lepas tu mesti saya tak malas dah.. tulah cara saya lawan perasaan malas tu..

    BalasPadam
  26. setan??
    kita kena kuat untuk menentang setan...\dan paling penting kita kena kuat untuk diri sendiri..

    BalasPadam
  27. memang satu cabaran nak elak godaan..tp kalau kita nmpak mcm mana syaitan meraung2 sb kalah dgn kita, mesti kita selalu nak wat baik dan menang, kan?

    BalasPadam
  28. salam
    'aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam'

    BalasPadam
  29. t kasih zul...
    moga aok sekeluarga sntiasa dlm redha allah & ceria selalu )

    BalasPadam
  30. salam zul
    entri ini bagai suatu muhasabah diri, mengenang kembali salah silap kita yang nyatanya banyak menjurus kekesalan.

    BalasPadam
  31. salam, bagus posting ni..banyak jugak jawapan diri sendiri ini yang berwarna merah tu huhuhu

    BalasPadam
  32. Tanpa Nama01 Julai, 2010

    Aslmkm Zul.
    Semua kerana sudah ditetapkan dunia ini adalah tempat persinggahan untuk menentukan kedudukan kita di Akhirat Sana.
    Manusia dijadikan bernafsu & berakal;
    Malaikat dijadikan sebagai Hamba Allah tanpa nafsu;
    Syaitan diberikan keizinan untuk menyesatkan Manusia kerana angkuh & engkar.
    Allah Maha Bijaksana: Orang2 beriman berkemampuan menggunakan akal supaya kukuh & teguh iman mereka.
    Semoga kta tergolong di dalam golongan orang2 beriman! Amin.

    BalasPadam
  33. saalam.
    thanks sharing.. :)

    BalasPadam
  34. wah! byk godaan syaitan ni... ape2pun thnkz uncle! sbb mengingatkan kami semua... :)

    BalasPadam
  35. salam.... jadi pelajaran dan pengajaran

    BalasPadam