Di Bandar Ni Kat Mana Nak Dapatkan DAUN PANDAN?




Salam aok me?Bercerita bab daun pandan dalam masakan melayu kebanyakan memang ada digunakan daun pandan.Dari nasi lemak,kueh talam dan berbagai lagilah masakan.Bagaimana nak dapatkan daun pandan ni?

Kalau di Jengka nuh mak koi tanam tepi longkang jer.Pokoknya tumbuh segar bercambah..bagaimana di Kuala Lumpur? Kena pula tinggal di rumah bertingkat seperti apartment..nak tanam kat mana?Aok me tahu tak kalau kita ke Tesco nuh nak mendapatkan daun pandan berapa harganya? 0.50 sen sebanyak 3 keping setahu koi..itupun dah kecut-kecut macam rupa tapak kaki jer..he he.



Di sinilah datangnya kreativiti orang bandar..he he..tanam dalam pasu la gayanya.Gambar di atas adalah pokok pandan yang orang rumah koi tanam sebanyak 2 pasu. Di mana anak benih dari keratan pokok pandan itu di ambil sepasu dari Jengka dan sepasu lagi dari taman sains sekolah orang rumah koi..Hijau pekat jer nampaknya pokok tanaman orang rumah koi ni..tangan dia memang sejuk bila bercucuk tanam..kalau koi tanam, confirm 3 hari mati pokok tu..he he..

Sekarang ni dah tak de masaalah nak "berdaun pandan" dalam masakan..tidak lagi perlu ke Tesco yang daun pandan nya sekecut tapak kaki tu..bila-bila jer boleh ambik..pernah sekali orang rumah rancang nak masak nasi lemak..tetiba daun pandan lupa nak beli maka nasi lemak tu seperti tak cukup bahan..kurang aromanya..tapi habis jugak koi balun..he he..akhir kata terima kasih mak we koi(isteri) atas susah payah dalam menyedapkan masakan yang mana terus menaikkan berat badan koi..la la la..
Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Mei 26, 2010

34 Komen:

  1. Kawan ada juga nanam pokok pandan kat umah nei sesekali nak guna juga..tul tu tanam aje dalam pasu pandan ni mudah hidup..

    BalasPadam
  2. salam sejahtera..
    wah.... saya suke ni.
    comel lote pokok pandan abg zul..
    kalau beli memang tak berbaloi..
    dah tanam.. senang aje.. nak guna terus petik.. segar dari depan rumah..hihii..

    BalasPadam
  3. daun pandan ni mmg wangi....naik selera kalo letak dalam masakan sebb aroma,,,tapi tu laa..kalau nak tanam kat bandar pun kene tgk keadaan tempat jugak...hihihi

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama26 Mei, 2010

    salam zul..memang daun pandan ni mudah hidup//dibelakang rumah makcik ni rimbun serimbunnya.bagus kreativiti uztazah tabam dalam pasu..orang duk apartment gitulah..

    BalasPadam
  5. hik hik hik

    pasu pun pasulah!!

    janji free!

    BalasPadam
  6. ada tanam serai dua perdu, dalam pasu juga

    BalasPadam
  7. kat Pandan Indah pun belum tentu mudoh dapat pandan, kabor dak rodong koi hahahahaha........

    BalasPadam
  8. @akuanakpahang

    aok pun sama gak ye Yassin..

    BalasPadam
  9. @annfrendly

    Mana boleh lawan pokok tanaman
    Ann..gebu-gebu belaka..ha ha

    BalasPadam
  10. @zyqa zaqy

    tahu tak pe..
    bukan boleh tanam sebarangan
    di bandar ni..semuanya reta orang..he he..

    BalasPadam
  11. @mohdandmeriam

    salam makcik
    begitulah realiti hidup
    tak mamapu beli rumah
    bawah lagi..

    BalasPadam
  12. @sI tEDI

    tak free gak..
    kena siram air hari2
    bil air kena bayar..
    hu hu..

