Wanita Dalam Solat






Gambar Hiasan Ehsan GOOGLE



Wanita Solat di Belakang Lelaki


Hadith:

Abu Naim menyampaikan kepada kami katanya, Ibnu ‘Uyainah menyampaikan kepada kami, daripada Ishaq katanya:”Nabi s.a.w solat di rumah Ummu Sulaim lalu berdiri dan seorang anak yatim di belakang baginda dan Ummu Sulaim di belakang kami.”

(Bukhari)

Huraian :

Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa', ayat 34 yang bermaksud :"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan."

Sembahyang dalam Islam membabitkan perbuatan pelbagai pergerakan zahir dan batin. Ia tidak mengandungi semata-mata upacara keagamaan serta tidak bercampur aduk antara lelaki dan wanita.

Islam menggariskan beberapa peraturan untuk menentukan umatnya beribadah kepada Allah S.W.T secara tertib dan beradab bagi mencapai kekhusyukan dalam menunaikan ibadah kepada Allah.

Dalam peraturan menunaikan sembahyang berjemaah lelaki dan perempuan, Rasulullah bersabda: 'Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir, manakala sebaik-baik saf bagi wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang pertama.' (Riwayat Muslim).

Bila saf terisi penuh, maka mulailah dengan saf yang baru dari arah sebelah kanan. Bila yang terbelakang hanya seorang diri, maka usahakanlah ia dapat masuk saf yang sudah ada; atau tariklah seorang anggota saf yang ada untuk menemaninya (yang ditarik pasti mahu, andaikan ia mengerti tata tertibnya).

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Mei 22, 2010

37 Komen:

  1. terima kasih... memang bermanfaat infonya dan patut sangat dibaca

    BalasPadam
  2. salam
    info berguna...

    BalasPadam
  3. Salam Zul..

    bagus info berguna..harap blogger yang memberi komen sila baca..jangan komen saja tanpa membaca..

    BalasPadam
  4. salam zul,
    t kasih bkongsi tazkirah.

    koi nk mtk tolong pasal virus yg aok kabo kena ke blog aok ter. boleh tolong detailkan sikit sbb blog koi pun dah jadi gitu.

    mula2 ande bunyi radio ntahapehape pastu xdapat bukak pulok. kalau dapat buka pun mcm2 warning yg kuor. slh 1 punca kala xsalah dari http://zettapetta.com koi ni bkn reti ngat pasal teknikal ni.

    koi bimbang kalau formatpun xslesai masalah juga sbb mungkin virus tu punca dari blog koi aje. takut rodong2 nk dtg umoh koi ande hantu weh!
    koi berehat dululah dari berblog, bmbang bjangkit ke rodong2 :(

    jazakallah...

    BalasPadam
  5. alhamdulillah...
    dpt juga info2 yg sblm ni sy xtau...
    trima kasih kerana berkongsi...

    BalasPadam
  6. salam Zul
    syukran laka ye bro.teruskn usha murni ini.
    maaf x dpt nak jejak blog Zul bila saya di tempat kerja kerana msalah broadband macam biskut chipsmore.:(

    BalasPadam
  7. TQ info yang bagus utk solat berjemaah.

    BalasPadam
  8. mulianya insan bernama perempuan..yang jaga sahsiah dan diri dia untuk suami dia kan.

    BalasPadam
  9. salam zul,
    makcik nk komen para terakhir n3 anda.

    menurut sebuah buku yg makcik baca,

    Ensiklopedi Kesalahan Ibadah yg dikarang oleh Syaikh 'Abdul 'Aziz bin Muhammad As-Sadhan terbitan Al-Qowam, Indonesia, pd halaman 321 - 322, dikatakan bahawa "seseorang menarik makmum yg ada di depannya ke belakang agar menemaninya membuat shof baru" adalah suatu kesalahan. Adapun yg diriwayatkan dalam hadits, seperti "Apabila salah seorang di antara kamu sampai ke shof, dan ternyata shof itu telah penuh, maka hendaklah ia menarik seseorang untuk bergabung dengannya dengan cara memposisikannya di sampingnya." Hadis ini DHO'IF, bahkan sebagian kritikus hadits menilainya sebagai hadits MAUDHU' (PALSU). Menurut pendapat yang dipilih oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah bahawa apabila seseorang yang sholat kesulitan utk mendapat tempat dlm shof, maka tidak mengapa sekiranya ia berdiri seorang diri dan mengerjakan sholat berjamaah.

    wallahu'alam.

    BalasPadam
  10. 'Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir, manakala sebaik-baik saf bagi wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang pertama.'


    info best bro. bertambah bnyak ilmu ...

    BalasPadam
  11. Salam Zul ,

    Tambah nilai ilmu yang ada . Tq okeh

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama22 Mei, 2010

    Aslmkm Zul.
    Very good info & reminder. TQ Zul. Setakad Kak G berguru, begitu juga ilmunya.
    Ada pula pertikaikan tentang membuat saf baru tu ya ... Kak G berpegang kpd kebenaran bahawa Islam itu amat baik & mudah:
    Ilmu yg Kak G dpt ialah - jika sudah bermula solat ... makmum terbaru yg seorang diri disyorkan sekadar mencuit seorang di saf depan dan terus segera bersolat. Jika makmum yg dicuit itu mengerti, dia akan menapak ke belakang setapak demi setapak dgn langkah terhenti. Jika dia tidak berbuat demikian pun, tak mengapa. Makmum itu masih mendapat pahala berjumaah, cuma tak dpt pahala saf shj jika tdk ada makmum lain masuk bersamanya menjadikan saf baru.
    Penting juga utk pastikan setiap saf itu lurus & tdk terputus.
    Ehh, panjang pulak Kak G ikut berdakwah! Semoga kita semua mendapat ganjaran pahala & manafaat terbaik. :)

    BalasPadam
  13. islam itu indah dari segala segi

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama22 Mei, 2010

    salam zul..makcik takut nak kerumah pie..banyak sangat hantunya..singgah sekejab dah terganggu..hehe..harap pie baca..
    thanks for sharing..satu info yg baik untuk semua..

