PENJUAL kuih, Madinah Zen, 49, dibantu anak saudara, Abdul Najib Solo, 29, (kiri) masih menjual kuih pada harga 10 sen sebiji di Kampung Hilir, Sibu. Beliau yang menjual kuih lebih lima tahun di situ berpendapat bersedekah sambil berniaga lebih baik daripada menjual kuih pada harga tinggi sehingga orang kampung tidak sanggup membeli. - Foto Rosdan Wahid
PEMAIN bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak dan isterinya yang juga pelakon, Rita Rudaini, berjalan keluar dari Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini. Mereka dikenakan hukuman denda RM500 atau penjara 15 hari selepas mengaku bersalah bernikah di luar kariah iaitu di Majlis Agama Selatan Thailand Wilayah Songkhla pada jam 9.30 malam, 28 Februari, 2008. - Foto Sairien Nafis
SEBAHAGIAN daripada anggota tentera memeriksa kesihatan sebelum menderma darah pada Kempen Derma Darah HUT MK Medan Tentera Darat ke-29 di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. 6 Mei - Utusan/FARIZWAN HASBULLAH
PENGUSAHA batik, Mohammad Zaini Ab. Rahman daripada Terengganu bersama kereta Nissan Murano yang dimenanginya dalam peraduan Buy One Win One di Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, 5 Mei. - Utusan/ASWAD YAHYA
Salam aok me..sedikit warna warni kehidupan hari ni petikan dari akhbar tempatan sebagai renungan dan pengajaran..yang baik jadikan iktibar..yang tak baik jadikan sempadan hidup kita yang hanya sementara..Wassalam
makcik madinah zen.. meh la jual kuih kat umah saye.
BalasPadammesti tiap2 hari sy beli kuih makcik..
huhu
waa murah nyer..
BalasPadamkalau jual kat sini, mesti cepat je habis stok
moga makcik madinah murah rezki
BalasPadammoga org lain x ikut cam depa ni kawin lari
moga jd iktibar dan ikutan lain2 agensi (peringatan tuk diri sendiri-kena cr balik buku merah)
hehehe..warna warni cam pelangi..
Aslmkm.
BalasPadamArini Zul jd tukang penyampai berita sambilan gayanyer! Hehe.
sedapnya kuih...
BalasPadamnape la kat tmpat sy xde kuih harga seposen..
msti tiap2 hr sy beli...
salam zul,
BalasPadammakcik buat kuih, mas jual kat sini ... boleh... :)
Salam kawan bz sikit hari ini kawan...apa kawan nak komen kuih tu murah betul jual kat sibu 10sen kat sini 3 sehinggit huhuhu........
BalasPadamsalam zul..susah nak cari orang spt puan madinah..agaknya berkat rezeki yg dicarinya..berniaga sambil bersedekah..ditempat makcik sekarang kuih harganya meningkat..4 untuk rm1.00.
BalasPadamsalam sejahtera..
BalasPadammurahnya kuih makcik tu jual..
sini harga kuih 3 ketul RM1
kadang-kadang seketul kuih 0.40 sen..
erkkk...nak beli pun fikir 10 kali..
bai buat sendiri.. puas hati.heheh
opocot rita rudiani rupeneye... ingat TTT tadi.. ekekekek
BalasPadamseposeng jek.. murah rezeki makcik tuh
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamHarga kuih, sebiji 40sen, dua biji 70 sen tiga biji seringgit, apa macam ini....mana datang itu 40 sen,mana datang itu 70 sen...???
salam
BalasPadammurah giler kuih makcik tu...
nk pindah sibu la cenggini lalala...
nk ikot?
best..tak sangka ada lagi kueh 10..bgusla.ada penjual yg tidak mementingkan keuntungan
BalasPadamsalam..wah, dapat keta tu memang berbaloi2...rezeki kan
BalasPadamKoi ingat awok lepas ke Sibu tadi.Popaleh la muroh weh...
BalasPadamkuih tu murah sgt...sure saya jadi regular customer hari2 kalau ada org jual kuih semurah tu
BalasPadamnapo la mak cik madinah tak jual kek somban nih??
BalasPadamgombiro idop den.......
tetibe teringin nak taip dalam loghat n9
wahh, makcik madinah niat bersedekah.
BalasPadambkn senang jmpe org cmni.
rezeki dia pon mesti akan dimurahkan. insyaAllah..
murah rezeki makcik tuh :-)
BalasPadamwth seposen jeh!! wahaaa bagus gila kalau semua peniaga rasa fikir macam macik tuh
BalasPadamsi rita n suaminya pun satu, benda yang baik disorokkan haa
Kuih seposen?...macam tak percaya saja..
BalasPadam