    BalasPadam
  13. kampung pandan!
    x pun lorong pandan!
    :D

    BalasPadam
  14. @tehr

    dulu ada tanam
    korek punya korek
    habis mati semua
    ha ha..nak kena
    tanam lagi ni..

    BalasPadam
  15. @al-mankaraqi

    setuju man
    nama jer Pandan Indah
    realiti susah mencari
    daun pandannya..he he

    BalasPadam
  16. Salam...
    pandan ni mmg sinonim ngn org melayu yek...
    kat sepang ni koi tgk semer umah ade tanam pandan...bkn takat pandan,serai,kunyit,halia pun ade ditanam...koi tanam pandan ngn lada jer...nak serai mintak ngn jiran...hee...;p

    BalasPadam
  17. bagus org umah deme zul...
    mmgpun pandan mudoh ngat idup. koi ni duk kg, kdg2 abis koi tebas gitu aje bila semok ngat blakang umoh tu.

    p/s t kasih bgi tau pasal virus tu baru2 ni yak :)

    BalasPadam
  18. pergi kampong pandan pun konfen tak jumpa hehehhehe

    BalasPadam
  19. ececeh..
    statement puji makwe .. ada makna tuh !

    hahaha

    BalasPadam
  20. Rumah saya di Pandan Indah ada banyak daun pandan . ( kebetulan ada tanah sekangkang kera ) Sengaja tanam lebih sbb tahu, dlm masakkan kita mesti guna daun tuh . Semua ada serai , kunyit , lengkuas...

    Terpaksa mntk tolong ngan penyewa , jirus dan jaga baik-baik .

    BalasPadam
  21. ada daun pandan senang buat kueh..lompat tikam ke, cendol, nasi lemak ke..

    BalasPadam
  22. hehehe naib baik ada pasu yg siap tanam daun pandan kat rumah saya..hari2 siram tu hehehe

    BalasPadam
  23. salam,

    syabas langkah yang bijak..

    BalasPadam
  24. Pulau pandan jauh ke tengah akhirnya dok dalam pasu... PEACE...

    BalasPadam
  25. daun pandan mmg susah nk dapat uncle klu dok kmpung senang la dok bandar selalu kat supermarker je la.. wah! sedapnye makan nasi lemak tu! sama la sy pun mkn nasi lemak gak ari ni... hehe

    BalasPadam
  26. salam..

    bijak..bijak...

    BalasPadam
  27. salam ziarah..
    huhu, nampak gayanya cam tu la..
    pasu jadi sasaran..
    nasib mudah hidup

    BalasPadam
  28. salam

    he..he..he..memang betol lah..kalau cari kat tesco, rasa macam 'terpaksa' je beli sebab dah xde pilihan.. beli tak ikhlas je tu..hahaha

    nasi lemak buah bidara satu! la..la..la

    BalasPadam
  29. mmg elok menanam pokok2 yg selalu digunakan didlam pasu selain menjadi hiasan ia jugak berguna untuk masakan.syabas atas kerajinan isteri zulkbo tu..dan rajin2kanlah tolong menyiram sekali barulah berbunga hati si isteri tu hehehe....

    BalasPadam
  30. hehhe...

    mcm ni la alternative org duk bandar kan.?? xkn stiap kali nak msk nak gi beli daun pandan....

    baik tanam sendiri kan??

    sy suka ns lemak tp xle mkn selalu hahhahaha

    BalasPadam
  31. salam,
    bertuah siapa dapat isteri macam isteri zul... rajin..

    BalasPadam
  32. salam
    bgs la idea en.zul cm tu... nt tanam la serai... kunyit.... kn sonang huhu =) jimat tanah....

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum,
    En Zul, keh masa dok plat dulu seme menda keh tanam lam pasu termasuk sawi, kacang dan timun, cili usah ceritalah, memeroh buahnya...

    BalasPadam
  34. hehe...pandai senang je idup bro koi ..wangi pun wangi..bgusla bro koi suka menanam..sejuk sikit umah bro koi nanti

    BalasPadam