Salam aok me..? Inilah keputusan kaji selidik koi tentang isu buang bayi 2 minggu sudah daripada 34 orang responden..terima kasihlah siapa yang sudi meluangkan masa mereka mengisi ruang survey tu..amat koi hargai..
- Mengandung luar nikah takut menghadapi keluarga=70%
- Panik..tidak tahu ada tempat mengadu=17%
- Tidak pasti bapa anak yang di kandung=5%
- Memang nak seronok sahaja tak sukakan bayi=5%
Nampak gayanya setakat ini kebanyakan bersetuju dengan No 1..mengandung luar nikah takut menghadapi keluarga..jadi di sini koi nak minta pendapat aok me yang budiman sekiranya sudi memberi komen seandainya isu ini terjadi dalam ahli keluarga kita yang mengandung luar nikah..bagaimana kita mengatasinya berdasarkan No 1 tadi..(nauzubillah..minta di jauhkan..) sekadar pandangan kita sebagai seorang islam dan warga prihatin.
Terima kasih..
Wassalam.
Salam,
BalasPadamBagi pendapat mas, mas pada mulanya mungkin tak dpat menerimanya. Tapi kalau kita mengenangkan itulah saudara kita, darah daging walaupun tak sah statusnya, mas akan terima walau macam mana pun orang akan kata.
Tapi itu tidak menandakan yang selepas itu mas masih memberi peluang untuk melakukan kesalahan kembali. InsyaAllah, mas pastikan yang dia akan bertubat dengan ikhlas. Lagipun siapa lah kita untuk meghukumnya.
Biar lah Allah swt yang menentukannya.
salam zul. pd sy, cpt2 cari bapanya dan nikahkan mereka dan elakkan beri terlalu byk tekanan spt maki hamun / sepak terajang kpd pesalah. sebaliknya guna kaedah psikologi, motivasi dan wujudkan keinsafan.
BalasPadamIkut sedap akhirnya mengidap..
BalasPadamsalam...
BalasPadamtakut gak alasan gitu...
mintak dijauhkan la
Jangan buat keje tak elok berkesudahan tak elok juga. Jaga diri hiasi Peribadi!
BalasPadamsuka hati buat, suka hati buang
BalasPadamsalam,
BalasPadammencegah lebih baik daripada mengubati tapi kalau dah terjadi nak buat macamana menangis air mata darah pun tak selesai masalah bawa-bawa berbincang mungkin menghantar ke pusat jagaan sementara satu alternatif yang baik juga..
salam zul
BalasPadaminilah akibatnya jika tidak menjalankan hukum Allah...masaalah tak selesai malahan semakin menjadi2..
Salam Zul,
BalasPadamIsu ini telah berkurun dibincangkan . Namun tetap berlaku dlm masyarakat , malahan semakin berleluasa .
Pengalaman saya dlm WIRDA ( NGO ) membantu wanita yang teraniaya dan dianiaya . Kadangkala mereka adalah mangsa keadaan .
Ibubapa harus bertanggungjawab jika ini terjadi pada anak2 mereka . Muhasabah diri dan renung kembali cara didikan yang terbaik . Usah berputus asa .
Usah dihina golongan ini . Bimbinglah mereka ke pangkal jalan .
Jika telah terjadi , usah di hina golongan ini . Dekati mereka dan bimbinglah mereka dengan sabar .
salam bro..hurmm..kalu ler aku adik pompuan yg buat macam tue...mesti aku cari budak laki yang buat nie semua..suruh dia tanggungjawab...
BalasPadamSalam ziarah ...
BalasPadamMoga sejahtera selalu ....
Jauhi diri dari perkara yang mendekatkan kita dengan maksiat, ingat bila kita berduaan akan ada pihak ketiga
BalasPadamkalo sekali tu mungkin dikatekan bodoh tapi ade sesetengah tu sampai 5 kali...maknenye 5 kali bodoh le org tu ...hehehe
BalasPadamsalam sejahtera..
BalasPadamsusah nak ubah mentaliti masyarakat..
manusia tidak lepas dari membuat kesalahan..
ahad lepas baru aje saya berbual dengan sepupu isu ni..
dia pun cakap.. bila orang dah mengandung anak luar nikah pastilah malu nak berhadapan dengan keluarga & masyarakat kerana takut dicaci, dimaki hamun... jadi jalan penyelesaiannya dorang buang anak tu untuk menutup malu. malah lebih teruk.. bunuh dan bakar bayi mereka untuk lupuskan bukti. kasihannya bayi yang tak berdosa tu.
ternyata kita sebagai masyarakat perlu memainkan peranan dalam hal ni.. usahlah dicaci, dimaki orang yang melakukan kesalahan kerana mereka akan terus sesat. sama-samalah membimbing mereka pulang ke jalan yang benar.
kesnya sama seperti banduan.. bila dah keluar dari penjara. orang akan cop dia tak baik..
semoga seluruh keluarga kita semua dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik.
ish2..masalah camni tak tau la. zul bleh pegi kat entri saye tgk brape bnyk anak luar nikah yg dilahirkan utk thn 2009. satu sahun je lebih drpd 17K anak luar nikah ni didaftarkan. ish2..
BalasPadammasing2 semua bertanggung jawab dalam hal ni tapi diri sendiri yang tentukan.. diri sendiri yang buat keputusan.. kalau sekalipun kita bergaul dgn golongan yg rosak xkan kita sekali nk ikut rosak kan.. manusia di tegah untuk benci sesama manusia sebab kita di nasihat untuk membenci perangai yang tak elok..bukan jasad.. kalau kita benci mereka siapa yang akan tarik mereka berjalan atas landasan yang betul.. kita yang memcorak masyarakat...
BalasPadamsy pun xthu nk ckp ape? ape2pun smoga dorg jauhi zina sbb mencegah lebih baik dr merawat... hehe
BalasPadamsalam,
BalasPadamwalau camne pun baby tu ttp x bersalah,spatutnye keluarge perlu terima budak tu..
wallahualam.
nauzubillah.. tp seeloknya kita cuba bantu dari terus beri tekanan. kita pon sama berdosa kalau buat diorang tension pastu diorang wat bukan2 kat baby tu sb kita..
BalasPadammemang sukar nak terima, tp fikirkan nasib si bayi..
bagi mereka..mereka berdepan dengan maruah keluarga.kata org..biar mati anak, jangan mati adat.
BalasPadam