Salam aok me?Koi pernah bertanya pada seorang rakan cina mengenai gambar yang koi tengok dalam internet mengenai tokong menyerupai nama dan karektor orang melayu islam..jawapan rakan cina koi tu "memang ada" katanya dengan yakin..Koi bertanya lagi kenapa? Aok me tahu jawapannya.....?
Jelas kelihatan tokong ni berkopiah dan berbaju melayu..siap ada keris melayu lagi kat tepi.
"DATO GALI"katanya di Pelabuhan Kelang dan berkaitan juga namanya di kenali sebagai "Haji Ali".
Bersambung balik jawapan rakan cina koi tadi antara unsur-unsur yang menyebabkan terjadinya tokong berunsur nama dan watak orang melayu selalunya kerana jasa-jasa orang melayu yang terkenal tersebut kepada kaum cina yang di kawasannya.Orang cina dalam menghormati orang tanpa mengira bangsa dan agama adalah dalam bentuk tokong agar mereka boleh memuja dan menyembah pujaan mereka.Antara kriteria orang yang terpilih ialah:
- Jasa-jasa yang di tinggalkan oleh si polan suatu masa dahulu contohnya dalam membantu kaum ini di zaman susah.Zaman dahulu orang cina amat susah di Tanah Melayu dalam mencari rezeki.Sekarang ni rasanya generasi baru mereka tidak lagi melakukannya,sebab mereka pun dah kaya raya belaka.
- Si polan yang di jadikan tokong telah di anggap "ong" (bertuah) kerana membantu kaum ini menjadi senang,mungkin dari segi perniagaan atau perjudian jadi sebagai membalas jasa mereka tokong ini di buat.
Kebanyakan orang yang di jadikan tokong oleh mereka ni sudah meninggal dunia dan tanpa pengetahuan tuan punya diri.Jadi tiadalah timbul isu orang tersebut akan marah atau bangga dirinya di jadi simbolik tokong.Pada mulanya koi rasa pelik juga tapi ini adalah kepercayaan dan budaya mereka.
Oleh kerana penggunaan nama yang tak jelas dan selagi mereka tidak menyalahgunakan ayat-ayat Al-Quran atau sensitiviti orang islam koi boleh terima alasannya..dah cara hidup dan budaya mereka.Harapan kalau koi dah tiada esok tak de lah kengkawan cina yang jadikan koi simbolik tokong mereka.Bagaimana anda semua?Wallahulam..
Wassalam.
***Semua gambar di dalam entri ini adalah ehsan dari GOOGLE photo.
salam akhi Zul...
BalasPadamkali pertama tahu cerita , macam tu pun ada ka????
kalau org2 yg dipuja tu masih ada macamana reaksi depa no?
Salam minggu Zul ..
BalasPadamIskk... kalau dia hidup lagi , sure di tikamnya orang yang buat tokong dirinya .
Rasanya tak patut kot... siap ada memuja berasap. ngeriii .. hehe
salam aok,
BalasPadamlama tak dengar kabo, sihat ke aok
ooooooooo
ada gak eh cenggini
ajaran dan kepercayaan mereka kan
macam2 kan kepercayaan org ni
org islam melayu pun dah macam2 gak percayanya
egeggegege
salam..
BalasPadampelik2.. takkan la orang yang pernah buat jasa sampai buat tokong yek. siap puja2 lagi..ish2
salam,
BalasPadamteringat cerita seorang ustaz ni kebetulan dia tolong famili india ni bagi bantuan kewangan terus dorang sujud kat dia sembah macam dewa..
orang kita ada yang memuja orang yang masih hidup macam "Ayah Pin"... lagi teruk !
BalasPadamSalam...koi dh 2x taip komen pjg2 pastu DC...adeh la...penat tol...
BalasPadamkoi nk tanye ni,dr sudut agama,adakah family arwah yg dijadikan tokong itu berdosa krn tdk menghalang wlupun tau yg dijadikan tokong itu adalah nenek moyang mereka?
gitu rupanya yak.......
BalasPadamsalam zul,
BalasPadammakcik baru tahu hal ni.
dunno ada such thing...
d klang ada tokong atap bentuk kubah.
Aslmkm Zul.
BalasPadamYe le tu, gitu pun Kak G tahu ada.
Tp yg dahsyatnya, ada juga Melayu yg mmg jd 'tokpekkong' .. siap memuja jin2 iblis semua! Serammmm! Tapi sah Melayu & pastinya tidak Islam!
Dlm hidup di dunia ini ... lg jauh perjalanan & luas pergaulan kita, bermacam2 yg tak pernah terlintas di kepala pun kita tahu & lihat berlaku! Nau'uzubillah!
Kak G pernah berdepan dgn orang Melayu yg mengaku 'porkchop is succulent!' ... Astaghfirullahal Adzim. Namanya & bangsanya sah Melayu, tp tak semestinya Islam kan?
