Lelaki Dan Wanita Anda Mahu Gagah?



Salam aok me..? Adat dunia bagi pasangan yang berkahwin..yang wanita inginkan nampak segar muda dan cantik dan yang lelaki ingin kelihatan tampan dan gagah.Maka kerana naluri semulajadi manusia yang sebegitu, berbagailah produk kecantikan dan makanan tambahan yang terjual di pasaran untuk menarik perhatian ramai.

Terbaru dikatakan ada terjual produk berasaskan bunga yang terbesar di dunia iaitu bunga Rafflesia yang kebanyakan datangnya dari negara jiran kita dalam bentuk perubatan tradisional ,di mana di dakwa dapat menjadikan lelaki gagah dari segi seksual..begitu juga perempuan katanya dapat mengecutkan rahim wanita selepas bersalin selain kebaikan-kebaikan yang lain .




Bunga Rafflesia gambar ehsan GOOGLE


Sedikit info berkenaan produk berasaskan bunga Rafflesia menurut kajian sebuah universiti tempatan..




Rawatan guna Rafflesia sebabkan
kegagalan hati, limpa


KUALA LUMPUR 23 Mei - Ujian klinikal ke atas tikus menunjukkan bahawa perubatan tradisional yang menggunakan bunga Rafflesia boleh menyebabkan kesan serius ke atas hati dan limpa, dakwa seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dr. Nazlina Ibrahim dari pusat pengajian Biosains dan Bioteknologi universiti itu berkata, penyelidikan pelajar sarjana Khairunnadwa Jemon mendapati, organ dalaman tikus putih yang telah melahirkan anak dan diberikan beberapa sebatian tunas Rafflesia selama 14 hari telah menjadi kecil.

Katanya, perubatan tradisional menggunakan bunga itu biasanya diambil oleh wanita yang baru lepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan oleh lelaki dikatakan untuk kekuatan seksual.

Dr. Nazlina berkata, dalam satu artikel portal berita universiti itu bahawa penyelidikan oleh Khairunnadwa di bawah penyeliaannya mendapati, limpa itu mampu mendetoksifikasi bahan dari tunas Rafflesia azlanii.

"Tetapi proses ini juga mengecutkan limpa daripada saiz asalnya. Dengan itu ujian itu mengesahkan keupayaan tunas bunga itu. Tetapi risiko yang memberi kesan ke atas organ penting lain juga wujud, iaitu limpa,” katanya.

Beliau berkata, wanita yang mengamalkan meminum air dimasak dengan tunas Rafflesia selepas rawatan kelahiran perlu menimbangkan dengan serius keburukan dan kesan berbahaya ini.

Katanya lagi, kadar ketoksikan dalam kajin ini perlu menjadi amaran kepada orang yang mengambil “jamu” seperti ini memandangkan penggunaan bahagian Rafflesia azlanii sebagai sumber ubatan tradisional adalah tidak selamat. - Bernama



Moga kita semua berhati-hati dengan setiap produk yang mudah menarik perhatian kita di pasaran..periksalah dulu label sebaiknya biarlah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan di Malaysia..sekadar berkongsi info..
Wassalam



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mei 25, 2010

21 Komen:

  1. Moralnya kena berhati-hatilah kalau nok lawo nak gagah nei silap2 abis kecut semua huhuhu......

    BalasPadam
  2. @akuanakpahang

    betul tu Yassin
    bawaklah beringat semua
    jangan main beli makan
    jer..penjual kabor yang
    manis2 belaka jer..
    he he

    BalasPadam
  3. bahaya. jangan pandang remeh dan jgn taksub untuk cantik sampai memudaratkan diri

    BalasPadam
  4. Salam...
    bahaya gek bunga ni yek...
    tgk rupa pun hodoh...mane dtg lawonyer bunga tu xtau la...

    BalasPadam
  5. thnkz uncle kasi info tentang reflesia ni! sy pun bru thu je ni,,,

    BalasPadam
  6. bahaya jugak bunga ni..ingat bermacam2 khasiat

    New Entry Pawaka19 Dot Com
    "Pemulihan Dara,apabila sudah ditebuk tupai? "

    BalasPadam
  7. besar bunga ni, x pernah tgk depan2 lagik..

    BalasPadam
  8. xelok rupenye hehe
    abah kite dulu suke kumpul bunga ni..
    besaaaaaa x suke hehe (◕‿◕✿)

    BalasPadam
  9. aiyak ! kita mcm ada dgr kat berita pasal bunga nih..owh pasal ni ke!!

    BalasPadam
  10. dengar kata produk2 yang bernamakan jamu selain khasiat ada keburukannya.. yang paling ketara merosakkan ginjal dan hati bila umur lanjut nanti.. wallahualam~

    BalasPadam
  11. @sI tEDI

    saya setuju saudara
    terima kasih komen anda

    BalasPadam
  12. @Cik SHiN~JU

    Yun..memang tak lawo
    busuk pun ada..he he

    BalasPadam
  13. @NICK IRFAN

    sama-sama lah kita
    belajar nick..
    thanks for your comment.

    BalasPadam
  14. @pawaka19

    jangan salah makan
    mudarat..he he

    BalasPadam
  15. @TTT

    abah you punya hobi yang hebat TTT

    BalasPadam
  16. @Yatre Hayati


    Betul la agaknya
    ci adik..sesamalah kita
    kongsi..

    BalasPadam
  17. @cikgu isza

    memang betul cikgu
    berhati-hatilah kita yek?

    BalasPadam
  18. adoi macam2 yak.......kalau x berhati2........

    BalasPadam
  19. salam sejahtera..
    bahaya kan.. sebelum makan sesuatu herba kena dapatkan nasihat doktor.. silap2 jati boleh kecik..
    err takot...
    teringin nak tanam bunga pakma di rumah..
    tapi orang cakap bunga ni busuk.. betol ke?

    BalasPadam
  20. salam zul

    makan tongkat ali n kacip fatimah je..ehem.

    BalasPadam
  21. Bunga ni boleh buat ubat kuat juge?..

    BalasPadam