Salam aok me?Bercerita bab buahan tempatan ni..buah nangka memang kegemaran koi..rasa lemak manisnya sedap di makan mentah..jika di Jengka dulu Felda ada memberi setiap peneroka benih anak nangka..jadi di rumah mak ayah koi adalah 2 pokok yang dah besar merimbun..Selain di makan mentah buah nangka ni mak koi paling suka buat pengat..selain itu di buat jem untuk di makan bersama lempeng atau roti..cewaaahhh..kecur la pulok air liur koi menulis ni..he he.
Hari ni dalam mStar ada satu cerita yang menarik perhatian koi berkenaan pokok nangka yang merimbun di mana orang di Jengka nuh selalu letak pangkin di bawah pokoknya..sambil bersantai petang-petang pekena cekodok dengan kopi "o"..tak pun duduk menyembang sesama jiran bercerita bab gosip atau hal dalaman masyarakat Jengka..hu hu..Wassalam.
INI KISAHNYA..
Lelaki Dikelar Di Leher Dalam Pergaduhan Mengenai Pokok Nangka
KUANTAN: Seorang pembantu restoran warga Myammar cedera dikelar di bahagian leher oleh seorang peniaga di Bukit Tinggi dekat Bentong, semalam, selepas kedua-dua mereka bergaduh disebabkan pokok nangka.
Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11.30 pagi semasa lelaki Myanmar yang berumur 21 tahun itu hendak menebang dahan pokok nangka di hadapan tempat kerja selepas diarah oleh majikannya.
Beliau berkata, seorang lelaki berusia 34 tahun yang merupakan pemilik gerai buah-buahan di sebelah restoran itu tiba-tiba muncul dan terus memaki hamun pembantu restoran itu.
"Kemudian berlaku sedikit pergelutan dan pemilik gerai buah-buahan itu mengelar bahagian leher pembantu restoran tersebut menggunakan sebilah parang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Noor Asyikin berkata, lelaki Myanmar itu dibawa ke klinik berdekatan oleh majikannya, dan dia menerima tujuh jahitan, manakala pemilik gerai buah-buahan itu pula ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Katanya, pemilik restoran itu dipercayai hendak menebang dahan pokok itu yang menghalang pandangan orang ramai terhadap restorannya, manakala pemilik gerai buah-buahan itu pula mahu menggunakan dahan dan rimbunan pokok itu bagi melindungi gerainya daripada sinaran matahari.
BERNAMA
Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11.30 pagi semasa lelaki Myanmar yang berumur 21 tahun itu hendak menebang dahan pokok nangka di hadapan tempat kerja selepas diarah oleh majikannya.
Beliau berkata, seorang lelaki berusia 34 tahun yang merupakan pemilik gerai buah-buahan di sebelah restoran itu tiba-tiba muncul dan terus memaki hamun pembantu restoran itu.
"Kemudian berlaku sedikit pergelutan dan pemilik gerai buah-buahan itu mengelar bahagian leher pembantu restoran tersebut menggunakan sebilah parang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Noor Asyikin berkata, lelaki Myanmar itu dibawa ke klinik berdekatan oleh majikannya, dan dia menerima tujuh jahitan, manakala pemilik gerai buah-buahan itu pula ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Katanya, pemilik restoran itu dipercayai hendak menebang dahan pokok itu yang menghalang pandangan orang ramai terhadap restorannya, manakala pemilik gerai buah-buahan itu pula mahu menggunakan dahan dan rimbunan pokok itu bagi melindungi gerainya daripada sinaran matahari.
BERNAMA
**Semua gambar di atas adalah ehsan dari GOOGLE
pasal pokok nangka boleh pula smpai nak kelar2 leher heheheh
BalasPadamSalam...
BalasPadamgiler ganaih...kok ye pun xyoh la smpai menoreh leher org...kala darah dia tu boleh wat sekerap untung gek...pengat nangka? siyes x penoh dgr..ace bg resepi..biji nangka rebus penoh mkn?
perkara nie dh biasa berlaku sesama jiran..kadang2, kerana pasu pun parang nak diacunya huhuhuhuh
BalasPadamgitulah gaye bila takde tolak ansur sesama kite.
BalasPadamish, ish mcm lah org skrg ni...pasal pokok pon nak gaduh sampai kelar2...nak ckp perangai cam budak2 depa tu dah tuo..huh...
BalasPadamSalam zul..
BalasPadamkawan tak boleh makan byk buah nei mudoh kembong huhuhu..goner cerita pulok nebang pkok nangka sampai kena kelor sakit...
ehem...ellis baru pas makan..kenyang giler...
BalasPadamsalam,
BalasPadamkecik punya cerita pun sampai nak berbunuhan..
itupun x bleh nk kawal perasaan..
