Harapan Ku Sempena Hari Belia 2010


Hari Belia Negara 2010,bertemakan:
"Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara"


Harapan saya untuk belia-belia kita hari ini, agar bergerak seiring dengan tema hari belia tahun ini, sekaligus memberikan nama baik negara lebih "gah" di mata dunia.Dengan berblogging contohnya kita dapat menyampaikan sesuatu agenda ke arah kebaikan negara maupun dunia.Isu-isu semasa yang melanda perlu di tangani secara bijak.Sampaikan walau sebaris ayat.Semoga ianya menjadi iktibar buat kita semua.


 Sambutan tahun ini di adakan di Putrajaya dari 14-16 Mei 2010 dan kemuncaknya akan di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Di sini saya ingin mengutarakan harapan utama saya kepada beberapa isu semasa yang boleh menjejaskan pembangunan belia seperti yang diharapkan pimpinan negara.


1.Isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa, diharap kajian semula boleh dilakukan terhadap fenomena gaya hidup remaja masakini .Perbanyakkan kempen kesedaran dan aktiviti kerohanian di kalangan belia termasuk di sekolah dan universiti. Isu pembuangan bayi perlu diambil perhatian sewajarnya kerana ia merendahkan "norma morality" bangsa sekiranya ia terus dibiarkan berleluasa.
2.Isu penyalahgunaan dadah yang tidak pernah surut membelenggu belia negara,tidak cukup dengan dadah asli ditambah pula dengan yang tiruan..jatuh bangun sesebuah bangsa adalah bergantung kepada sejauhmana golongan belianya sihat mental dan fizikal, sekiranya sebahagian besar mereka terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah, maka akibatnya impian untuk menjadi bangsa berjaya pasti hanya akan tinggal anganan kosong semata-mata.
3.Isu mat rempit antara yang sering diperkatakan dan sering diperdebatkan.Kita dapat melihat pelbagai usaha yang telah diambil kerajaan,namun masih ada yang meneruskan hobi yang sia-sia ini.Adakah tidak ada penyelesaian isu ini? Sudah tentu ada dan saya berharap pihak kerajaan jangan berputus asa. Teruskan usaha memberi kesedaran kepada muda-mudi ini melalui program-program yang boleh menarik perhatian mereka.

Akhir kata, semoga Hari Belia tahun ini dapat mencorak satu titik permulaan “turning point" kepada sebuah era yang lebih kreatif dan inovatif kepada semua belia negara.
Terima kasih.


Entri pada kali ini dikreditkan khas untuk satu persatuan belia Information technology youth movement atau (ITYM) adalah satu pertubuhan belia yang didaftarkan under registry of youth (ROY)



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Mei 12, 2010

24 Komen:

  1. Salam Zul ..

    Yup ! sokong .

    Perbanyakkan agenda / acara / aktiviti yang sihat bagi mengalakkan para belia menyertainya . Maka tidaklah mereka membuang masa tanpa arah tujuan .

    Para Belia di Bandar atau di luar bandar . Sediakan lebih banyak prasarana yang berfaedah seperti gelanggang futsal, badminton, or padang awam yang boleh digunakan tanpa ada sebarang kerenah birokrasi .

    Dan...

    Kepada pihak yang berkenaan . Sila dekati golongan belia dan remaja ini . Jika masa mereka dipenuhi , Insyallah ... tiada ruang lagi utk mereka lepak , merempit , berdating hingga terlajur dan pembuangan bayi .


    Belia hari ini adalah pencorak masa hadapan Negara !

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama12 Mei, 2010

    Aslmkm Zul.
    :) Kak G berziarah tengah malam ni! Td ada hal mendadak berlaku ... seram juge!
    Hmm. Isu utama kita ialah terlalu byk perancangan yg indah di atas kertas shj ... kebanyakan perlaksanaan adalah ditahap yg amat mengecewakan. Selama mentaliti, mind-set tdk maju & teruk, sukar utk melihat kemajuan & penambah-baikan yg boleh dibanggakan. :(

    BalasPadam
  3. salam
    yes... betul tu...
    sy sokong... pendapat encik zul 200%
    sebab gejala yg encik zul sebut tu mmg dah tahap membimbangkan... ye tak?

    inilah ucapan khas dari bukan belia kepada belia... macam saya =)

    huhuhu

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama12 Mei, 2010

    TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA ZULKBO

    SALAM BELIA DARI KAMI

    DEPUTY 2 ITYM
    DE ZUL

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Belia juga drp saya..
    Bak kata papatah Pemuda Pemudi itu tiang Negara sempurna tiang, sempurna segala.

    BalasPadam
  6. semua isu itu adalah isu lapuk yang tiada kesudahannya. ia seakan - akan bergerak seiring dengan arus kemodenan negara huhuhuh

    BalasPadam
  7. isu2 yg negative tentang belia ni mmg ada n membimbangkan tp yg positif pn byk juga kan... ;)

    BalasPadam
  8. Salam Zul...Selamat Hari Beliau..eh2..Selamat Hari BELIA..

    BalasPadam
  9. sempena hari belia leh ke ku naik naik gaji
    hehehheh



    ps:
    maaf...

    BalasPadam
  10. dah lame isu ni dikaji dan dibincang.tindakan macam macam dah wat. tapi gaye tak mboh selesai jugek. menda la masaloh belia skang ni gamoknye?

    BalasPadam
  11. apakah usia minimum & maksimum seorang "belia"? belia yg cemerlang adalah belia yg mengamalkan apa yg ada di dlm al-Quran & sunnah. wallahu'alam. :)

    BalasPadam
  12. wahh bernas!

    ITYM pun dah datang tu :)
    (walaupun saya tak nampak lagi dia ke blog saya..mungkin lambat lagi kut)

    saya masukkan dalam senarai yg saya kumpulkan ya..

    BalasPadam
  13. salam, selamat hari pekerja, hari ibu untuk isteri zul dan selamat hari guru. ibu bapa adalah guru pertama anak-anak. betul tak??

    BalasPadam
  14. salam,
    ketiga3 isu itu adalah dari diri sendiri...

    BalasPadam
  15. mmg bagus aok ni zul... koi sokong!

    BalasPadam
  16. assalam...salam kenal dari saya..1st time berkunjung di teratak u nie..nice blog..untuk mengeratkan lagi saya dah jadi salah seorang follower u...klu ada masa jemput la keteratak amy ye...

    BalasPadam
  17. generasi belia hari ini pemacu masa depan negara!

    BalasPadam
  18. salam,

    setuju dengan komen di atas kita mesti mendekati golongan belia..

    BalasPadam
  19. ha! sy ade dgr jgk psl 50blog utk di hantar kpd najib sy pun dijemput tp x ambik bahagian pun blog buruk malu nk hntr kat najib? eh! uncle x ambik bahagian? blog uncle menarik jgk...

    BalasPadam
  20. Selamatkan belia-belia kita...

    BalasPadam
  21. slmt hr belia.. moga belia2 kita akan maju

    BalasPadam
  22. betul bro zulk..sebab merekalah pemimpin yang mencorak negara kita kelak.

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama12 Mei, 2010

    salam zul...hehe rasanya makcik dah tak sesuai nak komen sebab dah terlebih lajak belia dah ni...

    BalasPadam
  24. Salam sejahtera..
    pada belia-belia semua.. marilah kita bersatupadu memartabatkan negara tercinta kita di mata dunia..
    Ayuh.. usah lalai, usah leka bersuka ria...

    BalasPadam