Salahkan Diri Kita Sendiri





Sebab-Sebab Penipisan Lapisan Ozon

Lapisan ozon di lapisan stratosfera semakin nipis / berlubang menyebabkan sinaran ultra ungu sampai ke permukaan bumi menyebabkan suhu meningkat.
Penggunaan bahan CFC dalam pembuatan pendingin hawa, penyembur aresol.
Penggunaan baja organik yang berterusan dalam pertanian yang menghasilkan nitrogen oksida.
Pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan nitrogen dioksida.
ujian senjata nuklear.
Peperangan yang menggunakan bahan letupan + cth.
Jet supersonik yang melalui lapisan stratosfera.
Pembalakan yang beterusan rnenyebabkan kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam udara.

Kesan Penipisan Lapisan Ozon:

Bertambahnya sinaran ultra ungu ke perrnukaan bumi - meningkatkan suhu bumi.
Penyakit spt katarak mata, kanser kulit.
Mengurangkan proses fotosentesis tumbuhan - karbon dioksida bertambah.
Memusnahkan sel mikro organisma / bakteria pada tumbuhan dan binatang menyebabkan tumbuhan / binatang mati.
Memusnahkan habitat rantaian makanan binatang apabila hutan musnah.
Berkurangnya hasil pengeluaran tanaman kerana penyakit dan pokok mati.
Membunuh sistem pelalian manusia dan binatang.
Peningkatan suhu rnenyebabkan pencairan ais / glesier - menyebabkan peningkata.n aras laut, isi padu air laut bertambah, kawasan rendah ditenggelarmi air / banjir + lokasi.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PERUBAHAN IKLIM

menghapuskan penggunaan CFC dalam penyembur aresol dan alat pendingin hawa untuk elakkan lapisan lapisan ozon yang menyebabkan kenaikan suhu diganti dengan helium.
Menapis asap dari kilang dengan menggunakan alat penapis asap untuk elakkan Kesan Rumah Hijau yang menyebabkan kenaikan suhu /hujan Asid.
Pertanian / Urbanisasi - dialankan secara terkawal spt plastik / tanaman penutup bumi untuk elakkan peningkatan suhu /jerebu.
Pengangkutan - kenderaan yang mengeluarkan asap dan gas beracun yang menyebabkan kesan Rumah hijau atau kenaikan suhu di atasi dengan:
menggunakan petrol tanpa plumbum / gas asli.
kurangkan penggunaan bahan api dan fosil.
kenderaan berkuasa elektrik untuk elakkan kesan rumah hijau.
Kurangkan pembalakan untuk elakkan suhu meningkat / angin kencang; penghutanan semula kawasan pembalakan.
Hapuskan ujian / penggunaan senjata nuklear / kapal supersonik untuk eIakkan penipisan lapisan ozon yang meningkatkan suhu.
Perlaksanaan undang-undang spt Mutu Kawalan Alam Sekitar,
Kesedaran kepada masyarakat spt pendidikan alam sekitar di sekolah.
Persidangan antarabangsa spt Persidangan Bumi Rio (untuk atasi Kesan Rumah hijau dan Persidangan Viena (untuk atasi penipisan lapisan ozon).
Kurangkan penyelidikan di Antartika.


Salam aok me..? Kita selalu mengeluh kepanasan kebelakangan ini..tanpa kita sedari kita manusia adalah punca segala kerosakan muka bumi yang kita lakukan..jadi gunakanlah kebijaksanaan kita sebelum bumi ini tidak mahukan kita lagi..Wallahualam
Wassalam




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Mei 08, 2010

18 Komen:

  1. alam sekitar kita semakin hari semakin teruk.. ozon pun dah makin menipis, tak lama lagi kita rasa macam matahari tu betul2 atas kepala je..wallahualam..

    BalasPadam
  2. salam,
    mas sokong sesiapa yang sokong untuk mempertahankan alam sekitar...!!!

    BalasPadam
  3. tangan sy da jadi hitam..sbb panas ni..pergelangan tangan ada bekas jam..memang iklim malaysia da terlampau panas.

    BalasPadam
  4. Salam zul...Kata org tua-tua sebahagian drp kita berbuat maksiat juga menyumbang kearah ini.

    Moralnya setiap amalan keburukan itu akan diberi balasan.

    BalasPadam
  5. Salam Zul..bawah ketiak kawan selalu saja mengelucas..memang semakin panas kita ni..

    BalasPadam
  6. Lorr...kita bersaloh ker...koi tak tau puinn...

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama08 Mei, 2010

    salam zul..mak cik rasa panas dulu, masa mak cik kecil2 dulu rasanya tak sepanas sekarang..lupalah diblog sapa makcik baca kelmarin,mengikut national geography, matahari dah mula nak beredar dan akan naik kearah barat..Allahhuakbar..

    BalasPadam
  8. tips2 yg menarik smoga lps ni ramai akan sedar...

    BalasPadam
  9. salam zul

    datang nak ucap selamat hari ibu pada ibu en zul dan ibu anak2 en zul..semuga mereka sentiasa diberkatidan dirahmati Allah hendaknya..amin

    BalasPadam
  10. Salam sdra Zul.
    Jika hanya setiap orang membantu kearah 'conservation' keadaan tdk memburuk begini.

    BalasPadam
  11. makin lama akan makin teruk..

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama08 Mei, 2010

    salam zul..hehe singgah sekejab..nak beritahu tentang kisah matahari tu..makcik baca dalam blog bujang senang..cubalah baca ya..salam buat uztazah juga.

    BalasPadam
  13. salam..
    encik zul...
    hoho... keta encik zul pon penyumbang penipisan ozon... moh le jalan kaki... hihi...

    manusia buat kerosakan, manusia balik yang dapat akibat... ok... babai...

    BalasPadam
  14. salam zul,
    makcik pernah tdgr ceramah ustaz badrul amin. katanya, panas bpanjangan begini, salah satu sbbnye adalah manusia sudah mula mbuat maksiat secara terang-terangan. jika ada pun hujan yg turun sesekali, tp masih panas jg lg, itu adalah kerana hujan tsbt diturunkan utk flora & fauna. wallahu'alam.

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. jom shopping barang yang dapat kurangkan kadar pelepasan CFC kat udara..pakai barangan yang dpt menjaga bumi..:)

    BalasPadam
  17. Salam Zul .

    Isu ini sentiasa dibincangkan . Selamatkan BUMI kita untuk generasi akan datang .

    BalasPadam
  18. salam sejahtera..
    banyak entry saya tertinggal rupanya..
    ermm kadang kala saya pun tak sedar apa yang saya buat menyumbang pada kerosakkan alam..
    contoh penyembur rambut...
    dulu akak saya pun berleter..
    dia cakap penyembur rambut saya tu boleh sebab ozon menipis..
    sekarang dah pakai tudung.. alhamdulillah..
    tak perlu dah spray rambut. tulah hikmahnya.

    BalasPadam