    BalasPadam
  15. Dari Blog kami bercerita
    Untuk tatapan sahabat semua
    ~~~@@@~~~
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    sorry lama tak ziarah kat blog kamu ni agak sibuk sekarang.. sorry againt

    Solat seorang wanita bersama imam lelaki.

    Diriwayatkan dari Anas, ia berkata, “Aku solat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi s.a.w., dan ibuku (ummu Sulaim) di belakang kami. (Hadis Riwayat Bukhari)

    Jika seorang lelaki dan seorang wanita solat bersama imam maka lelaki berdiri sejajar di sebelah kanan imam, sementara wanita ber-saf sendirian di belakang keduanya. Diriwayatkan dari Anas, “Bahawa Rasulullah s.a.w. mengimaminya, dan seorang wanita bersama mereka, maka beliau menempatkannya di sebelah kanannya, dan wanita tersebut di belakang mereka.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 269) (Rujuk: Sahih Fiqih Sunnah, jil.2, hal. 240, Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim)

    Imam Ibnu Abdil Barr rahimahullah berkata, “Para ulama bersepakat bahawa seorang wanita itu solat di belakang seorang lelaki dalam satu barisan. Yang disunnahkan adalah mengambil posisi tepat di belakang laki-laki, bukan di sebelah kanannya.” (al-Mughni, Ibnu Qudamah, 3/53-54)

    Seorang lelaki boleh menjadi imam solat bagi isterinya atau salah seorang mahramnya. Dan tidak boleh seorang lelaki mengimami seorang wanita asing (bukan mahramnya) seorang diri, berdasarkan keumuman hadis berikut:

    “Tidak boleh bagi seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita, kerana yang ketiganya adalah syaitan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

    Seorang lelaki boleh mengimami sejumlah wanita. Akan tetapi hal ini dibolehkan apabila aman dari fitnah.

    BalasPadam
  16. salam,

    banyak fadilatnya bila kita solat berjemaah..

    BalasPadam
  17. salam ziarah sahabat..

    BalasPadam
  18. @Afzainizam

    salam ukhwah saudara..
    terima kasih info tambahan ni
    amat saya hargai..

    BalasPadam
  19. @Mazru Majid

    terima kasih mazru
    jemput datang selalu

    BalasPadam
  20. @penjejak maya

    moga kita mendapat menafaat darinya
    jazakumullah..

    BalasPadam
  21. @mohdandmeriam

    salam mak cik
    kesian pie..
    saya cuba tolong dia
    terima kasih singgah
    sini mak cik

    BalasPadam
  22. @tehr

    alhamdulillah..
    moga kita semua
    beroleh rahmat Allah SWT

    BalasPadam
  23. @DDrfauziah

    SALAM KAK G..
    trima kasih atas
    info tambahan tu
    moga kita semua
    mendapat rahmat Ilahi

    BalasPadam
  24. @LiNda

    thanks for komen Linda
    jazakumullah...

    BalasPadam
  25. @Frodo Baggins

    moga kita mendapat
    ilmu darinya..sampaikan
    walau sepotong ayat..
    moga kita beroleh rahmat
    dari Allah SWT..
    dan bertakwa..amin.

    BalasPadam
  26. @makcik.shima
    salam ukhti shima
    (yang ditarik pasti mahu, andaikan ia mengerti tata tertibnya).
    jika tidak rasanya tidak perlu
    teruskan seorang diri..wallahualam

    BalasPadam
  27. @akuanakpahang
    terima kasih Yassin
    moga kita mendapat menafaat
    darinya..wallahualam

    BalasPadam
  28. @ummu

    salam ukhti ummu
    moga kita mendapat
    menafaat darinya..
    tak mengapa saya faham

    BalasPadam
  29. @zella y
    terima ksih Zella
    jemputlah datang selalu

    BalasPadam
  30. @piewahid

    salam akhi piewahid..
    permasaalahan aok ni
    kerana blog aok ada link
    SEARCH MALAYA yang dah di
    letak virus@spam di dalamnya
    munkin tanpa sengaja oleh
    pemilik blog kerana beliau
    ada menukar template baru2 ni
    mungkin terkena masa tu dan
    di ikuti oleh kita semua..
    cuba aok buang sementara..

    BalasPadam
  31. @ashrafi

    Moga kita semua
    mendapat menafaat
    dari entri ini
    jazakumullah

    BalasPadam
  32. Salam Abg Zul,slama ni koi asik berebut nak saf depan...upenyer blkg lebih baik yer...koi bkn ape,kalau kat sini,saf paling blkg budak2,deme suke wat bising...tu yg malas dok blkg..

    BalasPadam
  33. salam sejahtera.. bagusnya enrty ni..
    sama-sama dapat manfaat.. terima kasih..

    saya teringat dulu..kua dalam berita. kat luar negara.. smbahyang jumaat diimamkan oleh imam wanita.. memang kontroversi isu tu.. sah2 salah.

    BalasPadam
  34. terima ksih atas perkongsian ini :)

    BalasPadam