Semoga anak-cucu keturunan kita semuanya dipelihara oleh Allah SWT, amin, amin.
ada juga negara yang membuat patung [secara rasmi] negarawan / pahlawan mereka
BalasPadam...tak tau la pula mereka sembah atau tidak
salam zul..makcik baru tahu semua ni..macam2 sekarang ni ya..minta dijauhkan dari keturunan kita..
BalasPadamRasanya mmg tak kena sangat kalau menggunakan nama org melayu muslim dalam tok pekong dema tu.. ada unsur sensetiviti kaum juge..maaf cakap macam ada unsur menghina aje. Dekat bandor kawan ada juge sebutir nama Tok pekong ginie namanya kawan lupa dah.
BalasPadamsalam, x tahu pulak rupanya ader kewujudan tokong2 cam gini..=)
BalasPadamzaman kerajaan majapahit dulu kot...zaman agama hindu sebelum kedatangan islam..ke kat bali sane tu
BalasPadambiasanya yang di jadikan tokkong tuh ialah orang yang mula2 membuka tempat tuh... Ada cina pernah mintak tolong aku gulungkan rokok gulung... ingatkan dia nak isap tapi tak pandai gulung.. rupanya nak letak kat tokkong... PEACE...
BalasPadamSalam, Zul, terima kasih info, koi baru tau gitu tapi yg ada keris tu macam keris jawa jer.
BalasPadamdekat mana tu?
BalasPadamkebetulan plak eh..sy pun posting psl org Bali memuja Upin dan Ipin
BalasPadamPatung UPIN & IPIN di Bali, Indonesia!!
erkkk.. macam2 lah dunia..
BalasPadam@Chit Ana
BalasPadamini sumber yang koi dapat dalam google..
http://delimasakti.blogspot.com/2006/10/kembara-bagan-hailam.html
@Cikgu Jang ..
BalasPadamcikgu jang..
mungkin juga..
ini sumber yang koi dapat
dalam google:
http://delimasakti.blogspot.com/2006/10/kembara-bagan-hailam.html
pakai kopiah..hehe
BalasPadamish kenapa pelik sgt, ada tokong melayu, jgn org islam dan melayu pulak yang pi sembah..makin pelik2 la skrg.
BalasPadamjangan saja yang seagama dengan kita pun ikut apa yang diorang buat sudahlah. minta dijauhkan dari amalan amalan yagn sesat.
BalasPadamwallahu a'lam
salam zul,
BalasPadamelok juga dgr pendapat org2 yg alim dlm soal ni. cuma bagi koi, kita mmg xdpt nk kawal pemikiran non muslim ni. akidah kita berbeza dan bukan maksud dia mghina. itu nasib baik org, batu, tahi, bulan, matahari, hantu jembalang habis disembahnya...
malangnya mereka cuma memuja individu, kalau lah mereka menerima hidayah...
wallahu a'lam!
p/s kalau salah, betulkan koi.
salam sejahtera..
BalasPadamtak sangka saya... ada jugak tokong cam gini...
tak setujulah pakai nama melayu.. siap berkopiah.. nanti kalau budak2 kecik tengok mesti dorang keliru..
oh gitu la pulak..., tak pernah tahu pulak sebelum ni..
BalasPadammcm2....
BalasPadamade juga name2 mcm tu ye....
hurm...
memang ada kat Bandar Klang..sy org Klang sy tahu memang wujud..lokasinya kat depan panggung lama klang berhadapan dengan Domino Pizza
BalasPadamKat tempat kome pun ada..siap ada buah lagi..
BalasPadamsalam en zul.
BalasPadampd pendapat kwn benda ni x jd masalah besar.kerana tujuan mereka hanya menghargai jasa2 tokoh2 yg pernah membantu mereka satu masa dahulu.mungkin ini cara mereka menunjukkan perhargaan tanpa mengira warna kulit dan bangsa.cuma yg ditakutkan akan menjadi salah faham kepada org yg kurang kefahamannya.ini menuntut golongan agamawan lebih proaktif dlm menanggani permasalahan umat.yang jadi masalah besarnya apabila org yg beragama islam sendiri melakukan perbuatan org bkn islam dlm tindak tanduk kehidupan mereka.(pacifist)
salam,
BalasPadamsaya pernah jumpa salah satu tokong camni kat Melaka. masa tu tersesat kat satu kg China.(tak ingat nama). Masa tersesat tu terjumpa la tokong Datuk ... (tak ingat gak). tp memang nama melayu la.
Ustaz saya pernah cerita yg org zaman dulu memang camtu. Even nabi pun dibuat patung & disembah setelah beratus2 tahun dr kematian nabi tersebut. ini disebabkan mrk tiada sumber bertulis tentang agama. setelah lama kematian seseorang watak pujaan tu, watak tersebut didewakan & ditempatkan sama macam tuhan jadinya.
zul_av@yahoo.com
Salam, dengan menyembah begini tak mustahil terjadi nya jin2 yg bernama berikut.
BalasPadamharajul aswad juga sejenis tokong
BalasPadam