BalasPadammacam2 hal..pasal pokok nangka pon nak kelar..berita semalam agak lucu jgak..pasal polis kene geget sampai masuk mahkamah..
BalasPadamPawaka19 Dot Com
"simcard anda telah memenangi peraduan? " taktik terbaru si penipu
salam zul..hehe pasal pokok nangka dah nak jadi pembunuhan..mujur tak mati kalau tidak tak pasal2 kena charge pembunuh pula..itulah kalau tidak ada tolak ansur dan sabar..bawalah berbincang dgn elok2..apalah nak jadi dgn manusia hari ni..
BalasPadamsalam akh..
BalasPadamish3, sampai macamtu skali ya..huhu
salam zul
BalasPadamdari cempedak biarlah nangka
hehe ramainye org yg panas baran n garang2 skg ni
sikit2 nak nak bekelar beparang..menembak ops..
slm
BalasPadamkerana pokok nangka. ohhhhhhhhh
sy x penah mkn pengat nagka pon.
nangka mentah tu adelah... tu pun da sedap giler . terliuq lah plak
orang lain yg makan nangka
BalasPadamorang lain yg kena getah
Aslmkm.
BalasPadamSedap! terutama yg fresh2 tu. Kak G tak pernah buat jem nangka sendiri, tp pernah makan buatan warga Felda juga ... kata dia orang yg dah masak ranum tu dibuat jem sbb takdo orang nak makan laii! Hehe.
Zul, berita ni dlm paper maner ye? Tak pulak dicerita pokok siapa! :)
salam zul..dulu masa budak2 ok la buah nangka ni siap rebus biji lagi..skrg memang memulas la perut ni
BalasPadamPatutnya pakat baik-baik kan...
BalasPadamwah...kes pokok nangka pun boleh membawa ke pergaduhan berdarah ek...alangkah elok kalau dua2 dapat berbincang terlebih dahulu... huhuhu..sedap buah nangka ni
BalasPadammcm2 kan org ni.. nape la plak smpi bergaduh2.
BalasPadamsuker gak makan buah nangka.. sedap.
@zella ybila nafsu mengatasi akal..beginilah jadinya..
BalasPadam@Cik SHiN~JU
BalasPadamPengat nangka tu serupa SERAWA kata orang utara..selalu orang buat dari labu atau pisang..tapi mak koi buat nangka..hu hu
@sahromnasrudin
BalasPadamada jugak begitu yek?
parah gini
@Nerzhul
BalasPadambetul doh..sedih weh..
@qellissa
BalasPadamha ha..
ginilah bila nafsu amarah
mengatasi akal dan sabar
@akuanakpahang
BalasPadamaok kembung yassin..
sapu minyak yuyi cap limo
hu hu
@ellis suriyani
BalasPadamlaaa..
tak ajak kita pun?
he he he..
@penjejak maya
BalasPadammoga dijauhkan keturunan
kita berperangai sebegini
nauzubillah..
@maiyah
BalasPadamsedih jugak koi membacanya maiyah..
nak buat goner..dah marah..lupa segala..hu hu
@pawaka19
BalasPadammel..
betul ke?
sapa la polis
yang anaiya tul..
@mohdandmeriam
BalasPadammak cik yam..
sedih jugak saya
membacanya..simpatilah
sapa yang sakit tu
@mengenaldiri
BalasPadamalaikumsalam ukhti..
kesian kan..?
@Datin El
BalasPadamwoitt..
datin lagi ganas
ada pistol erkk??
hu hu..
@MissXYZ
BalasPadamaok pun sama cam sinju
tak pernah jumpa erk?
la la la..nanti koi buat
jemput aok makan hari raya
nanti..he he
@tehr
BalasPadammemang pun..
ada ke patut
he he..
@DDrfauziah
BalasPadamKak Gtita dalam
Makan yang orang felda buat erk?
ha ha..agaknya di felda jer ada kut
berita tu dalam mStar
@ozzy
BalasPadamoZZY..ko pun sama cam Yassin gak?
ha ha..sapu minyak yuyi cap limo
hu hu..
@etomyam
BalasPadamthank bro komen sini
amat saya hargai..
buah nangka ada musimnya
nanti jemput ke jengka..
he he..
@ikiqzana
BalasPadamranmai yang suka rupanya yek?
he he..
salam sejahtera..
BalasPadamya allah..
ngerinya saya baca berita ni..
macam-macam hal pelik berlaku sejak akhir2 ni..
apabila manusia membiarkan syaitan mengusai diri..
itulah jadinya...
nangka memang Best..
nak-nak yang manis.. memang mengancam..
tapi kat sini nagka mahal..
Nangka bubur muda sedap dibuat sayur lemak + tulang ikan talam kering..perghh!
BalasPadam