Iman Dan Kematian




Hadith :
Dari Anas bin Malik r.a, nabi s.a.w bersabda:”Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa:”Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku.”(Bukhari) 




Huraian Dan Pengajaran:
 Sebagaimana maklum Islam menyuruh umatnya agar berusaha dan berikhtiar dalam apa jua perkara dan kesulitan yang dialami di samping berdoa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT.
 
Hal ini kerana kehidupan itu adalah suatu ujian daripada Allah yang diberikan kepada setiap manusia demi menguji sejauhmanakah keteguhan iman seseorang itu dan setakat manakah pergantungannya terhadap Allah.
 
Orang-orang yang beriman akan sentiasa bersabar dan tabah dalam dugaan ini dan sebaliknya pula bagi orang yang kurang imannya di mana hal yang demikian boleh memungkinkan seseorang itu menyalahkan takdir Allah hingga diri tersesat jauh dari jalan-Nya.
 
Oleh itu hendaklah kita sentiasa beringat bahawa setiap kesakitan yang dialami itu adalah suatu tanda kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya di mana jika seseorang itu berjaya mengatasinya iaitu ia tidak mengeluh dan sentiasa bersabar sambil berusaha dan berikhtiar, Allah akan memberinya ganjaran pahala yang amat besar.
 
Bukankan setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka kita selaku hamba-Nya mesti yakin akan kebesaran kuasa Allah dan janji Allah serta tidak berputus asa. Hidup adalah suatu perjuangan. Bak kata pahlawan Melayu ’Pantang menyerah sebelum ajal!’.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



  Kebelakangan ini kes mati membunuh diri banyak benar berlaku. Kebanyakannya kerana tidak sanggup menghadapi kenyataan hidup, samaada menghadapi masaalah kewangan maupun masaalah peribadi.Terfikir bila kes ini banyak berlaku pada masyarakat yang bukan beragama islam.

Jelas di sini menunjukkan kebaikan islam berbanding agama lain yang hanya mensasarkan kebaikan duniawi sahaja, jadi penyelesaian kesulitan hidup di dunia diambil dengan jalan yang singkat (bunuh diri).Bagi setengah agama, ada istilah hukum "karma" yang menyatakan kehidupan semula selepas mati akan lebih baik.

Jadi untuk mengatasi masaalah kehidupan sekarang adalah dengan cara mati segera dan mengharapkan "karma" hidup yang lebih baik selepas mati.Wallahualam.



 
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mei 28, 2010

15 Komen:

  1. Assalamualaikum,

    Ucapkan Alhamdulillah kepada setiap musibah yang kita hadapi dan kebaikan yang kita nikmati kerana kedua2nya adalah iktibar dan petunjuk dari Allah AWT.

    BalasPadam
  2. salam,

    terima kasih untuk perkongsian ilmu ini khususnya pada pagi Jumaat yang mulia ini..

    BalasPadam
  3. @LIPISLADY

    betul tu LL
    samalah kita dapat iktibar

    BalasPadam
  4. @penjejak maya

    salam sahabat..
    moga Allah
    merahmati
    kita di hari
    yang mulia ni

    BalasPadam
  5. سبحان الله والحمدلله ولا اله الا الله الله اكبر
    ولا حول ولا قوة الا باالله العلي العظيم

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah jika yg bnh diri tu non muslim..
    Sedih kiranya terjadi pada muslim..tp mmg ada juga muslim yg terlibat dlm kes2 bunuh diri..
    Harap2 yg nk wat cmtu boleh berfikir dulu sblm buat!!

    BalasPadam
  7. percaya pada Allah.=)selamat....

    BalasPadam
  8. ikhtiar terlebih dahulu..bila dah buat semua... barulah kita tawakal...

    BalasPadam
  9. terima kasih atas tazkirahnya... semoga bermanfaat

    BalasPadam
  10. salam
    bila terlalu mengharapkan keindahan dunia, terlebih pula kita akan kecewa

    ...sentiasa bersyukurlah kita dengan nikmatNya

    BalasPadam
  11. salam ziarah blogger handalan.
    t kasih,
    jazakallah khier kathiro...

    BalasPadam
  12. orang yang bijak adalah orang yang sering memikirkan kematian........

    BalasPadam
  13. Salam...

    mmg kebanyakkan kes non muslim...
    tp ramai juga dah org islam yg bunuh diri ni...
    dah isap dadah tu kira bunuh diri gek la kan...huhuhu ;p
    thanks 4 sharing...

    BalasPadam